CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1566|Reply: 0

Xavi kekal jurulatih Barca

[Copy link]
Post time 25-4-2024 10:24 AM | Show all posts |Read mode

XAVI akan terus kendalikan Barcelona.

Barcelona: Pengurus Barcelona Xavi Hernandez menarik balik keputusan meletak jawatan pada penghujung musim ini dan bersetuju kekal untuk baki kempen 2024-25, menurut jurucakap kelab kepada Reuters, awal pagi tadi.

Xavi berunding hampir sepanjang hari dengan pegawai Barca dan bersetuju meneruskan baki kontraknya dengan beberapa terma baharu yang tidak dinyatakan kelab.

Xavi dijangka bercakap kepada media Ahad ini sebelum aksi La Liga menentang Valencia manakala presiden kelab Joan Laporta bakal mengadakan sidang media mengenai perkembangan terbaru itu.

"Xavi akan meneruskannya dan dia sangat gembira. Terdapat persetujuan bersama yang dia perlu teruskan," kata naib presiden Rafa Yuste kepada wartawan.

Xavi beraksi 17 tahun bersama Barcelona, tampil 767 perlawanan dan menang 25 trofi termasuk empat gelaran Liga Juara-Juara dan lapan trofi La Liga.

Namun di sebalik rekod cemerlangnya dan menjuarai La Liga musim lalu, prestasi merosot Barca musim ini meletakkan Xavi dalam keadaan tertekan dan pada Januari lalu mengumumkan hasrat untuk meletak jawatan pada penghujung musim.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kal-jurulatih-barca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.055849 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list