CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2674|Reply: 7

Sapa artis ni?

 Close [Copy link]
Post time 12-4-2011 10:45 AM | Show all posts |Read mode
SEKARANG ini TV3 sedang tayang sebuah drama bersiri. Elok rasanya saya tak sebut nama drama itu. Ceritanya boleh tahan, tapi yang saya rasa macam tak boleh tahan. Sebab apa? Sebab pelakon utama cerita itu yang buat saya terkejut beruk. Kenapa muka dia jadi herot macam tu?


Saya ingat kerana TV saya yang buat gambar jadi kembang. Tapi bila beberapa orang bagi soalan yang sama, saya rasa bukan salah TV. Sebab tiap kali drama itu main di TV, mesti melayang-layang datang sms tanya macam ni, “Eh, you tengok drama dot dot dot tak? Apasal muka dia jadi macam tu eh?


Saya pun bagi jawapan biasa. Lalu balas sms kawan tadi, “Dia tak suluh kat cermin ke muka dia? Aku ingat rumah dia tak de cermin la!!”


Ha, begitulah wahai artis-artis. Tiap kali ada perubahan fizikal dekat muka, tentulah orang perasan. Sedangkan yang dalam badan pun kalau berubah bentuk orang boleh perasan, inikan pula perubahan pada muka. Dan bila muka sudah ubah pesen, ubahsuai, akan jadi bahan lawak dan kutukakanlah.


Saya pun jadi heran, betul-betul heran dan tak faham. Kalau ubah jadi cantik, satu hallah jugak. Dari buruk jadi cantik. Tapi biasalah, yang ubah dan buat renovation muka ni mana ada yang jadi makin cantik.Tambah teruk adalah. Bengkak sana sini, sembab dan tembam semacam. Dan yang sedihnya, mereka ni tak ada mata ke, atau bak kata kawan saya tadi, tak suluh ke muka kat cermin muka tu macam mana?


Sebab yang nampak jelas, muka artis yang pegang watak utama dalam drama
itu, sudah jadi herot. Pipi dah berketul pulak macam watak utama Walt Disney dalam Hunchback Of Notredam, iaitu Quasimodo. Tak percaya, cuba anda google gambar Quasimodo yang pipinya berketul-ketul….


Aduhai, nak cantik jadi buruk. Tak tahulah itu bahana botox atau suntikan Vitamin C atau kolagen yang tak menjadi. Kadang-kadang saya jadi kasihan dengan golongan artis ni yang jadi obsess tak tentu pasal tentang nak cantik. Alasan sebab, itu (kecantikan) itu adalah aset, sumber mereka untuk cari makan.


Dan, kerana keinginan nak cantik, sampai jadi buta mata (sebab tak nampak kehodohan sendiri) dan buta hati (sampai tak boleh pertimbangkan yang betul dan salah).


Dan sayang seribu kali sayang buat artis ini.Seingat saya, dia ni masuk dalam kategori cantik orangnya, pandai berpakaian dan nampak cerdiklah bila bercakap. Tapi saya lupa, yang mereka ini walau apapun, tetap ada rasa kurang keyakinan diri. Itu yang buat mereka pilih untuk ‘renovate’ muka.


Dan, saya ingat lagi pernah dua atau tiga tahun lepas waktu minum-minum dengannya, saya pernah kata pada artis ni yang dia nampak cun walaupun bukan muda lagi.
Dan saya beritahu dia, “You ni tak payah nak ubah-ubah buat macam-macam macam artis lain tu, you dah cantik. Biarlah ori.”



Dan dia beriya-iya bersetuju



Artis mana ni hah??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2011 10:48 AM | Show all posts
sekali baca..dah bole agak...

mesti makcik Nanu dlm citer sahara...rupa beliau...skeriii{:2_75:}
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 10:49 AM | Show all posts
nanu, citer sahara...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 10:50 AM | Show all posts
nanu, citer sahara...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 10:52 AM | Show all posts
thread dah ade...

credits+1
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 10:58 AM | Show all posts
nanu...... cuba tgk thread berkaitan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2011 10:59 AM | Show all posts
terok sgt ke rupe si nanu neh???aku da byk episod telepas...membute....cm tgk 1st episod jek...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 10:59 AM | Show all posts
ada dh pasal muka nanu...so smbg thread sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.464914 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list