CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3932|Reply: 0

Havertz jadi ‘musuh’ utama Chelsea

[Copy link]
Post time 24-4-2024 02:55 PM | Show all posts |Read mode

HAVERTZ meraikan dua gol yang dijaringkan ketika menentang bekas kelabnya, Chelsea di Emirates awal pagi tadi. - AFP

LONDON – Kekalahan memalukan 0-5 kepada Arsenal yang dialami Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi tadi nyata menjadi mimpi ngeri buat seluruh peminat pasukan itu.

Lebih malang, dua daripada lima gol dijaringkan adalah menerusi bekas penyerang mereka sendiri, Kai Havertz yang pernah diangkat sebagai wira ketika membantu The Blues memenangi Liga Juara-Juara pada 2021.

Pemain Jerman itu juga tanpa segan-silu meraikan jaringan yang dilakukan ke atas bekas pasukannya, sekali gus bakal menjejaskan hubungannya dengan peminat-peminat juara Eropah dua kali itu.

Keadaan itu dapat dilihat apabila laman X rasmi Chelsea tidak mengumumkan nama Havertz ketika mengemas kini status jaringan sepanjang perlawanan tersebut.

Dua gol yang dijaringkan bekas pemain Bayer Leverkusen itu dianggap merobek jiwa pemain-pemain dan peminat Chelsea apabila mereka mungkin terlepas peluang memburu kelayakan ke saingan Eropah musim depan.

Sebagai rekod, Chelsea mengambil keputusan untuk melepaskan Havertz menyertai Arsenal pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan yuran sebanyak £67.5 juta (RM322.34 juta). – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... usuh-utama-chelsea/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.056347 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list