CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 657|Reply: 0

[Sarawak] Usaha memerangi rabies perlu diberi perhatian

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:08 PM | Show all posts |Read mode
Bagi capai sasaran sifar rabies, operasi rintis penguatkuasaan bersepadu dimulakan di Kuching, 29 April-3 Mei



Wakil-wakil agensi terlibat mendengar taklimat mengenai Persediaan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Rabies Sarawak di Wisma SABATI hari ini. -Gambar UKAS

“Sebab utama kita melaksanakan operasi rintis ini di Kuching adalah untuk menghapuskan terus wabak rabies di Sarawak sekali gus mencapai sasaran sifar rabies menjelang tahun 2030.”

Datu Buckland Bangik
Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran)

KUCHING: Usaha memerangi wabak rabies di Sarawak perlu diberi perhatian bagi mencapai sasaran sifar rabies menjelang 2030, kata Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik.

Bagi mencapai sasaran itu, operasi rintis bagi penguatkuasaan bersepadu rabies di Sarawak akan dilaksanakan bermula di Kuching dari 29 April hingga 3 Mei depan.

Di bawah operasi itu, Kerajaan Sarawak melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bersama agensi-agensi terlibat akan mengenal pasti anjing peliharaan yang belum diberi vaksin dan lesen.

“Sebab utama kita melaksanakan operasi rintis ini di Kuching adalah untuk menghapuskan terus wabak rabies di Sarawak sekali gus mencapai sasaran sifar rabies menjelang tahun 2030,” kata Buckland.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Taklimat Persediaan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Rabies Sarawak di Wisma SABATI di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Buckland yang juga timbalan pengerusi JPBNS berkata, operasi rintis itu akan menjadi penanda aras kepada operasi-operasi bersepadu yang dijangka diadakan di seluruh daerah pada masa akan datang.

Daripada operasi rintis ini kelak katanya, penilaian akan dibuat bagi mengenal pasti kelemahan yang perlu dipertingkatkan serta menentukan sama ada operasi ini boleh dikembangkan ke daerah-daerah lain di seluruh Sarawak.

Pada taklimat tersebut, Buckland turut menasihati agensi-agensi terlibat untuk bekerja sebagai satu pasukan.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Dr Nicholas Jenek dan Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Raphael Engkayau.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.244873 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list