CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38624|Reply: 220

Kisah-Kisah Yang Membuatkan Aku Yakin Wujudnya Entiti Lain..(Pics page 7)

[Copy link]
Post time 24-3-2011 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by gebio at 29-3-2011 16:43

Salam sejahtera kepada forumers dan otai2 dlm forum nih..Setelah sekian lama aku jadi 'Silent Reader' membaca kisah2 seram & mistik di dalam forum nih, teringin juga aku nak ceritakan pengalaman-pengalaman yang aku alami yang menyedarkan aku bahawa wujudnya alam & entiti yang lain selain dari kita nih..

Setiap kisah & pengalaman yang akan aku citer nih adalah kisah benar, aku nak tanya jugak pendapat dan pandangan dari otai-otai forumers apa alamat & kebendenye entiti tuh..Ok...aku citer ye..

Kisah 1

Umur Semasa Kejadian: Dlm 4-5 Tahun..

Semasa aku kecil, berumur dalam 4-5 tahun, lebih kurang pada tahun 1976-77, allahyarham abah aku seorang guru dan kami sekeluarga tinggal di sebuah kuarters kerajaan (rumah kayu) di Taiping.. Walaupun aku banyak mendengar kisah-kisah menyeramkan disekitar kawasan rumah aku, aku sendiri tak pernah melihat dan mengalami pengalaman tu..Sehingga pada suatu hari....

Seperti biasa semasa kecil aku seringlah gaduh2 ngan adik beradik aku nih..berebut mainanlah, saja2 nak cari gaduhlah...pada satu hari tu, semasa aku bergaduh dengan seorang adik aku, kami dimarahi oleh kakak kerana suka bergaduh..lalu dikurungnye kami ke dalam sebuah bilik (tujuan nak suruh diam..) Bilik tu bersambung dengan sebuah tandas dimana nak ke tandas perlu turun gunakan tangga..Di dalam tandas itu pula terdapat satu pintu yang apabila dibuka boleh nampak terus pemandangan kawasan luar rumah..Pada waktu itu, pintu dalam tandas yang nampak luar tu terbuka.. Setelah berada di dalam bilik itu, kami berdua pun menangislah sebab kena marah dengan kakak..

Semasa kami menangis berdua, tiba-tiba kami berdua nampak satu makhluk yang memakai jubah putih dan berserban datang dari luar kawasan rumah dan melalui pintu tandas terus ke arah kami, pergerakannya bila datang kearah kami bukan secara berjalan tetapi seperti floating (kaki tak jejak tanah..) Apabila sampai kepada kami berdua, makhluk itu berkata, "Dah..diam-diam..jangan menangis.." (seperti memujuk kami berdua)..Selepas makhluk itu berkata sedemikian, makhluk itu keluar dari bilik dan tandas rumah ke luar rumah dengan cara yang sama dan terus menghilangkan diri..Yang bestnye, kami ikut cakap dan berhenti menangis selepas itu..

Apabila telah dewasa, aku bertanya pada adik aku, adakah dia masih ingat kepada kejadian tu, dia kata dia ingat lagi..

Aku juga bertanya kepada kawan2 aku yang mahir ngan mende-mende mistik nih..jawapan dia org ialah 1) Kemungkinan itu adalah Qarin.. 2) Mereka berkata kepada aku, "kau belum kenal diri kau sendiri lagi.." (?)..

Aku tanya mak aku, dia selamber jawab,"tu moyang hang lah tu.."


Soalan kepada otai-otai: Apakah makhluk itu? Benarkan itu Qarin? Apa maksud kawan2 yang berkata aku belum kenal diri sendiri?? Betul ke tu moyang atau mak aku buat lawak jek..

Next kisah kedua..nak tunggu opinion dulu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 11:41 AM | Show all posts
"opinion"

k.ko dah leh sambung citer
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 11:40 AM | Show all posts
...tetiba jer meremang bulu roma baca citer ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 11:52 AM | Show all posts
"opinion"

k.ko dah leh sambung citer
shiri Post at 24-3-2011 11:41



hampeh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 12:04 PM | Show all posts
opinion:

1) sungguh anda 40an,.....
2) lebih afdal ku panggil dikau abg (lelaki) kakak (perempuan)
3) xde komen qarin ke ape sbb x pasti
4) sila sambung kisah ke 2


terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 12:04 PM | Show all posts
ala.. citer jer la...
nk tunggu opinion bagai kot2 lama pulak baru nak abis..

nnt otai2 tu masuklah...
sambil tu kot citer la..
cer citer.. cer citer...
(cepatlah, kang aku nyanyi lagu enjet2 semut kang..... )
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2011 12:14 PM | Show all posts
aku xreti nk bg opinion.ilmu cetek...hehe...
walobagaimanapun aku komen gak sbb nk bg motivasi kt TT
supaya smbung cite..

p/s:baik ko sambung je...plepak2 kt cni gemar beno mrusuh....sampuk dek antu egypt kot..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 12:16 PM | Show all posts
wah..pengalaman sndiri ek..best2...sambung pelissss...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2011 12:39 PM | Show all posts
opinion:

1) sungguh anda 40an,.....
2) lebih afdal ku panggil dikau abg (lelaki) kakak (perempua ...
idakamaruddin Post at 24-3-2011 12:04


terasa diri ini dah tua...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 12:41 PM | Show all posts
Reply 9# gebio


asalkn hati muda..dah,jgn bdukalara...sila smbung cite
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 12:42 PM | Show all posts
Reply 10# chicmushroom


    betul...betul...

cepat sambong! kalu x kami bakorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 12:46 PM | Show all posts
Reply 7# chicmushroom


ok..ok..jap lagi aku sambung..nak lunch jap..lapo wehh
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 12:51 PM | Show all posts
Reply 12# gebio


makan wat stok sampai dinner trus...
jadi blehla ko cite xbenti2 lg dah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 12:54 PM | Show all posts
"opinion"

k.ko dah leh sambung citer
shiri Post at 24-3-2011 11:41



    lawak weh
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 01:08 PM | Show all posts
Apakah makhluk itu? org bunian kg sebelah.
Benarkan itu Qarin? bukan.
Apa maksud kawan2 yang berkata aku belum kenal diri sendiri?? entah.
Betul ke tu moyang atau mak aku buat lawak jek...lawak jer tuh...janji dh beri jwpn pd anknya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 01:17 PM | Show all posts
terasa diri ini dah tua...
gebio Post at 24-3-2011 12:39



    jgn lah sedih lum tua lagi tu bukan ke life begin at 40
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 01:28 PM | Show all posts
citer le cepat...satgi kaum2 ganas yg otai2 seme pakat2 masuk n then dah mle start taruk bom...hu2 Qarin?...dah tentu2 bukan.. Mengenal diri sendrik?...bukan langsung3.. Moyang ko?....org mati tu mati lah...(bye2)...
Fariszone:  heheheh boniamn kg sebelah?..= Jin sosat la tu..silap kampung agaknyer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 01:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by gebio at 24-3-2011 13:45



Ok...ni kisah ke-2 aku...kisah kali ni aku flashback balik masa aku mula-mula lahir dulu...of course aku tak hengat kisah ni sebab aku kecik baby lagi...(baby comei) Kisah ni diceritakan dengan serious berkali-kali oleh Allahyarham abah aku dan mak aku berdasarkan kepada pengalaman mereka sendiri..

Warning : Tiada unsur2 syirik dalam kejadian nih...aku pun diazan oleh Allahyarham abah aku dan dibuat kenduri aqiqah cam orang lain...ingat..

Kisah 2:

Umur semasa kejadian: 1-5 hari

Semasa mak aku mengandungkan aku, lebih kurang 8 bulan (sarat le tuh) Allahyarham abah aku ada bermimpikan seekor gajah membawa Kavadi (Tempat letak org cam masa Thaipusam tuh..) tetapi Allahyarham tak lah mengesyaki apa-apa yang pelik akan berlaku dan sememangnya keadaan adalah normal sehingga saat aku dilahirkan.

Sewaktu mak aku melahirkan aku ke dunia, selepas diazankan, aku menangis tak henti-henti..menangis je kerje aku..yang peliknya semasa azan berkumandang, aku akan berhenti menangis..Selepas habis azan, aku akan sambung menangis balik..allahyarham abah dan mak aku jadi panik tak hengat...lalu allahyarham abah aku pun pergi ke merata-rata kampung untuk berubat. Alhamdulillah, dapat seorang dukun yang mendakwa dia boleh mengubatkan aku..Semasa dia mengubatkan aku, dia telah memberikan syarat kepada kedua orang tua aku bahawa selepas berubat, dia perlu tidur di rumah jiran sebelah rumah kami dan pantang untuk tidur di rumah tempat dia berubat..(Rumah yang sama seperti di Kisah 1) Seperti yang dijangka, aku pun berhenti menangis...

malangnya..
dukun itu telah diganggu dengan teruk oleh 2-3 lembaga yang aku pun tak tahu apa... Keesokan harinya, dukun itu berkata kepada orang tua aku yang dia tak dapat nak menolong kami untuk buatkan aku berhenti nangis kerana teruk diserang..mulai keesokan harinya, aku pun sambunglah balik menangis tak henti-henti kecuali sewaktu azan berkumandang...

Allahyarham abah aku pening..tak tahu nak buat macamana..lalu berjalan-jalanlah beliau ke serata pelusuk bandar Taping untuk mencari jalan untuk mengubat aku..Semasa minum di sebuah kedai kopi di bandar Taiping, beliau terserempak dengan seorang rakannya yang juga seorang guru berbangsa India yang bernama 'Michael'..Allahyarham abah aku mencurahkan perasaan risaunya kepada rakannya itu..Kemudian, rakannya yang bernama 'Michael' tu mengajak Allahyarham abah aku pergi ke suatu tempat di kaki Bukit Larut untuk ikhtiar.

Sampai ke kaki Bukit Larut tu, rupa-rupanya rakannya membawa Allahyarham ke sebuah kuil!! Beliau menjadi serba salah kerana tak mahu melakukan perkara yang syirik..(Allahyarham abah aku agak alim..hokey...) namun dengan niat untuk berubat kerana Allah dan kerana anaknya yang comei ni , beliau mencuba juga..Sampai ke kuil itu, beliau disambut oleh seorang sami yang memberikan kepada Allahyarham abah aku sebiji buah kelapa..Semasa berjalan dengan biji kelapa tu, tiba-tiba beliau secara tidak sengaja menjatuhkan biji kelapa tu...yang peliknya, sami tu berkata, "bagus..bagus.." kepada Allahyarham abah aku..dan memberikan arang untuk dicontengkan pada muka aku yang comei tu...

Sampai di rumah, Allahyarham abah aku pun mencontengkanlah muka aku dengan arang tu...Alhamdulillah, malam itu dan hari2 seterusnya, aku tak menangis lagi (kecuali bila nak susu )

Yang peliknya,

Pada malam aku berhenti menangis, orang gaji yang menjaga aku bernama Kak Midah telah bermimpi seekor gajah membawa Kavadi dan aku BERADA DI DALAM KAVADI tersebut !!!

Soalannya: 1) apa yang buatkan aku jadi camtuh..!!!  2) kenapa dukun tu diserang oleh 2-3 lembaga?? Konpius...:@

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 01:53 PM | Show all posts
check in!

dh mcm nk jawab peksa la pulok.byk nau soalannya. kalo xjawab soalan2 tu, xkena halau kan..kan??egegege
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 02:07 PM | Show all posts
Reply 15# FARISZONE

Wallahualam..maybe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.779572 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list