CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40830|Reply: 343

Tiga Sebab Tidak Boleh Dirawat

[Copy link]
Post time 29-3-2011 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Santeira at 13-7-2011 08:32

              BISMILLAHHIRAHMAANIRRAHIM...

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T... MUKMININ DAN MUKMINAT.. MUSLIMIN DAN MUSLIMAT..

TIGA ORANG YANG JIKA DIA SAKIT TIDAK BOLEH DIUBATI..

YG PERTAMA IALAH ORANG YANG SAKIT KERANA MENDERHAKA PADA ORG TUA(IBU BAPA)
YG KEDUA IALAH ORG YG SAKIT KERANA MEMAKAN HARTA ANAK YATIM
YG KETIGA IALAH ORANG YG SAKIT KERANA TIDAK MEMBAYAR NAZAR


SAKIT KERANA MENDERHAKA PADA ORG TUA(IBU BAPA).

KISAH SI TANGGANG BOLEH KITA AMBIL KIRA SEBAGAI TELADAN SECARA MISTIKNYA IA BERLAKU DI ZAMAN KITA JUGA. PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W JUGA BERLAKU SATU KISAH SEORANG LELAKI YG SUDAH NAZAK BERHARI2 TETAPI TIDAK JUGA MATI KERANA DERHAKA.

KISAHNYA RASULULLAH S.A.W DIKHABARKAN SESEORANG YG DATANG SUPAYA MENZIARAHI ORG YG SEDANG NAZAK ITU. APABILA RASULULLAH S.A.W TIBA KE RUMAH ORANG YG NAZAK ITU, RASULULLAH S.A.W PON BERTANYA DIMANA IBU ORANG YG SEDANG NAZAK ITU. TETAMU RUMAH ITU MEMBERITAHU BAHAWA ORANG YG NAZAK ITU SUDAH SEKIAN LAMA TIDAK MENJENGUK IBUNYA WALAUPON JARAK RUMAHNYA AMAT DEKAT. RASULULLAH PON PERGI KE RUMAH IBU ORANG YG NAZAK ITU DAN MEMBERITAHU HAL ANAK KEPADA IBU ITU  TENTANG ANAKNYA YG SEDANG NAZAK. SI IBU PULA BERKERAS TIDAK MAHU PERGI MENJENGUK ANAKNYA KERANA HATINYA YG TERLUKA MENGENANGKAN SI ANAK YG TIDAK AMBIL PEDULI TENTANG IBUNYA.

MAKA RASULULLAH S.A.W PON MENYURUH ORANG YG ADA DIRUMAH SI NAZAK ITU SUPAYA KELUAR DAN BAKAR RUMAH ITU SUPAYA ORANG YG NAZAK ITU BOLEH MATI. MENDENGAR KATA2 ITU, SI IBU MERAYU SUPAYA JGN LAH DIPERLAKUKAN SEPERTI ITU KEPADA ANAKNYA DAN SI IBU PON PERGILAH MEMAAFKAN ANAKNYA. ORANG YG NAZAK ITU PON MENGHEMBUSKAN NAFASNYA SETELAH MELIHAT IBUNYA MEMAAFKAN DIA.

DR KISAH ITU, DAPATLAH KITA FAHAMI BAHAWA RASULULLAH S.A.W SENDIRI TIDAK MEMPERKANANKAN DOA KEPADA ORANG YG DERHAKA KEPADA IBU BAPA MALAH TIDAK BOLEH DIUBATI JIKA DERHAKA.

SAKIT KERANA MEMAKAN HARTA ANAK YATIM PIATU.

AMAT SEDIKIT PERIHATIN KITA TENTANG HARTA PUSAKA YG DI WASIATKAN KEPADA ANAK YG KEMATIAN IBU BAPA. KADANG KALA PEMBAHAGIAN HARTA ITU MENJADI PERSELISIHAN PULA. BEGITU BAHANG SEKALI HARTA YG DITINGGALKAN KEMUDIAN MENJADI REBUTAN MALAH ADA PULA YG TAMAKKAN HARTA MEMBOLOT KESEMUA HARTA DAN MENGAMBIL KEUNTUNGAN PULA DARI HARTA ITU. KESEDARAN BAHAWA ITU DIKIRA MEMAKAN HARTA ANAK YATIM AMATLAH KURANG SEKALI. BANYAK SAYA DENGAR HAL MENYALAHGUNAKAN HARTA PUSAKA HINGGA MENIMBULKAN PERGADUHAN SESAMA AHLI KELUARGA. MASYAALLAH.

“Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas berpatutan dan janganlah kamu tergesa-gesa membelanjakannya sebelum mereka dewasa. Barangsiapa (di antara penjaga) itu mampu, maka hendaklah dia menahan diri (dari makan memakan harta anak yatim itu dan barangsiapa (penjaga) yg miskin, bolehlah dia memakan harta itu menurut kadar yg patut…)
(an-Nisaa’ : 06)

JIKA ORANG YG TAMAKKAN (BERLEBIHAN) HARTA ANAK YATIM INI SAKIT KELAK DIHARAMKAN KITA MENDOAKAN (MERAWAT) DIA KERANA DOA ITU TIDAK DI TERIMA ALLAH MALAH ALLAH TIDAK AKAN MENERIMA AMALAN ORANG YG MEMAKAN HARTA ANAK YATIM. NAUZUBILLAH HI MIN ZALIK..

SAKIT KERANA BERNAZAR TETAPI TIDAK MENUNAIKAN NAZAR.

KEBIASAANNYA ORANG BERNAZAR KERANA INGINKAN HAJATNYA TERTUNAI. SEPERTI JIKA SI POLAN ITU BERNIAT JIKA DIA DIKURNIAKAN ZURIAT SETELAH SEKIAN LAMA BERUSAHA AKAN DINAZARKAN SESUATU SEBAGAI 'BAYARAN' KERANA HAJAT TELAH DI MAKBULKAN. DALAM HUKUM SYARA' NAZAR HANYA DIHARUSKAN. KEBANYAKAN KITA TIDAK TAHU MENGENAINYA KERANA PERCAYA 'KUASA BERNAZAR' PASTI AKAN MEMAKBULKAN HAJAT SEDANGKAN KITA SEOLAH2 MEMPERTARUHKAN 'SESUATU' DAN 'MEMAKSA' ALLAH MENUNAIKAN HAJAT.  MALAH KAMU BERSUMPAH.

Uqbah bin ‘Amir daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Kafarah nazar seperti kafarah sumpah.

JADI ADALAH SATU KESALAHAN BESAR JIKA BERNAZAR (BERSUMPAH KEPADA ALLAH) TETAPI TIDAK PULA MELUNASKAN NAZAR KEPADA ALLAH .ORANG YG SAKIT KERANA BERNAZAR MALAHAN TIDAK MEMBAYARNYA JUGA TERMASUK DALAM ORG YG TIDAK BOLEH DIUBATI ( DI RAWAT).

firman Allah dalam ayat 29 surah al-Haj : Dan kamu hendaklah menepati dengan janji Allah apabila kamu berjanji.

ITULAH SEBABNYA JIKA SEORANG PERAWAT YG BTUL2 TELAH SAMPAI KE TAHAP TERTINGGI AKAN DIBERI KEMUDAHAN SEPERTI DIBERITAHU APE SEBAB SI POLAN ITU SAKIT DAN CARA MERAWATNYA. ADA MALAIKAT YG DITUGASKAN MENJAGA PERIHAL LAKU KITA SEPANJANG HIDUP. RAKIB DAN ATIB. JIKA TELAH SAMPAI BOLEH BERHUBUNG DGN MALAIKAT TENTU LEBIH MUDAH ORG SAKIT UTK DIRAWAT MELAINKAN TIGA HAL DI ATAS. WALLAHUALAM..

SEKADAR MENGINGATKAN DAN SAYA HARAP KITA SEMUA TIDAK TERGOLONG DALAM ORG YG KUFUR. INSYAALLAH..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 01:28 PM | Show all posts
terima kasih tt..
info yg sangat berguna...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 01:31 PM | Show all posts
wow.. TQ TT, sebab baru saya sedar betapa besarnya nazar pada Allah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 01:33 PM | Show all posts
Perkara diatas telah diterangkan oleh guru saya semasa hidupnya. perkara ini amat penting sekali di dalam kondisi perawat. Adakalanya perawat telah mengabaikan tiga perkara sebab mengapa pesakit tidak boleh diubat dan jg kerana tidak mujarabnya doa yg dibaca ke atas pesakit..

Bagi perawat sejati yg mungkin ada kebolehan atau anugerah mungkin akan dapati bahawa pesakit yg datang kepadanya hanya boleh diubati dengan mendakwahkannya saje. Dengan cara mengingatkan pesakit bahawa pentingnya tidak melakukan perkara di atas supaya tidak mendatangkan syak bahwa perawat tidak mampu mengubatinya dan menyebarkannya pula padahal dirinya sendiri kufur dan tidak mampan doa. masyaAllah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 01:45 PM | Show all posts
Ketiga2 sebab di atas masih ada jalan penyelesaiannya. Telah diberitahu kepada saya dahulu bahawa jika bertemu dgn orang yg sakit seperti ini hendaklah kita menyuruh dia berbaik2 dgn ibunya jika masih hidup. Jika ibu bapanya telah meninggal maka terputuslah jalan utk bertaubat kepada ibu bapanya. Jika yg demikian hanya ada satu jalan iaitu taubat nasuha. Belikan 3 helai sejadah dan 3 naskah Al Quran kemudian hendaklah si anak ini pergi berjumpa dgn 3 org rajin ibadat dan menyerahkan sehelai sejadah dan senaskah Al Quran setiap seorang darinya. 3 orang ini mestilah org yg tidak dikenalinya.

Cara ini saje yg dibolehkan utk di tolong jika bertemu 3 macam orang sakit seperti di atas. Selain dr itu tidak dalam pengetahuan saya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 01:53 PM | Show all posts
kes mcm si tanggang tu pnh terjadi kat kampung aku
smpai skang ni si anak masih idup manakala si ibu dah meninggal sekitar tahun 1999
aku n jugak org keliling dpt tgk kehidupan si anak yg makin melarat
sakit xsembuh2 walau dh byk duit abih berubat
silapnyer sikit je...melecet kulit ibu jari kaki sb pakai kasut ketat 2,3 bulan lps mak dia meninggal
sampai arini kaki dia sampai paras lutut berkudis n bernanah xsembuh2 mcm org kena kencing manis
walhal si anak ni xd penyakit tu
n yg paling aku kesian kat dia skang ni anak2 dia plak ikut jejak dia
anak2 dia dok tengking dia...xleh salah sikit anak dia marah dia
kesian mmg la kesian tp tu balasan utk apa yg dia dah wat kt arwah mak dia dulu
(dia pnh terajang mak dia.aku rs sb tu kaki dia berkudis)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2011 01:59 PM | Show all posts
kes mcm si tanggang tu pnh terjadi kat kampung aku
smpai skang ni si anak masih idup manakala si ibu dah meninggal sekitar tahun 1999
aku n jugak org keliling dpt tgk kehidupan si anak yg makin melarat
sakit xsembuh2 walau dh byk duit abih berubat
silapnyer sikit je...melecet kulit ibu jari kaki sb pakai kasut ketat 2,3 bulan lps mak dia meninggal
sampai arini kaki dia sampai paras lutut berkudis n bernanah xsembuh2 mcm org kena kencing manis
walhal si anak ni xd penyakit tu
n yg paling aku kesian kat dia skang ni anak2 dia plak ikut jejak dia
anak2 dia dok tengking dia...xleh salah sikit anak dia marah dia
kesian mmg la kesian tp tu balasan utk apa yg dia dah wat kt arwah mak dia dulu
(dia pnh terajang mak dia.aku rs sb tu kaki dia berkudis)








malaygirl Post at 29-3-2011 13:53


masyaAllah.. guru saya dulu pernah pesan dulu jgn kesiankan pon.. uish.. bila pk2 balik mmg ler kesian tp kita tau yg itu adalah ketulahan kerana derhaka mmg tak patut kita hadirkan rasa simpati pon... guru saya kata lagi, jgn doakan pon sebab Allah murka jika kita mendoakan dia.. banyak dah ayat Quran dan hadis menyebut tentang derhaka tp kita ambil ringan.. cuma kita boleh sekadar mendakwahkan dia supaya bertaubat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 02:14 PM | Show all posts
Banyak kisah org derhaka kita dengar tp kisah org tak bayar nazar nih seperti kadangkala kita tgk orang da nazak da nak meninggal tp tak mati2 juga.. kalo ada saudara terdekat yg ada mcm tu cuba ikhtiarkan dgn MEMBELANJAKAN duit si sakit membeli 3 helai sejadah dan 3 naskah Al Quran kemudian di beri pada org kuat ibadat. insyaAllah di permudahkan nyawanya diambil semula..

mudah mudahan juga jika ada nazar si sakit ketika hidup maka tertunailah nazar itu dengan sendirinya.. insyaAllah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 02:57 PM | Show all posts
penyembuhan mungkin boleh berlaku jika dia sudah taubat nasuha.... yang boleh kita doakan hanyalah biarlah hati dia terbuka untuk bertaubat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 03:15 PM | Show all posts
penyembuhan mungkin boleh berlaku jika dia sudah taubat nasuha.... yang boleh kita doakan hanyalah biarlah hati dia terbuka untuk bertaubat...
edy137 Post at 29-3-2011 14:57



    mungkin kebanyakan org akan fokus pada sakit yg disebabkan jin setan.. tp adakalanya kita sendiri sebagai perawat terlupa bahawa perlakuan si sakit td sebelumnya yg menyebabkan sakit seperti yg malaygirl ceritakan dan banyak lagi yg di luar pengetahuan kita.. yg saya amat tekankan disini ialah perawat itu sendiri harus lebih arif dlm menangani hal seperti ini supaya tidak 'melanggar' peraturan merawat pesakit bimbang nt kita pula di persoalkan kemudian hari mengapa Allah turunkan azab pada si polan dan perawat pula cuba mendahului kekuasaan Allah setelah diturunkan azab..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 03:17 PM | Show all posts
harap2 mereka yg telah di azab itu akan insaf dan bertaubat nasuha... Allah sebaik2 pemberi petunjuk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 12:24 AM | Show all posts
untuk memperingati dan tatapan umum sebagai waspada diri dari kesesatan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 08:41 AM | Show all posts
salam...nak tanye sape2 yg. tau..apa bezanya niat ngan nazar..macamana pulak kalau kita berniat tapi tak mampu nak tunaikan juga macamana ngan nazar tapi tak mampu nak tunaikan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 09:08 AM | Show all posts
salam...nak tanye sape2 yg. tau..apa bezanya niat ngan nazar..macamana pulak kalau kita berniat tapi tak mampu nak tunaikan juga macamana ngan nazar tapi tak mampu nak tunaikan...
kolan Post at 30-3-2011 08:41



    wsalam.. di sini aku telah ambil petikan sedikit bahawa bernazar itu amat tercela.. dlm sepengetahuan aku pon org yg hendak bernazar itu mestilah org yg sentiasa berkata benar semata benar dan tidak berbohong selagi dia menunaikan ibadah solat dan mengucap 2kalimah syahadah.. ini adalah kerana bernazar ini sebenarnya adalah satu jalan ibadah org kuat agama dan taat pada Allah yg telah digunapakai (menyalahgunakan) org kebanyakan utk memohon hajat. Lantaran masih 'dipertengahan' dalam amalan ibadah serta tidak khusyuk.. jadi bagaimana kita boleh bernazar ( berjanji dgn Allah) sedangkan janji2 yg lain masih tidak tertunai.. wallahualam..

Al Hafidh Ibnu Hajar rahimahullah dalam “Fathul Bari” menerangkan riwayat tersebut dengan menukilkan ucapan Ibnu Baththol yang ringkasnya : “Beliau (Nabi) ? menyamakan kedudukan antara seorang yang mengkhianati amanah dengan seorang yang tidak menunaikan nadzarnya. Khianat(kpd Allah) merupakan perbuatan tercela, maka meninggalkan penunaian nadzar pun juga tercela”.

Namun di dalam riwayat Abdullah bin Umar Radhyiallaahu ‘anhuma beliau berkata : “Nabi telah melarang perihal nadzar, lalu bersabda :

“Sesungguhnya dia (nadzar) tidaklah menolak sesuatu (dari takdir). Akan tetapi dia (nadzar) hanyalah muncul dari orang yang bakhil”. (Muttafaqun ‘Alaihi) Nampaknya menimbulkan pertanyaan, “Bagaimana nadzar dikatakan sebagai ibadah, padahal di dalam hadits Abdullah bin Umar tadi menunjukkan larangan untuk bernadzar (makruh)?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 09:25 AM | Show all posts
berniat sesuatu seperti hendak menunaikan solat dan niat lain seperti hendak makan atau minum adalah sama saja mengikut penerimaan Allah.. Amat ditekankan bg sesiapa yg hendak mempelajari ilmu tauhid memperbaiki niat kerana niat itu adalah suci kadarnya..

sungguh2 saya berharap agar org kebanyakan juga pandai dalam hal berniat kerana tiap2 amalan itu bergantung kadar pada niat.. niat itu ada yg bersungguh2 dan ada pula yg meringankannya.. jika niat yg bersungguh2 sudah tentulah yakin dan tentu saja akan tertunai dgn keberuntungannya (rahmat).. manakala jika niat yg ringan itu tidak ditunaikan dengan penuh khusyuk dan tertib maka kadarnya (rahmat) itu juga sekadar diringankan.. wallahualam..

jadi soal beza niat dan nazar amatlah jauh perbezaannya kerana hal bernazar itu adalah janji kepada Allah yg mesti ditunaikan manakala niat itu pula hanya sekadar mampu (mengikut kadar khusyuk menunaikannya)..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 09:40 AM | Show all posts
"TULAH SEBABNYA JIKA SEORANG PERAWAT YG BTUL2 TELAH SAMPAI KE TAHAP TERTINGGI AKAN DIBERI KEMUDAHAN SEPERTI DIBERITAHU APE SEBAB SI POLAN ITU SAKIT DAN CARA MERAWATNYA. ADA MALAIKAT YG DITUGASKAN MENJAGA PERIHAL LAKU KITA SEPANJANG HIDUP. RAKIB DAN ATIB. JIKA TELAH SAMPAI BOLEH BERHUBUNG DGN MALAIKAT TENTU LEBIH MUDAH ORG SAKIT UTK DIRAWAT MELAINKAN TIGA HAL DI ATAS. WALLAHUALAM.."

tuan tunggulbatu...
saya sangat musykil dgn pernyataan tuan... 'manusia boleh berhubung dgn malaikat'... Nabi tidak berhubung dgn malaikat, Nabi didatangi oleh malaikat = malaikat yg berhubung dgn Nabi (bukan begitu?!) itu Nabi, pilihan Allah... ini kita, manusia biasa!!

saya setuju dgn tuan... antara sebab sakit itu adalah kerana balasan dosa yg kita lakukan, sangat setuju! sebab tuhan sudah menjanjikan, bahawa balasan dosa itu akan diberikan sewaktu di dunia lagi... cuma kita tak tahu apa, bila & macam mana shj... cuma yg saya musykil di sini... saranan tuan "Jika ibu bapanya telah meninggal maka terputuslah jalan utk bertaubat kepada ibu bapanya. Jika yg demikian hanya ada satu jalan iaitu taubat nasuha. Belikan 3 helai sejadah dan 3 naskah Al Quran kemudian hendaklah si anak ini pergi berjumpa dgn 3 org rajin ibadat dan menyerahkan sehelai sejadah dan senaskah Al Quran setiap seorang darinya. 3 orang ini mestilah org yg tidak dikenalinya."... sangat muyskil tuan!...

tuan/puan kolan...
nazar... kita kena sebut, apa yg kita nazarkan... (sebut jelas, bukan berkias... contoh... kalau aku dapat naik pangkat ni, aku bernazar hendak... ), kemudian kena ada orang dengar, kalau cakap seorang2... tak dikira sbg nazar, itu cuma niat!... kalau kita tulis, kita kena beri orang lain baca... (tujuannya supaya ada orang yg memperingatkan kita kelak...)
apabila sudah begitu, maka jadilah nazar... dan hendaklah ditunaikan apabila sampai sebabnya... kalau tak sampai2 sebabnya... tak wajiblah kita menunaikan nazar tsb...

contoh, kalau saya dapat 8A dlm SPM, saya nak bersedekah RM800 kpd surau... bila result keluar, dapat 5A shj... tak sampai sebab nazar... terlepaslah tanggungan nazar pd kita... kalau buat juga, itu dikirakan sedekah biasa, bukan sedekah sebab nazar...

wallah hu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 10:04 AM | Show all posts
wsalam.. di sini aku telah ambil petikan sedikit bahawa bernazar itu amat tercela.. dlm se ...
tunggulbatu Post at 30-3-2011 09:08



oooo...ye ke.....
tak tau pulak bernazar tu salah satu perbuatan tercela
ingat kan ok jek...

terima kasih sbb bagitau
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:07 AM | Show all posts
insaf jugak baca thread ni..
thanks TT sbb bagi info yg sgt berguna
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:43 AM | Show all posts
"TULAH SEBABNYA JIKA SEORANG PERAWAT YG BTUL2 TELAH SAMPAI KE TAHAP TERTINGGI AKAN DIBERI KEMUDAHAN  ...
tokwan_jantan Post at 30-3-2011 09:40


tokwan..citernye gini..ada sorang kawan tu dia cakap kalau lulus peksa/abis belajar dia nak naikkan mak bapak dia gi haji.jadi sekarang dia dah keje laaa..oleh itu kompom laaa dah lulus peksa, masa dia cakap tu tak de laa cakap 'aku nak nazar....' cuma cakap biasa jee...tu kira niat ke nazar erkk..tapi cerita skarangnya ni...mak dia dah tak de...tapi maknye tu dah diupahkan haji..tu pon dari duit mak dia sendiri yg. mak dia simpan masa mak dia idup lagiii..pasal bapaknye pulak..nampak gayanye macam tak ingin pegi haji pulak...rasanya duit ada tapi tak nak gii haji...blom terbukak hati kott...kalau nak ikutkan masa mak dia ada lagi..mak dia dah ajak bapaknye gi haji..senang citer kalau nak pegi memang dah cukup laaa duitnye masa tuuu.tapi alasannya banyak..banyak utang laaa..blom bersedia laaa...ni lagi laaa mak dia dah tak de..terus dah tak pegi..duit pon dah makin nak abis kottt...ye laa dah tua2 beli pulak home teter laaa tv lcd laaa dan sewaktu ngannyer..pastu skarang ni nak gi haji dah tentu laa riban2 guna duit, lagi laa kawan saya ni tak berduit..heh heh...kes ni cam mana pulak tok wan...ada pandangan...???
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:50 AM | Show all posts
tokwan...
baru saya tahu bila bernazar kena dimaklumkan pada orang lain..
kalau tidak ia hanya sekadar niat, walaupun kita melafaskan dalam hati dengan berbunyi....AKU BERNAZAR, ANDAI PERKARA INI TERJADI, AKU AKAN BERPUASA SEBAGAI TANDA KESYUKURAN.. mohon perbetulkan andai tersilap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.122732 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list