CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8446|Reply: 0

[Pulau Pinang] PAC akan panggil syarikat PSI, asrama pekerja asing

[Copy link]
Post time 1-5-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode
PAC akan panggil syarikat PSI, asrama pekerja asing

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

01 Mei 2024 03:45pm








Muhammad Fauzi (duduk dua dari kanan) bergambar bersama tetamu yang hadir.




KEPALA BATAS - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) akan memanggil syarikat pembangunan projek tambakan laut Pulau Pinang Selatan (PSI) dan pemaju projek pembinaan asrama warga asing di Teluk Kumbar untuk mendapatkan penjelasan mengenai projek yang dijalankan di negeri ini.

Pengerusinya, Muhammad Fauzi Yusof berkata, kedua-dua syarikat berkenaan akan dipanggil dalam prosiding pada 14 Mei depan sebelum laporan berkenaan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka akan bermula 25 Mei depan untuk dibahaskan.


Muhammad Fauzi






Beliau yang juga Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang berkata, kedua-dua projek yang akan dijalankan itu melibatkan kepentingan umum khususnya penduduk di negeri ini telah menyebabkan kagusaran ramai.

"Hari ini rata-rata rakyat meminta perkara ini (projek PSI dan asrama warga asing) dapat dinilai semula dan dibuat satu keputusan yang baik untuk kepentingan samua.



"Jesteru, PAC negeri akan memanggil kedua-dua syarikat ini untuk membentangkan mengenai projek mereka sebelum laporan itu kita akan bawakan dalam DUN untuk dibahaskan nanti,"katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Pulau Pinang di Kompleks Tarbiyah Pongsu Seribu di sini, pada Rabu.

Projek PSI yang sebelum ini dikenali sebagai Penang South Reclamation (PSR) adalah projek mega melibatkan tambakan bagi mewujudkan tiga pulau dengan keluasan 1,821 hektar di kawasan selatan Pulau Pinang.

Projek tersebut yang mula diperkenalkan pada 2015 merupakan modul pembiayaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion selepas SRS Konsortium dilantik sebagai PDP untuk PTMP pada 14 Ogos 2015.




Sementara itu bagi projek asrama pekerja asing pula, sebelum ini media melaporkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang belum memuktamadkan perancangan membina asrama pekerja asing di Teluk Kumbar.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, Jason H’ng Mooi Lye dilaporkan berkata, permohonan kebenaran merancang (PKM) yang dikemukakan pemaju Tetuan Chong masih dalam pertimbangan, biarpun projek itu mendapat kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri.

Beliau berkata, penilaian terperinci merangkumi pelbagai aspek perlu dilakukan, termasuk reka bentuk dan susun atur sebelum kelulusan diberikan untuk memulakan pembinaan.

Pada Sidang Dewan Undangan Negeri 27 November tahun lalu, Mooi Lye memaklumkan anggaran 32,680 pekerja asing akan ditempatkan di Teluk Kumbar berdasarkan kelulusan yang diperakukan Jawatankuasa Perancang Negeri.

Ia membabitkan pembinaan sebuah blok bangunan asrama pekerja setinggi 27 tingkat, terdiri daripada ruang kedai enam unit di aras satu, kemudahan rekreasi di aras satu dan dua serta 512 unit asrama.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.215458 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list