CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19660|Reply: 0

[Kedah] Mapim, Salimah pertingkatkan kempen kesedaran bantu Palestin

[Copy link]
Post time 2-5-2024 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Mapim, Salimah pertingkatkan kempen kesedaran bantu Palestin

OlehROSLINDA HASHIM

02 Mei 2024 04:16pm








Sebuah pesawat milik Israel melancarkan serangan udara ke atas Rafah, beberapa hari lalu. Foto Mapim




ALOR SETAR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) bergabung tenaga mempertingkatkan kempen kesedaran membantu rakyat Palestin.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, antara inisiatif dilakukan termasuk menaja keluarga angkat dan anak yatim Gaza, program masjid berkembar Malaysia-Palestin dan wakaf al-Quran.



Menurutnya, kempen berkenaan dicetuskan agar masyarakat mempunyai kefahaman jelas berkaitan latar belakang dan status Palestin, seterusnya diterjemahkan kepada tindakan menyebar luas maklumat, terlibat dalam kempen serta menyumbang kepada Tabung Palestin.

“Perjuangan Palestin bukan terhad kepada kaum Arab semata-mata, ia perjuangan seluruh umat Islam sedunia. Isu Palestin merupakan isu kemanusiaan dan keadilan sejagat merentasi sempadan,” katanya di sini pada Khamis.



Mohd Azmi berkata, keadaan terkini di Gaza telah mencetuskan kebangkitan rakyat seluruh dunia sama ada dari London hingga ke Korea.


Mohd Azmi




“Jutaan rakyat turun ke jalanan menyatakan bantahan terhadap keganasan zionis Israel yang melakukan jenayah genosid sehingga membunuh lebih 34,500 penduduk Gaza serta 77,700 orang mengalami kecederaan.

“Ini jenayah perang oleh zionis Israel terhadap Palestin sejak 1948 dan tidak boleh lagi dikompromi,” ujarnya.




Menurutnya, Israel menjadi sebuah negara penjenayah dunia dan perbuatannya tidak boleh dikompromi oleh komuniti antarabangsa.

“Israel menolak penyelesaian dua negara kerana ia tidak mengiktiraf sama sekali negara Palestin.

“Ia telah melanggar semua perundangan dan perjanjian antarabangsa, tidak tunduk kepada resolusi Majlis Keselamatan untuk gencatan senjata, tidak peduli kepada undang-undang kemanusiaan, tidak endah Konvensyen Geneva atau Mahkamah Antarabangsa (ICJ) mengenai jenayah genosid malah tidak peduli pada resolusi Majlis Hak Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Mohd Azmi berkata, ini menunjukkan Israel merupakan negara teroris yang sebenar.

“Kami kecam seluruh operasi militari zionis Israel yang sedang melakukan pembunuhan besar-besaran di Gaza. Sedihnya, Gaza kini diisytiharkan sebagai kubur kanak-kanak terbesar.

“Malah Israel menyekat akses bantuan kemanusiaan kepada Gaza menyebabkan warga Gaza berhadapan kebuluran,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Mapim turut kesal dengan sikap hipokrit Amerika Syarikat dan sekutunya yang terus membekalkan senjata kepada Israel.


Penduduk Palestin memeriksa sisa baki rumah mereka di Rafah selepas runtuh akibat serangan udara Israel. Foto Mapim




“Kami menyokong pendirian konsisten Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjuarai isu Palestin. Pendiriannya tegas terhadap sikap German, bersikap kritikal terhadap Amerika Syarikat, menyekat kapal Israel dari perairan negara serta tidak tunduk kepada Amerika Syarikat.

“Diharap Malaysia mengambil inisiatif untuk mengangkat isu Palestin ke peringkat tertinggi PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Malaysia perlu menjadi watak utama mengetuai isu Palestin,” ujarnya.

Sementara Pengerusi Salimah Kedah, Masadah Sajadi berkata, penderitaan ditanggung penduduk Gaza amat berat, rakyat Malaysia bersama kerajaan perlu membantu meringankan beban mereka.

“Untuk meringankan penderitaan mereka, gerak kerja kerjasama Mapim-Salimah diperhebatkan termasuk menggalakkan kempen Food Pek Gaza, adakan roadshow Palestin, kempen selamatkan kanak-kanak Palestin.

“Program lain seperti wakaf korban di Palestin, menaja klinik bergerak Gaza, kempen selamatkan Masjid Al-Aqsa, kuliah penerangan Palestin dan gerakan Subuh, menganjurkan kempen Al-Aqsa Haqquna serta bengkel latihan menyeluruh isu Palestin,” jelasnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.052110 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list