CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 736|Reply: 0

[Sarawak] Ekspo Pendidikan Miri 2.0 di Dewan Suarah Miri Ahad ini

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:20 PM | Show all posts |Read mode


Toh (dua kiri) menyampaikan surat jemputan kepada Kaunselor Jeffery Phang yang mewakili Lee sambil disaksikan yang lain.

MIRI: Kelab Inkubator Usahawan Miri akan mengadakan Ekspo Pendidikan Miri 2.0 di Dewan Suarah Miri pada Ahad ini.

Ekspo berkenaan akan disertai lebih 30 universiti tempatan dan luar negara yang menawarkan peluang pendidikan komprehensif.

Pengerusi kelabnya Kaunselor Toh Kah Siong berkata, ekspo terbabit diadakan untuk menyediakan platform kepada pelajar dan ibu bapa meneroka peluang pendidikan serta mendapatkan bimbingan untuk laluan pembelajaran serta kerjaya terutama selepas tamat persekolahan.

“Ekspo ini nanti akan dihadiri pelbagai wakil daripada institusi pendidikan seperti universiti, institut latihan vokasional, sekolah bahasa, penyedia biasiswa dan yang berkaitan.

“Pelajar akan mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan wakil ini untuk mengetahui tentang kursus mereka, syarat kemasukan dan peluang pembangunan masa depan,” ujarnya.

Selain pameran pendidikan, ekspo terbabit turut akan diselitkan dengan penganjuran seminar dan bengkel yang merangkumi topik pendidikan untuk membantu pelajar dan ibu bapa membuat keputusan tepat bagi pemilihan kursus yang bersesuaian.

Justeru, Toh mengalu-alukan masyarakat setempat bersama-sama menyertai ekspo berkenaan dan kemasukan adalah percuma.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dijangka hadir bagi merasmikan ekspo terbabit.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.045446 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list