CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6230|Reply: 0

[Johor] 'Adan baru sambut hari lahir kelima semalam'

[Copy link]
Post time 2-5-2024 03:18 PM | Show all posts |Read mode

Nur Arina (kiri) dan Norhasimah (kanan) menunjukkan gambar Mohamad Nor Ramadhan ketika menyambut Aidilfitri lalu. FOTO Omar Ahmad

Johor Bahru : "Hadiah hari lahir Adan masih berbalut lagi," kata Nur Arina Abd Karim, 21, ibu saudara kanak-kanak autistik, Mohamad Nor Ramadhan Mohamad Nor Syawal, yang lemas terjatuh Sungai Skudai di Kampung Sepakat Baru di sini, semalam.

Katanya, dia dimaklumkan oleh ibu mangsa, sebelum anak saudaranya yang mesra dipanggil Adan disedari hilang, anak sulung dari dua beradik itu sempat memotong kek hari lahirnya.

Menurutnya, tarikh hari lahir Adan adalah pada 5 Mei, tetapi disambut lebih awal sekali dengan majlis rumah terbuka dan hari keluarga, semalam.

"Adan seorang anak kecil yang penggeli, dan tidak akan keluar rumah tanpa selipar.



"Ibunya maklumkan mereka meletakkan selipar Adan di tempat tinggi dan memang tidak menyangka Adan akan ke belakang rumah yang berhampiran Sungai Skudai.

"Saya difahamkan selepas potong kek, Adan ada di kawasan majlis sebelum kehilangannya disedari oleh ahli keluarga.

"Satu kampung mencari Adan, malah pihak bomba juga dipanggil kerana dikhuatiri Adan terjatuh ke dalam sungai," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini.

Nur Arina berkata, sebelum ini Adan seorang yang agresif, namun sejak masuk ke Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kota Masai, tingkah lakunya terkawal.

"Lebih sebulan bersekolah, nampak perubahan pada Adan, sudah tidak agresif dan lebih banyak diam. Saya tidak sangka kalau itu petanda dia akan pergi.

"Guru-guru di PDK juga terkejut dengan pemergian Adan sebab sebelum ini dia menang pertandingan hari raya di TikTok anjuran PDK terbabit," katanya.

Sementara itu, nenek mangsa, Nurhasimah Abdullah, 50 berkata ketika kejadian anaknya sekeluarga pulang ke kampung belah bapa mereka untuk majlis rumah terbuka, hari keluarga dan sambutan hari lahir cucu sulungnya.

"Saya dimaklumkan Adan terjatuh sungai dan terus bergegas ke lokasi.

"Ajal dan maut memang ketentuan Allah. Adan baru sahaja sambut hari lahir ke lima semalam, saya reda dengan ketentuan Allah tetapi melihat sekujur tubuhnya yang kaku hati saya jadi luluh.

"Allah pinjamkan Adan kepada saya hanya lima tahun. Kami rapat sebab anak dan cucu tinggal dalam taman perumahan yang sama, cuma lain blok sahaja," katanya yang memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, dekat Pasir Gudang hari ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ahir-kelima-semalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.053647 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list