CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 979|Reply: 0

[Sarawak] Abang Johari bersama delegasi Sarawak tiba di Poznan, Poland

[Copy link]
Post time 24-4-2024 07:08 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari ditemani Awang Tengah serta rombongan kerajaan Sarawak yang lain merakam kenangan selepas selamat tiba di Poznan, Poland dalam rangka lawatan kerja rasmi dua hari di negara itu. -Gambar UKAS

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg  serta rombongan kerajaan negeri selamat tiba di Poznan, Poland dalam rangka lawatan kerja rasmi dua hari di negara berkenaan.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang berkata, turut mengiringi Abang Johari ialah Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Ketibaan delegasi kerajaan Sarawak disambut Timbalan Presiden Wilayah Wielkopolska, Marek Gola dan Pengarah Jabatan Ekonomi Wilayah Wielkopolska, Beata Joana.

Turut hadir Ketua Bahagian Wielkopolska 2050, Magdalena Kaseja-Astriab dan Duta Besar Malaysia ke Poland, Dato' Chitra Devi Ramiah dan Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Abang Ahmad Abang Morni.

Di Poland, Premier Sarawak akan menghadiri Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah dan Forum Dekarbonisasi Eropah Tengah yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 25 April ini.

Beliau akan berucap sebagai ahli panel forum semasa sesi bertajuk 'Debate Regions for the Planet' iaitu mengenai perspektif Sarawak dan pengalamannya ke arah peralihan tenaga, keselamatan tenaga boleh diperbaharui, penyahkarbonan dan kelestarian alam sekitar.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.056568 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list