CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2887|Reply: 26

[Tempatan] Iklan 'rumah berdekatan KLCC harga RM160 ribu' jadi bahan sindiran

[Copy link]
Post time 18-5-2024 10:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by stingerkaypoh at 18-5-2024 10:06 PM

PETALING JAYA – Dalam mempromosikan jualan, pelbagai strategi akan dilakukan oleh peniaga atau pengusaha untuk menarik minat pelanggan mereka termaksulah iklan jualan rumah.

Menerusi semakan Kosmo! di kumpulan Facebook, Rumah Bawah RM300k, seorang individu memuat naik iklan jualan rumah yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Rumah teres setingkat itu ditawarkan dengan harga runtuh apabila individu terbabit mendakwa pemilik rumah hanya menjualnya serendah RM160,000.

Lebih menarik, individu itu berkata, rumah berkenaan terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Bagaimanapun, jarak sebenar lokasi dengan KLCC adalah kira-kira 59 kilometer (km).

“Rumah untuk dijual berhampiran KLCC, jarak 59km sahaja,” tulis individu tersebut di ruangan kapsyen gambar.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen termasuklah ada juga yang menegur tindakan segelintir penjual yang tidak jujur dengan keadaan dan fasiliti rumah dijual.

“Bang, itu bukan dekat KLCC, kalau dah jarak 59km itu orang panggil jauh dari KLCC,” tegur Johnn.

“Mujur juga la penjual beritahu siap-siap jarak 59km ke KLCC, kalau katanya berhampiran KLCC sahaja, orang dah bayang sekitar Kuala Lumpur. Rupanya, jauh sampai ke Negeri Sembilan,” kata @xxy89minus.

“Memang ada penjual rumah ini tak jujur bila kongsikan maklumat berkaitan rumah, ada yang kata rumah macam baharu, bila buat ‘site visit’, rumah macam tempat penagih berteduh. Bukan cakap kosong, memang pernah kena. Sebab itu penting semak betul-betul, jangan percaya penjual sahaja,” kata Fatin Azura. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dibah aa claim kondo dia hadap klcc dulu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Blh nmpk klcc dari nilai ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Apartment aku pun ngadap KLCC...
Klu sambutan thn baru ke, hari kebangsaan ke...ramai le org bersidai kat corridoor nk tgok bunga api...

Tapi dah nama pun apartment, tobat le aku nk duduk....parking azab
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 09:19 AM | Show all posts
hahahahaha asal boleh je,lokasi dah betul dikira KL cuma jarak tu nasib dia jujur
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 09:22 AM | Show all posts
aku bersangka baik..dia hanya melawak je tapi kena bahan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2024 10:33 AM | Show all posts
dr putrajaya pun nmpk klcc

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah klia yg ltk lbh 60km Dr kl pun claim kl jgk.  Walhal kat sebelah elok je pakai nama sepang track circuit. Knp x nak guna sepang international airport? Sbb nk tumpang gak nama kl tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2024 10:41 AM | Show all posts
Firenzza replied at 19-5-2024 12:53 PM
Blh nmpk klcc dari nilai ke?

Tak nampak. Heols cakap jarak rumah dekat dengan KLCC, bukan dapat KLCC view.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 20-5-2024 10:41 AM
Tak nampak. Heols cakap jarak rumah dekat dengan KLCC, bukan dapat KLCC view.

Klau cmtu baik dia ckp nk jual umah kt pasir mas lokasi pun x jauh klcc
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 02:27 PM | Show all posts
Nasib baik dia tak kata walking distance dari KLCC.

Boleh ja nak jalan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 02:36 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 20-5-2024 08:09 AM
Apartment aku pun ngadap KLCC...
Klu sambutan thn baru ke, hari kebangsaan ke...ramai le org bersida ...

Mine too. Nampak KLCC, boleh nampak Genting bling-bling sambil golek2 atas katil.

Tak ada masalah parking tapi banyak tahun dah kosong fully furnished siap piano



Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 02:38 PM | Show all posts
otai_g replied at 20-5-2024 10:35 AM
Alah klia yg ltk lbh 60km Dr kl pun claim kl jgk.  Walhal kat sebelah elok je pakai nama sepang trac ...

Sepang bukan Heathrow atau Narita so kenalah sebut KLIA.

Even Changi tu pun ada ja FA omputih tersasul welcome to Kai Tak airport katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 03:15 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 20-5-2024 08:09 AM
Apartment aku pun ngadap KLCC...
Klu sambutan thn baru ke, hari kebangsaan ke...ramai le org bersida ...

Dulu menyewa kat Desa Kudalari, gi kerja jalan kaki ke office kat Jalan P. Ramlee.  Bila new year ke apa event kat KLCC pasang mercun memang bergegar atap.  Iols sewa cabana masa tu.  Parking tak de masalah.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 20-5-2024 02:36 PM
Mine too. Nampak KLCC, boleh nampak Genting bling-bling sambil golek2 atas katil.

Tak ada masalah ...

Tak rasa rugi ke biorkn je mcm tu....
Sewa kan pd executive level rasa tak de masalah kot....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bengapngapnya dekk..KL dgn klcc pon ko x reti beza
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2024 04:25 PM | Show all posts
Idok ler nak duduk mengadap klcc tu, hujung minggu mata semak dgn bangla indon penuh.. Sekarang dorang penuh dekat saloma tu pulak
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 04:31 PM | Show all posts
Dia bgurau je tu...why so serious?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebut psl iklan x jujur ni. Pernah g tgk rumah sewa, dia iklankan keluasan rumah lebih kurang 1500sqft dgn harga rm1300 camtu. Me n husband setup appointment for viewing n bila sampai rasa x logic sbb bila tgk mcm 700sqft gitu je.rupanya agen dia includekan keluasan laman n parking sekali. Bodow piang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Typo kot nk tulis klia tertulis klcc
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205510 Replies : 4931
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6260 Replies : 87
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30583 Replies : 224
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21685 Replies : 65
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3633 Replies : 27
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7397 Replies : 52
Cara mudah utk dapat berat ideal
tomazCara mudah utk dapat berat ideal
Views : 9115 Replies : 38
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10817 Replies : 43
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3498 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.079426 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list