CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11658|Reply: 1

[Tempatan] Azam junjung kasih kepada Sultan Ibrahim, ikrar jalan tugas dengan penuh integriti

[Copy link]
Post time 10-5-2024 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Azam berikrar akan menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti. - Foto fail/ Bernama

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menjunjung kasih ke bawah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan melantiknya semula ke jawatan itu.

Azam berikrar akan menjalankan amanah dan tanggungjawab itu dengan penuh integriti.
"Menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan pelantikan semula saya ke jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.


"Saya akan terus memastikan amanah ini dilaksanakan sepenuhnya dan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau juga berharap seluruh rakyat Malaysia serta jentera kerajaan dapat berganding bahu bersama SPRM bagi memerangi rasuah di negara ini.

Terdahulu media melaporkan Azam, 61 tahun, kembali dilantik ke jawatan berkenaan untuk tempoh setahun, berkuat kuasa 12 Mei ini.

Ini adalah kali kedua perkhidmatan Azam disambung selepas kali pertama dilantik semula ke jawatan berkenaan pada 12 Mei tahun lalu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2024 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan rafizi cakap nak buang dia bila jadi kerajaan ke? Kes saham dia tue memang betul² double standard ek, dgn SC pun tak berani buat apa takut SC kena songket dgn SPRM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.049382 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list