CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 641|Reply: 0

[Sarawak] Pengusaha bas di Kapit terkilan program tambang bas RM1 tidak dilanjutkan

[Copy link]
Post time 25-4-2024 07:59 PM | Show all posts |Read mode


(Dari kiri) Teng bersama rakan kongsi Bas Ekspres Kapit Teng How Cheng dan Lin Chong Yee.

KAPIT: Seorang pengusaha bas tempatan di sini, melahirkan rasa terkilan apabila program tambang bas RM1 tidak dilanjutkan ke bandar itu.

Pengarah Urusan Kapit Bus Express Sdn Bhd Teng Mee Hieng berkata, pihaknya sebelum telah memohon program tambang bersubsidi pada Julai 2022, dengan harapan Kapit akan dimasukkan ke dalam inisiatif tersebut.

Katanya, ini bagi membolehkan orang ramai, terutama mereka daripada B40 dan penduduk luar bandar dapat menikmati inisiatif tersebut.

“Kementerian Pengangkutan Sarawak sebelum ini pernah meluluskan program tersebut melalui surat rasmi bertarikh 8 September 2022.

“Di bawah program tambang bas RM1, telah dipersetujui bahawa kami akan mengendalikan dua laluan iaitu Kapit-Nanga Mujong dan Kapit-Bukit Goram.
“Malangnya kontrak itu tidak disambung kepada kami (Bas Ekspres Kapit),” katanya pada Rabu.

Teng berkata penduduk Kapit juga layak mendapat manfaat daripada tambang bas RM1, lebih-lebih lagi aliran trafik yang semakin sesak.

“Jadi dengan adanya program ttambang bas RM1, ia secara tidak langsung boleh menjadi penyelesaian kepada isu-isu tersebuti,” jelasnya
Katanya, pihak syarikat sudah memohon semula program itu dengan  kertas kerja telah diserahkan kepada kementerian awal bulan ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.058037 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list