CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 965|Reply: 0

[Pulau Pinang] Firma California buka kemudahan pengeluaran RM250 juta di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 24-4-2024 06:56 PM | Show all posts |Read mode
Firma California buka kemudahan pengeluaran RM250 juta di Pulau Pinang

Oleh BERNAMA - [size=0.8]April 24, 2024 @ 6:34pm


Kon Yeow (tiga dari kanan) pada majlis perasmian UCT di Batu Kawan - Foto BERNAMA




BATU KAWAN: Ultra Clean Holdings Inc (UCT), pemaju dan pembekal subsistem kritikal, komponen, serta perkhidmatan pembersihan berkuasa tinggi serta analisis berketulenan tinggi, membuka kemudahan pembuatan baharu di Pulau Pinang, menandakan pengembangan besar dalam sektor semikonduktor di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UCT, Jim Scholhamer, berkata kemudahan canggih itu, bernilai RM250 juta akan memastikan kesinambungan perniagaan, mengupayakan syarikat dalam memberikan nilai lebih baik kepada pelanggan tempatan dan global serta memanfaatkan peluang pertumbuhan jangka panjang.

"Mengimbas kembali pada 2019, waktu itu kami menyedari bahawa UCT perlu mengembangkan operasi globalnya secara strategik di rantau Asia Pasifik (APAC) untuk menyokong sepenuhnya permintaan pelanggan, kerana mengetahui bahawa industri semikonduktor bersedia untuk berkembang dengan ketara dan mencapai tahap baharu pada tahun-tahun akan datang.

"Kami telah menimbangkan beberapa negara, dan akhirnya memilih Malaysia sebagai sebuah lokasi yang paling sesuai, dengan Pulau Pinang sebagai pusat ekosistem semikonduktor yang sedang berkembang di rantau Asia Pasifik, serta mempunyai rakan niaga rantaian bekalan tempatan yang kukuh dan tenaga mahir yang tersedia, dan paling penting mendapat sokongan padu daripada kerajaan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian UCT di sini semalam.

Scholhamer berkata, UCT menjangkakan bahawa apabila selesai semua fasa pembinaan kemudahan itu, ia berpotensi menjana pendapatan tambahan sebanyak AS$600 hingga US$800 juta (RM3.78 bilion), membawa kepada peningkatan ketara untuk ekonomi tempatan.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang merasmikan majlis itu optimis UCT mampu meraih banyak faedah daripada operasinya di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Lembah Silikon Timur.

Beliau berkata, negeri itu menunjukkan keupayaannya sebagai negeri pengeksport utama negara, dengan nilai eksport RM463 bilion dicatatkan pada 2022.

"Pada 2023, walaupun industri semikonduktor mengalami kelembapan, Pulau Pinang kekal di senarai teratas, mencatatkan nilai eksport RM435 bilion, mewakili 31 peratus daripada jumlah keseluruhan negara.

"Meskipun dengan pencapaian ini, Pulau Pinang tetap komited dalam mengukuhkan kedudukan sebagai sebagai hab pembuatan termaju, dengan kerajaan negeri akan memberi penekanan khusus bagi menarik syarikat yang mempunyai komitmen kukuh untuk membangunkan teknologi termaju dan pelaburan yang mampan," katanya.

Turut hadir, Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Pulau Pinang, Muhammad Ghaddaffi Sardar Mohamed dan CEO InvestPenang, Datuk Loo Lee Lian.

Beribu pejabat di Hayward, California, UCT kini menggaji 600 pekerja tempatan.
-BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 162621 Replies : 3932
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19733 Replies : 79
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26465 Replies : 197
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4763 Replies : 69
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5281 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71690 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5003 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4233 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102603 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4633 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.682199 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list