CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1213|Reply: 0

‘Tayang aib satu larangan yang besar dalam Islam’

[Copy link]
Post time 28-4-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Wanita kelahiran Singapura bernama Sarah Yasmine (gambar besar) tidak henti-henti membuka pekung orang lain secara tiba-tiba kononnya demi mencari keadilan dengan cara sendiri.



Dari satu sudut pandang, menjadi orang terkenal atau figura popular datang dengan harga lumayan yang perlu dibayar.

Harga yang dimaksudkan adalah kehidupan mereka yang terlibat terutama yang bergelar selebriti adalah jangan pernah bermimpi untuk mendapatkan privasi kehidupan.

Melainkan kalian tidak lagi menggunakan media sosial untuk mencari sesuap nasi atau meletakkan noktah bersara daripada dunia hiburan, inilah jalan atau sepak terajang yang perlu dijalani.

Golongan selebriti seperti Aliff Aziz, Ruhainies dan Bella Astillah dan paling terbaharu manusia paling didendang dalam gelanggang hiburan seni tanah air sedari awal minggu, Sarah Yasmine termasuk Caprice, mengertilah bahawa hidup ini merupakan satu pilihan.

    Apa yang dicanang atau ‘ditelanjangkan’ pada hari ini mungkin bagi kalian, akan berlalu ditiup angin begitu sahaja, namun malangnya, situasinya bukan begitu.

Hari ini juga, barangkali sebilangan manusia berasa seronok apabila aib dipaparkan kepada umum kerana dengan pantas meraih perhatian berduyun-duyun, Like (tanda suka) datang tidak henti-henti di Instagram atau waima, follower bertambah bergunung-ganang dalam waktu singkat.

Menyentuh isu Aliff dan Bella, tiada siapa menjangka pengakhirannya akan terus menderas sebegini rupa sampaikan satu Malaya bercakap tentang hiruk-pikuk perkahwinan mereka dengan aib yang dilondehkan hari demi hari.

Tidak berada pada posisi untuk menghakimi kehidupan orang lain tetapi, sebagai selebriti zaman sekarang perlu disematkan dalam jiwa rasa kebertanggungjawaban sebagai anak seni.

Kalau rasa tanggungjawab itu tiada, maka terjadilah seperti apa yang terpampang sekarang. Aib mereka dikendong sini sana tanpa rasa bersalah atau malu sekali gus melibatkan orang-orang sekeliling.

Gugat institusi keluarga

    “Membuka aib pasangan merupakan satu larangan yang besar kerana kesannya yang menggugat keutuhan sesuatu institusi rumah tangga.

“Perkahwinan sepatutnya menjadi tempat lahirnya dan terdidiknya insan yang menjadi khalifah di muka bumi Allah SWT,” demikian jawapan berhubung aib dalam laman sesawang rasmi Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Bukan memberi nasihat sesuka hati, tetapi umpamanya zaman sekarang ‘membogelkan’ aib orang lain sudah menjadi satu norma atau kebiasaan dalam kalangan masyarakat terutama yang beragama Islam.

Sarah Yasmine, cukuplah

Buat Sarah Yasmine, you’ve done your job (anda sudah lagukan tugas anda) dan rasanya sudah cukup ‘kerja’ anda di situ. Baik Bella, Aliff dan Ruhainies sudah menerima akibat daripada kekhilafan masing-masing.

Perlu diingatkan, Aliff dan Bella masih ibu bapa kepada anak-anak mereka dan bayangkan kesan ‘mental’ terhadap Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 atas kebobrokan situasi yang meletus.

Ruhainies juga memiliki ibu bapa yang mengharapkan agar segala episod hitam ini berlalu pergi dan dilunaskan dengan segera demi menjaga aib keluarga.

Ruhainies sudah pun memohon maaf kepada Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah dan semoga pendekatan tersebut menjadi permulaan yang baik buat mereka yang terpalit dalam isu ini pada hari mendatang.

    Lainlah kalau Sarah Yasmine sekarang sedang berseronok dengan perhatian yang dipalingkan kepadanya. Maklumlah, dalam tempoh singkat seminggu terus bertingkat-tingkat jumlah followers dan views individu terbabit selepas menumpahkan setempayan ‘teh’ tempoh hari.

Dan setakat tulisan ini dilunaskan pada sehari sebelum akhbar dicetak, Sarah masih berlegar-gelar mencanang cerita orang lain dan karakter terbaharu yang masuk dalam naratif wanita kelahiran Singapura itu ialah Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Semoga ditimbulkan rasa bersalah dan semuanya diselesaikan secara waras dan mengikut fikiran orang dewasa. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.051154 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list