CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2194|Reply: 0

[Johor] Pelajar kolej menggigil selepas mengaku rogol rakan dalam surau, pondok

[Copy link]
Post time 6-5-2024 03:40 PM | Show all posts |Read mode

A'AZIB Darwish keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas dijatuhi hukuman penjara dan sebatan kerana rogol rakan bawah umur. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Pelajar sebuah kolej menggigil di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini ketika prosiding sebelum dijatuhi hukuman atas kesalahan merogol gadis bawah umur yang dikenali melalui media sosial pada Mac dan April lalu.

Tertuduh, Muhammad A'azib Darwish Rosli, 19, sebelum itu berhadapan tiga pertuduhan merogol mangsa berusia 13 tahun mengaku bersalah sebaik ketiga-tiga pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Abu Bakar bertanya sama ada tertuduh mengetahui atau tidak dirinya bakal menerima hukuman berat hingga membuatkannya menggigil seolah-olah ketakutan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah surau dalam daerah ini, kira-kira 3 petang pada 5 Mac lalu.


Bagi pertuduhan ketiga pula, dia sekali lagi mengulangi perkara sama di sebuah pondok dalam daerah ini, pada 5.30 petang, 20 April lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan untuk setiap pertuduhan.

Pada masa sama, mahkamah memutuskan kesemua hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap, semalam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dalam-surau-pondok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.300307 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list