CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 922|Reply: 0

[Pahang] Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian

[Copy link]
Post time 25-4-2024 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian

OlehNIK AMIRULMUMIN NIK MIN

25 April 2024 11:12am




Anggota penguat kuasa KPDN Temerloh melakukan pemeriksaan ke atas rumah yang dijadikan pusat jualan dan stor bagi penyimpanan produk tiruan di Taman Keladan Baiduri di Temerloh pada Rabu.




TEMERLOH - Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah di sebuah rumah di Taman Keladan Baiduri di sini pada Rabu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Temerloh, Abdul Razak Yahaya berkata, susulan penahanan wanita berusia 31 tahun itu, pihaknya turut merampas sejumlah beg tangan tiruan dianggarkan bernilai RM1,000.



Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati premis tersebut merupakan rumah kediaman yang dijadikan pusat jualan dan stor bagi penyimpanan produk tiruan menggunakan salah satu cap dagangan terkenal di pasaran.

"Berdasarkan maklumat awal, peniaga terbabit dipercayai menjual produk tiruan berjenama terpakai yang diperoleh daripada penjual di media sosial.



"Dia kemudian menjual kembali barangan tersebut secara dalam talian dengan harga sekitar RM70 bergantung kepada keadaan, saiz dan bentuk produk," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Abdul Razak berkata, barangan tiruan yang dirampas telah disita untuk siasatan lanjut bawah Akta Cap Dagangan 2019.

"KPDN memberi amaran kepada peniaga supaya tidak melakukan aktiviti produk yang menyalahi undang-undang.

"Mana-mana pihak yang didapati melakukan pelanggaran undang-undang bawah Akta Cap Dagangan 2019 berdepan hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali," jelasnya.




Tambah beliau, bagi syarikat denda dikenakan sehingga RM15,000 bagi setiap unit barangan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.059716 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list