CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5087|Reply: 0

[Pulau Pinang] Selepas suami, isteri pula diuji kanser payudara

[Copy link]
Post time 30-4-2024 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Selepas suami, isteri pula diuji kanser payudara

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

30 April 2024 08:35am








Noraniza memangku anak OKUnya bersama suami yang menghidapi kencing manis kronik dan anak bongsu mereka.




BUKIT MERTAJAM - Dugaan bersilih ganti terpaksa ditempuhi seorang wanita di Bandar Perda di sini, selepas terpaksa berhenti kerja disebabkan suaminya menghidapi kencing manis kronik dan kini dia pula disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga.

Noraniza Ismail, 47, berkata, suaminya Junaidi Awang Kechik, 49, hanya terlantar di rumah selepas menjalani tujuh pembedahan pada tumit kaki kiri hingga menyukarkan untuk bergerak.




Noraniza




Jelas ibu kepada tiga orang cahaya mata termasuk seorang Sindrom Down, penyakit kencing manis kronik yang dihidapi suaminya turut menjejaskan penglihatannya dan memerlukan rawatan daripada pakar.

"Selepas suami disahkan cacat kekal berikutan masalah tulang tumit kaki pada 2021, saya terpaksa berhenti kerja kilang di Bayan Lepas untuk menjaganya selain perlu memberi tumpuan kepada anak kedua yang juga orang kurang upaya (OKU).



"Ujian kehidupan kami sekeluarga bertambah berat apabila saya disahkan menghidap kanser payu dara tahap tiga dan perlu membuat rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediaman mereka di Kondominium Mutiara di Bandar Perda di sini, pada Isnin.

Noraniza berkata, disebabkan dia dan suami sudah tidak kuat untuk bekerja, mereka hanya bergantung kepada bantuan yang diperoleh daripada Zakat Pulau Pinang sebanyak RM500 sebulan dan bantuan RM150 yang diperoleh anak keduanya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Katanya, anak sulung berusia 24 tahun juga baru diberhentikan kerja berikutan terlalu kerap mengambil cuti bagi membawa dia dan isteri mendapatkan rawatan di hospital.




"Memang bantuan yang diterima tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan kami lima beranak setiap bulan kerana suami dan anak yang OKU perlu memakai lampin pakai buang selain perlu membeli peralatan untuk mencuci luka.

"Setakat ini, saya cuba menjual mi kari dan letak di gerai-gerai di sekitar kawasan rumah bagi menambah pendapatan keluarga," katanya lagi.

Ditanya bagaimana sambutan Aidilfitri yang diraikan baru-baru ini, Noraniza berkata, tiada persalinan baharu apatah lagi persiapan yang dibuat malah mereka meraikan secara ala kadar sahaja.

Orang ramai yang ingin memberikan bantuan kepada keluarga Noraniza boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun 152108008392 (Maybank) atas nama Noraniza Ismail atau menghubungi di talian 6016-515 5659.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.055066 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list