CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2682|Reply: 0

[Johor] 300 mangsa banjir Kota Tinggi dibenarkan pulang, PPS ditutup

[Copy link]
Post time 5-5-2024 03:58 PM | Show all posts |Read mode

Suri rumah, Hasimah Awang, 64, mengemas rumah di Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi, Johor selepas banjir surut, hari ini. - NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

KOTA TINGGI: Tiga ratus mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang, di sini, sudah dibenarkan pulang.

Mereka dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur dibenarkan pulang selepas banjir surut sepenuhnya dan serentak itu, PPS berkenaan yang dibuka tengah hari semalam ditutup jam 2.30 petang tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata pemantauan dan penilaian kawasan oleh JPB Daerah Kota Tinggi mendapati paras air sungai dalam keadaan normal dan banjir kilat kawasan kediaman penduduk surut sepenuhnya.

Semalam, hujan lebat berterusan selama lapan jam menyebabkan dua kampung berkenaan dinaiki banjir yang memaksa 300 penduduk daripada 69 keluarga dipindahkan ke SK Bukit Lintang.

https://www.bharian.com.my/berit ... -pulang-pps-ditutup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.047642 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list