CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4988|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerja pembinaan Galeri Warisan Guar Kepah mengikut jadual

[Copy link]
Post time 29-4-2024 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Kerja pembinaan Galeri Warisan Guar Kepah mengikut jadual


BERNAMA



Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika berucap pada Majlis Penyerahan Mock Cheque kepada Penerima Insentif Pembaikan Bangunan Warisan Kategori 1 Dalam Tapak Warisan Dunia Unesco George Town di Auditorium C, Tingkat 3, Komtar di sini hari ini. FOTO MIKAIL ONG




Georgetown: Kerja-kerja pembinaan Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah kini mencecah 94 peratus siap dan mengikut jadual, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata apabila siap pada bulan Jun ini, ia bakal menambah rangkaian pelancongan arkeologi di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, selain Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Kedah dan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong di Perak.

Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah yang memperoleh peruntukan RM10 juta daripada kerajaan persekutuan melalui Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), bakal menempatkan artifak dan rangka-rangka manusia termasuk 'Penang Woman' yang ditemukan ketika kajian penyelidikan dijalankan.

"Proses untuk membawa pulang khazanah rangka-rangka manusia yang ditemui di Guar Kepah yang kini disimpan di Belanda juga sedang giat dijalankan," katanya kepada wartawan selepas Majlis Penyerahan Replika Cek kepada penerima insentif pembaikan bangunan warisan di sini hari ini.

"Proses ini melibatkan banyak kertas kerja antara Malaysia dan Belanda yang perlu disempurnakan, termasuklah pembentangan kepada Jemaah Menteri, sebelum rangka ini dapat dibawa pulang untuk ditampilkan dalam Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah," tambahnya.

Galeri sedia ada yang dibina pada 2017 merupakan galeri sementara yang hanya dilengkapi dengan struktur berbumbung separa tetap dan terbuka.

Mengulas mengenai majlis hari ini Chow berkata 47 permohonan untuk mendapatkan insentif bangunan warisan telah diluluskan dengan jumlah keseluruhan pemberian insentif pembaikan bangunan warisan kategori satu bernilai RM6.5 juta.

"Saya telah menerima maklumat daripada George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) bahawa 76 permohonan telah diterima bagi insentif bangunan warisan kategori satu.

"Selain itu 437 permohonan telah diterima bagi insentif bangunan warisan kategori dua sepanjang tempoh permohonan dari 8 Jan hingga 8 Mac lepas," katanya.

Chow berkata jumlah permohonan yang banyak ini mencerminkan tahap kesedaran tinggi dalam kalangan masyarakat mengenai perlindungan warisan di George Town.



Disiarkan pada: April 29, 2024 @ 12:03pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.550592 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list