CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17423|Reply: 6

Paksa orang melutut minta maaf dilarang Islam – Mufti

[Copy link]
Post time 12-5-2024 12:47 AM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Perbuatan memaksa orang lain melutut untuk membuat permohonan maaf adalah dilarang dalam Islam kerana ia merupakan hak mutlak Allah S.W.T ke atas hamba-Nya apabila semua manusia dibangkitkan pada hari akhirat.


Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, secara asasnya, perbuatan saling bermaafan antara satu sama lain merupakan amalan yang amat dituntut dalam Islam.


“Namun, ia mestilah dilakukan dalam kerangka harmoni dan mendamaikan tanpa perlu menyakiti hati dan menghina mana-mana pihak. Sebarang nasihat dan teguran juga boleh dilakukan secara tegas dan berhemah tanpa perlu memalukan pihak-pihak tertentu.


“Dalam masa sama, perbuatan merendahkan sedikit tubuh mengikut sesetengah adat masyarakat setempat sebagai tanda memuliakan golongan yang dihormati adalah dibenarkan, selagi mana ia tidak dilakukan secara berlebih-lebihan hingga menyerupai perbuatan menyembah sesuatu selain daripada Allah SWT,” katanya.


Penjelasan tersebut susulan pertanyaan daripada pengirim berhubung hukum memaksa orang lain melutut untuk membuat permohonan maaf dan sama ada ia dibenarkan dalam Islam.


Luqman berkata, dalam konteks keagamaan, setiap agama memiliki tafsiran tersendiri terhadap perbuatan melutut.


Menurutnya, sebagai contoh, postur melutut yang membawa maksud penyerahan kepada Allah SWT dalam agama Islam adalah berbeza dengan agama-agama yang lain.


“Dalam syariat Islam, perbuatan melutut yang membawa maksud pengabdian dan penyembahan kepada Allah SWT terhasil menerusi pergerakan dalam solat seperti rukuk, sujud, iftirasy (duduk antara dua sujud) dan ketika berdoa.


“Dengan perkataan yang lain, perbuatan ini hanya dikhususkan apabila bertujuan menunaikan ibadah kepada Allah SWT sahaja. Bahkan setiap manusia akan melutut apabila dihimpunkan di hadapan-Nya pada hari akhirat,” katanya.


Ujarnya, sehubungan itu, perbuatan memaksa orang untuk meminta maaf dalam keadaan melutut dan menundukkan badan atau kepala adalah dilarang kerana ia bertentangan dengan konsep bermaaf-maafan sesama manusia.


“Tambahan lagi, perbuatan sedemikian juga mencerminkan satu penghinaan terhadap si pemohon maaf dalam masa yang sama boleh menjatuhkan maruahnya.


“Bagaimanapun, perbuatan merendahkan sedikit tubuh mengikut sesetengah adat masyarakat setempat sebagai tanda memuliakan golongan yang dihormati dalam kalangan masyarakat seperti ulama, orang soleh, ibu bapa, guru dan seumpamanya adalah dibenarkan dalam Islam,” katanya.


Katanya, namun ia mestilah dilakukan dalam keadaan yang terhormat sehingga tidak menyerupai perbuatan seolah-olah ingin menyembah atau mengagungkan sesuatu melebihi Allah SWT.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk bideo tu terus aku pangkah gila2 pompuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 01:37 AM | Show all posts
Sampai mufti pun tegur
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah dgn bini topiberas tu.hrp dptlah bahagian dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 06:13 AM | Show all posts
harap topinasi & bini sskjp nya baca kata2 mufti ni, or harap ada yg bg artikel ni kat dorg. my hatred towards laki bini ni equals to the israel.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka kepris laki bini. Degil namampus ikut kepala sendiri tak cermin perangai sendiri. Tu pun lalo bangsat 2 ekor tu masuk teguran mufti ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Si katek punya bini, punya lah riak cara membalassss, perghhh!! Bukan kaleng2 sombongnya yach.
Dia punya idung tinggi tu, mcm si Katek tu Prince William lah. Berlagakkkkkk. Mcm laki dia kaya sampai 18 keturunan duit tak habis mkn.
Engkau, pikior sikit ya. Haaaa. Anak kau tu, terkuit2 lagi, haaaa. Kecikkkkk lagi. Jauh perjalanan nya kak. Kang... Haaaaa. Apa2 penyakit menyapa along the way, ha time tu baru nak belajar2 humble, ahhh Lambertttttt lah lagi yaaaaa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.667966 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list