Pemuda PAS yakin Kuala Kubu Bharu akan menjadi tempat BN dan PH "mati bersama" selepas kedua-dua gabungan membentuk kerajaan perpaduan lebih setahun lalu.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden, berkata hal itu kerana orang ramai menyaksikan bagaimana 'penyakit' yang ada pada Umno-BN kini menjangkiti PH.