CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fujiwara

[KAJI SELIDIK FORUM] Anda SOKONG siapa dalam PRU ke 13?

   Close [Copy link]
Post time 12-2-2013 04:42 PM | Show all posts
hargailah keamanan yang kita ada sekarang ni. kan dah banyak yang kerajaan bagi kepada kita sebagai rakyat. SAYA SAYANG MALAYSIA!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2013 04:53 PM | Show all posts
sweetemp posted on 12-2-2013 04:42 PM
hargailah keamanan yang kita ada sekarang ni. kan dah banyak yang kerajaan bagi kepada kita sebagai  ...

KAHKAHKAHKAHKAH

Mmg lah kerajaan ada bagi kat ko..tp brape banyak pulak diorg dah REMBAT ko tau ker?KAHKAHKAHKAH

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 05:02 PM | Show all posts
Saya ni jenis simple minded. Bersyukur dengan apa yang telah diberi. kalau mereka atau sesiapa saja ada buat kesalahan, Insya Allah akan menerima pembalasan di dunia dan akhirat. What you give, yoiu get back. Tak perlu nak tamakkan benda yang tak pasti lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 05:45 PM | Show all posts
sweetemp posted on 12-2-2013 05:02 PM
Saya ni jenis simple minded. Bersyukur dengan apa yang telah diberi. kalau mereka atau sesiapa saja  ...

YES..setuju. tp daripada biarkan diorg2 nih melarat2 & membabi buta mencekik & merompak duet2 rakyat...so better kiter cegah dahulu..kn?? takkan nak dok diam jer...itu name nyer MERELAKAN benda yg x betol daripada trus berlaku..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 05:48 PM | Show all posts
ada bukti kukuh ke kenyataan tu? musykil... musykil...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2013 12:02 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-2-2013 07:52 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 11:57 PM | Show all posts
sweetemp posted on 12-2-2013 05:02 PM
Saya ni jenis simple minded. Bersyukur dengan apa yang telah diberi. kalau mereka atau sesiapa saja  ...

kebathilan harus dicegah,brader....jangan makan je apa yang orang suap dalam mulut lu,brader...tuhan bagi akal,pk la skit....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2013 12:06 AM | Show all posts
cmf_BeachBoys posted on 24-2-2013 11:57 PM
kebathilan harus dicegah,brader....jangan makan je apa yang orang suap dalam mulut lu,brader...tuh ...

betul, jangan nak lepas diri je, setuju dgncmf beach Allah bagi kita otak untuk fikir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 02:16 PM | Show all posts


Pakatan tumpu usaha kurangkan beban rakyat
       
Abdul Rahim Sabri
11:47AM Feb 25 2013

Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan kandungan manifesto bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' yang menumpukan kepada usaha untuk mengurangkan beban rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Dokumen berkenaan dibentangkan bersama oleh tiga pemimpin utama Pakatan - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Presiden DAP M Kulasegaran.

Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, gabungan parti pembangkang itu juga akan meningkatkan pendapatan isi rumah sehingga RM4,000 bagi mengurangkan kesenjangan ekonomi.

Selain itu, katanya, Pakatan Rakyat berjanji akan menghentikan serta merta operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan jika berjaya menang dan menawan Putrajaya.
Katanya lagi, Pakatan Rakyat juga akan mengkaji semula fasa-fasa pelaksanaan RAPID di Pengerang.

Pakatan Rakyat akan turut mereformasikan semua undang-undang sedia ada berkait dengan pembalakan dan kawal selia aktiviti pembalakan, katanya.

"Dasar ekonomi Pakatan Rakyat mensyaratkan kesinambungan lestari alam sekitar dan menitik beratkan kemaslahatan rakyat sebelum kelulusan diberikan.

"Makanya, secara prinsipnya sebarang aktiviti ekonomi yang melibatkan radiasi yang membahayakan orang ramai atau apa-apa kegiatan yang dikira merosakkan alam sekitar tidak akan diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat baik diperingkat negeri dan persekutuan," manifesto itu dipetik.

Selain itu, Pakatan akan menaikkan caruman kerajaan ke dalam Lembaga Tabung Angkatan tentera dari 15 peratus kepada 20 peratus untuk menjamin masa depan perajurit.

Pakatan juga akan menghapuskan sistem permit teksi yang diberikan kepada syarikat tertentu dan permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi, tambahnya.

http://www.pakatanrakyat.my/files/BM-Manifesto-BOOK.pdf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 10:40 PM | Show all posts
Malaysia hanya ade seorang Melayu

Saya nak makan nasi lemak,
beras dibeli dari siapa? - BERNAS!
BERNAS milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi 0.
Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources,
Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Minum kopi mesti campur gula
Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR.
MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ;
MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sepenuhnya

OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan
Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP.
IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff.
Malakoff milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la... naik motor
Motor Kriss, keluaran MODENAS.
Modenas milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak naik motor, naik kereta. Kereta apa? Proton.
Proton milik DRB HICOM.
DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja.
Honda Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat.
Bank Muamalat milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Kereta kena ada insurans coverage.
Insurance beli dari siapa? = Uni Asia Insurance
Uni Asia Insurance milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM.
Puspakom milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang
Landasan keretapi siapa buat? = MMC.
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Sekarang, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary pun nak ambil alih KTMB

Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la... nak pergi Johor!
Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la.
Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Tanjung Pelepas Port milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port.
Johor Port milik siapa? = MMC.
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Ok la... I orang KL, naik MRT sahaja la... (apabila siap)
Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? = MMC.
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Macam ni la... tak nak keluar rumah langsung!
Duduk rumah, hantar surat sahaja!
Apabila nak hantar surat, kena lekat setem!
Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2013 06:29 AM | Show all posts
sweetemp posted on 12-2-2013 04:42 PM
hargailah keamanan yang kita ada sekarang ni. kan dah banyak yang kerajaan bagi kepada kita sebagai  ...

aman ker??... nk pergi mana2 sekarang pn rasa takut... ragut.. rompak.. simbah asid..

kita lg aman klu parti perompak duit rakyat tu bungkus..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 12:19 AM | Show all posts
ntahlah... masih tak yakin lagi dengan PR.
tapi masih lagi rasa tak betul kalau BN dipanggil perompak duit rakyat. Saya nampak banyak usaha yang kerajaan lakukan untuk membantu beban rakyat. SILA TUNJUKKAN BUKTI MEREKA MEROMPAK DUIT RAKYAT. mungkin dengan itu mata hati saya akan tercelik dengan apa yang kalian laungkan.
(Saya bukan PRO-BN, saya hanya rakyat biasa yang melihat situasi politik negara kita dari tepi saja)
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 01:03 AM | Show all posts
sy mesti sokong

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 01:03 AM | Show all posts
sy mng moto

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 01:04 AM | Show all posts
sweetemp posted on 12-2-2013 04:42 PM
hargailah keamanan yang kita ada sekarang ni. kan dah banyak yang kerajaan bagi kepada kita sebagai  ...

betul tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2013 01:06 AM | Show all posts
Fujiwara posted on 1-4-2011 11:29 AM
BN supporter - kebanyakan dari KAWASAN KAMPUNG,pengundi yang berilmu RENDAH,pengundi yang SUKA R ...

undi adalah rahsia

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 02:32 PM | Show all posts
rashiman posted on 26-12-2012 01:16 PM
buat apa tukar,
negara sekarang berada didalam kedudukan yg baik, keadaan ekonomi terus kukuh d ...

itulah pasal. saya juga nampak perubahan positif negara. pada saya menjadi negara islam bukan setakat Hudud sahaja, walau tak dinafikan salah satu perkara yang penting dalam negara Islam  adalah mengamalkan undang2 islam- Hudud. tapi kita masih boleh menonjolkan keislaman negara dalam pelbagai aspek lagi. maklumlah, Islam adalah satu cara hidup.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2013 11:57 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 10:32 AM | Show all posts
Just from my opinion..
Hanya orang yg pernah terlibat secara langsung atau x langsung je tau ape yg diorang buat.
Kadang-kadang tu sedih and kecewa tengok duit rakyat digunapakai untuk kepentingan peribadi.
Ini benar-benar berlaku.
Memang banyak kerajaan bagi pada kita. Tapi itu sebenanye hak kita.
Kita yang bayar cukai. So duit BRIM tu sume asalnya adalah duit rakyat, bkn duit BN yang digunapakai untuk meraih undi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.071326 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list