CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35638|Reply: 8

[Dunia] Utara Arab Saudi, Madinah dilanda banjir besar

[Copy link]
Post time 1-5-2024 08:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 2-5-2024 03:56 AM

Utara Arab Saudi dilanda banjir besar

01 Mei 2024, 6:38pm

RIYADH: Hujan lebat berterusan mengakibatkan beberapa bahagian di utara Arab Saudi dilanda banjir besar.

Menurut media tempatan, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi, NCM mengeluarkan amaran tahap merah di Madinah, Qassim dan Al-Ula serta beberapa kawasan berhampiran Laut Merah susulan bencana alam terbabit.

Banjir besar turut memaksa penutupan jalan raya dan sekolah di kawasan bencana.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Arab Saudi sedang meneliti bantuan yang akan disalurkan segera ke kawasan terjejas.

Situasi di utara Arab Saudi itu berlaku ketika banjir melanda negara jiran, Emiriah Arab Bersatu, UAE dan juga Oman baru-baru ini.

Kira-kira 21 orang maut susulan banjir di Oman sejak pertengahan April lalu manakala empat lagi terkorban di UAE dalam tempoh sama.

https://www.buletintv3.my/dunia/utara-arab-saudi-dilanda-banjir-besar/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts

Madinah dilanda bah teruk

Video tular di media sosial menunjukkan banjir berlaku di Madinah. -Sinar Harian/Agensi

RIYADH: Banjir akibat hujan lebat melanda bahagian utara Arab Saudi sehingga memaksa penutupan jalan raya dan sekolah di tengah-tengah amaran perjalanan dikeluarkan Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM).

Rakaman dilaporkan Sky News dan media lain yang tular di laman media sosial menunjukkan banjir kilat yang bermula pada Isnin melanda wilayah Al-Ula dan Madinah dengan menyaksikan kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.

Rakaman yang dikongsi menunjukkan hujan lebat melanda berhampiran kawasan Masjid Al-Nabawi.


Pada Isnin, NCM mengeluarkan amaran tahap merah di wilayah Madinah sambil meramalkan hujan lebat dan ribut petir, angin kencang dan hujan batu turut berlaku di Al-Ula.

Bencana ini berlaku selepas banjir kilat melanda Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman baru-baru ini.
Pada November 2022, bandar Jeddah dilanda banjir kilat sehingga mengorbankan dua orang.

Difahamkan banjir yang berulang di bandar tersebut berpunca daripada kekurangan saliran mengalirkan air hujan. -Sinar Harian/Agensi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 09:46 PM | Show all posts
Akibat xde perparitan dan saliran yang baik. Teruk juga banjirnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Khairul Aming kat madinah tu. Semoga di permudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2024 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Beribear replied at 1-5-2024 11:41 PM
Khairul Aming kat madinah tu. Semoga di permudahkan segala urusan

Iols tgk kat instastory kerol ameng, takde banjir.. mcm best jahh kat sana..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 1-5-2024 09:46 PM
Akibat xde perparitan dan saliran yang baik. Teruk juga banjirnya.

Iols pun takazut dgr takde longkang kat sana.. rupanya sbb takde keperluan dek cuaca kering dan byk pasir beterbangan.. now ujan sikit jahh, jadi banjir..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2024 02:56 PM | Show all posts
ini tanda kerajaan malaysia mau tukar & DSN akan jadi PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.057226 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list