CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4435|Reply: 0

Pemain negara tidak cergas – FAM

[Copy link]
Post time 24-4-2024 04:26 PM | Show all posts |Read mode

SATU gol yang dijaringkan Haqimi Azim (kiri) belum cukup untuk memastikan kemenangan skuad B-23 negara yang tewas 1-2 kepada Kuwait di Stadium Al Janoub, malam tadi. - FAM

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akui yang aspek kecergasan pemain dan kekurangan minit permainan menjadi pemisah buat skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara untuk catatkan keputusan positif pada Piala Asia B-23 di Qatar.

Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell berkata, beberapa faktor telah dikenal pasti sebagai punca kepada kekalahan skuad muda negara dalam ketiga-tiga perlawanan Kumpulan D.

“Masalah utama dalam skuad Harimau Malaya B-23 ini ialah kekurangan masa permainan atau jumlah perlawanan yang dimiliki oleh setiap pemain terbaik dalam skuad B-23 yang kita ada ini. Jika kita lihat menerusi statistik, tidak ramai pemain dalam skuad ini yang mendapat minit permainan bersama kelab masing-masing dalam saingan Liga Super musim lalu.

“Penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel dengan 2,250 minit bersama Negeri Sembilan FC, Mukhairi Ajmal dengan 1,684 minit bersama Selangor FC, T. Saravanan dengan 1,252 minit bersama Kuala Lumpur City dan Safwan Mazlan dengan 1,063 minit bersama Terengganu FC.

“Selebihnya hanya memiliki minit permainan kurang daripada itu dalam saingan Liga Super 2023,” katanya.

O’Donell bertegas FAM tidak akan ‘lepas tangan’ dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan skuad Harimau Malaya B-23.

Selain itu, O’Donell menjelaskan keadaan semasa yang mana Liga Malaysia (Liga M) sedang berehat panjang sejak Januari lalu turut menyumbang kepada kesan lebih teruk membabitkan aspek kecergasan perlawanan.

Situasi ini jelas berbeza berbanding negara pencabar lain dalam Kumpulan D dimana liga domestik di Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait, sedang rancak berjalan.

“Sedangkan kita mula berkumpul pada 17 Mac lalu dan pemain yang bersama skuad senior serta beberapa pemain lain hanya menyertai pasukan seminggu kemudian.

“Ditambah pula dengan kebanyakan kelab ketika itu belum memulakan lagi siri latihan pra musim Liga Super, menjadikan pemain yang datang ke kem latihan pusat skuad B-23 negara ini pada tahap kecergasan yang cukup rendah,” katanya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... a-tidak-cergas-fam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.183952 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list