CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4335|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Mahkamah keluar waran tangkap wanita tak hadir kes abai anak hingga mati

[Copy link]
Post time 2-5-2024 02:36 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

SEREMBAN: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang wanita kerana gagal hadir bagi sebutan semula kes mengabaikan anak kandung perempuannya berusia tiga tahun sehingga mengakibatkan kematian, pada Mac lalu.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz memohon satu waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh, Noraini Haron, 42.

Pada 1 April lalu, Noraini dengan teman lelakinya, Mohd Khairul Shamsua Israk, 38, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan dan prosiding semalam adalah untuk mengemukakan laporan forensik, namun hanya Mohd Khairul yang hadir, tetapi Noraini termasuk penjaminnya tidak hadir sehingga jam 10.20 pagi.

Mengikut pertuduhan, mereka dengan niat bersama sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak perempuan, Nuraireen Afeeya Muhammad Padzli,3, telah mengabaikan kanak-kanak itu hingga menyebabkan kematian.


Kesalahan itu dilakukan dari 18 Mac hingga 24 Mac 2024 antara kira-kira jam 12 tengah hari hingga 6.45 petang di sebuah rumah di Taman Mayung di Port Dickson.

Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh dengan syarat perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
https://www.bharian.com.my/berit ... ai-anak-hingga-mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.066295 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list