CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4059|Reply: 22

Housemate dan masalah demi masalah..

[Copy link]
Post time 27-4-2011 02:08 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by pinKy180 at 27-4-2011 08:22

Assalamualaikum...harap tidak salah untuk saya buka thread ni kat sini k...

firstly, bersyukur sgt2 dapat 8 org housemate yg macam family sendiri...bahagia

Masalah bermula bila A dan B (kawan baik) ada konflik tahun lepas...diaorg bergaduh, tp masiing2 bersikap cool..

Pastu B ni, dia tiada moto...so sentiasa pinjam moto kami...then satu hari tu, moto kawan saya hilang waktu B pinjam...so bermulalah masalah lain..

Kami terpaksa berulang alik, hantar dan ambik dari umah ke kampus...mmg letih, tp nak tolong kawan.....then  B ni pinjam moto kawan lain, dan eksiden...(ujian demi ujian)..

B ni datang dari family susah.....tp B ni kalau ada duit(e.g ptptn baru masuk), dia suka shopping skit..hurm....so lepas tu praktikal...sepanjang tempoh tu, B tak bayar duit umah sewa selama 3 bulan...

Kawan2 lain semua dok bising2, kalau x bayar juga, nak kick saja..tapi saya tahan...suruh sabar dan cari jalan dulu.....saya x sampai hati nak buat begitu...kalau benar sayangkan kawan, kena buat sesuatu...so family saya tolong bayarkan duit umah 3 bulan tu...tapi tanpa pengetahuan housemate lain...

dan sekarang bila dah mula sem baru, hampir semua kawan2 kat sini tak puas hati mcm2..duit rumah dan moto....saya juga mengaku, kekadang selalu ja rasa x ikhlas nak tolong berulang alik ni...sbb letih ...

dan masalah terbaru , disebabkan B dan C (c dok umah ni dah setahun, hanya baru bayar sewa deposit dan 2 bulan sewa)....kami yg lain2 ni terpaksa bayar lebih setiap bulan utk back up mereka2 ni....so kami setuju saja hinggalah minggu ni ayah A mempertikaikan kenapa kami mesti bayarkan utk mereka?? Ayah A marah.

A sekarang dlm keadaan stress sgt2...dan pada masa sama marah2 sgt2 kat mereka...

Dan saya?? saya sgt buntu,...hanya mampu tenangkan A utk sementara waktu.......tp dlm hati susah hati sgt2... tak mau gaduh2  berpecah belah.... tp sy pun cam dah pasrah dan ready ja dengan apa kemungkinan.

Kesian sgt2 kat A, B dan kawan2 lain...

apa yg patut saya buat, rasa mcm bom dalam umah ni nak meletup dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2011 02:12 AM | Show all posts
saya betul3 perlukan pandangan bernas untuk menghadapi masalah ni....rasa berat sgt ujian ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 06:50 AM | Show all posts
kawan ...memang la berkawan...tp kalau kawan yg mengambil kesempatan......hmm.....cukup la di beri peluang sekali.....

jika nampak tiada ada usaha oleh B dan C untuk membayar sewa,serta juga tidak nampak wajah bersalah pada mereka,sila lah halau mereka keluar......org yg macam ni jika kita biarkan..dia akan mengambil kesempatan setiap kali ada peluang.....awak yg pening2...depa berdua rilek je.......siap leh soping2 lagi.........
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 08:45 AM | Show all posts
maybe tak sesuai untuk board ni kot?

well, pada aku B & C don't deserve any more help. kick them out. sorry la, tapi aku rasa term yang paling sesuai untuk kawan camtu ialah "parasites".
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 09:41 AM | Show all posts
apakata.. duduk ramai2 kt ruang tamu, bermesyuarat dan cari jalan penyelesaian bersama. Gunakan suara majoriti dan hak masing-masing. Demokrasi. yang penting adil dan saksama.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 10:12 AM | Show all posts
TT kena ckp terus terang...niat TT baik tp B ngan C tu cuma mengambil kesempatan.Klu TT xtegur,diaorg akan ingt TT ngan kengkawan lain xkisah.Sila bertindak dan lepas tu klu dia buat bodoh je..sila halau dia kuar.Orang mcm nie kena ajar hormati org lain jugak.
Nie bkn pasal pentingkan diri sendir tapi TT tlg kawan TT si B ngan C tu berubah supaya jadi insan yg lebih baik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2011 10:57 AM | Show all posts
org mcm B dan C ni jenis yg suke perguna n ambik ksmpatan pd tt n da geng....
so,bg sy elok la tt n da geng halau je diorg ni....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 02:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by ibnur at 27-4-2011 14:49
Assalamualaikum...harap tidak salah untuk saya buka thread ni kat sini k...

firstly, bersyukur sg ...
pinKy180 Post at 27-4-2011 02:08


Saya lebih kesiankan kepada awak dan kawan-kawan awak D, E, F, G dan H.  Awak 5 orang patut cari rumah sewa lain dan tinggalkan A, B dan C bersama masaalah mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2011 04:28 PM | Show all posts
bagi saya, mereka tak ambik kesempatan....tapi mereka ada masalah kewangan, yg menyebabkan mereka terpaksa bergantung pada kawan2 lain...dan pergantungan ni  menyebabkan rasa tak puas hati...dan masalah2 lain...tu sbb tak tahu nak hadapi mcm mana...

kalau benar mereka parasit, mmg tak perlu teragak2 untuk kick...saya cuma terpikir, kalau kawan kesempitan wang, wajarkah halau mereka???

saya pun no idea nak setelkan masalah ini, cuma harap sgt,  kalau mereka kuar dari rumah ni, bukan disebabkan kena halau, tp mereka sendiri mengundurkan diri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2011 04:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinKy180 at 27-4-2011 16:47
maybe tak sesuai untuk board ni kot?

well, pada aku B & C don't deserve any more help. kick them  ...
kucingblue Post at 27-4-2011 08:45


parking kat bod ni pun sbb dengan harapan dpt suggestion utk menyelesaikan masalah ni/....menurut pandangan agama...

kalau halau mereka adalah jalan penyelesaian menurut Islam...kenapa nak teragak2 utk halau??...tp saya tak pikir begitu...

kalau parking kat thread masalah, mesti banyak adegan kutuk-mengutuk...bukan yg tu saya cari...so rasanya tak salah utk parking kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 05:09 PM | Show all posts
Waalaikumussalam.

Ini pandangan Bintang;  Yang Bintang faham 8 orang semua tu adalah rakan yang baik, cuma 3 orang bermasalah kewangan. Untuk melangsai kemelut tersebut ada baiknya diadakan muzakarah. Lantik sorang naqibah, bendahari yang menerajaui pimpinan dalam rumah tersebut. Untuk setiap bulan pungut duit umah sewa, bil dll.

Contoh umah sewa rm800. Pungut 150 sorang untuk sewa, bil, barang dapur. Jika ada lebih, boleh dibagi pinjaman kat memana teman yang memerlukan duit sementara duit ptptn masuk.

Untuk setiap minggu / bulan, adakah usrah, tazkirah, tadarus, muzakarah etc untuk rapatkan hubungan dan tanggani permasalahan memasing.

Jangan tinggal kawan saat mereka ditimpa kesusahan. Bersama menangis buat kawan adalah kawan yang baik. Rezeki kembali pulih, latihkan diri dengan bersedekah secara kecil-kecilan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 05:20 PM | Show all posts
ayah saya ajar,jangan tolong mangkok yg mengon macam tu...sila abaikan baru dia reti.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 06:13 PM | Show all posts
bagi saya, mereka tak ambik kesempatan....tapi mereka ada masalah kewangan, yg menyebabkan mereka te ...
pinKy180 Post at 27-4-2011 16:28


Awak pun ada betulnya dalam menolong kawan ketika susah.  Tapi kita mesti set kita punya limit.  Kita faham masaalah orang.  Orang pun kena faham masaalah kita jugak.  Kalau kita ni banyak duit, kawan nak menumpang dan makan sekali kita tak kesah.  Tapi kita bukan orang banyak duit lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 06:38 PM | Show all posts
Awak pun ada betulnya dalam menolong kawan ketika susah.  Tapi kita mesti set kita punya limit.  ...
ibnur Post at 27-4-2011 18:13



    Itu la.. kena ada muzakarah, jangan bising belakang-belakang bila ada yang tak puas hati dengan A,B,C... depa tak faham bila semua orang diam dengan kerenah depa, ingat teman lain ok jek... tapi hakikatnya cam nak bunuh diri...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 02:19 AM | Show all posts
Reply 1# pinKy180

you university student ke?

kalau jadi student kan okay macam ni

a) pi pejabat kolej habaq masalah  you ni
b) jumpa pensyarah you , buat surat sokongan ke apa - atas alasan masalah rumah takut ganggu akademik
c) jumpa dekan

try

sebab - alhamdulillah dapat 8 org pun tapi perangai macam ntah ape aper , you see it starts to affect / dah bagi kesan dah kat awak sedangakn you nak fokus uni life so u know , musyawarah dengan semua atau kawan kawan yang sebulu dengan you dan lampiaskan cadangan ni

ini masanya nak sama sama galas

ataupun


just terus terang kat hamba Allah yg bermasalah ni yang a, b, c, d, e, f  dan bagi rasional yang jujur, konkrit

tak berani cakap? tulis surat kat dia

sebab hal hal housemate ni mmg org kata 'mengacau' sikit

dan lain kali kan - cari housemate yg solat, okay - okay and not more than say 4-5.
yang lelain tu pening je, to be honest.


cuba masuk kolej balik - tanya pihak kolej balik sebab ni dah mula nak effect your studies.

so mana nak utamakan dulu? lainlah kalau susah tu buat cara susah ni kalau dia sesenang jer mementingkan diri dan tak kisah org so BUAT APA nak consider dia...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 02:22 AM | Show all posts
Awak pun ada betulnya dalam menolong kawan ketika susah.  Tapi kita mesti set kita punya limit.  ...
ibnur Post at 27-4-2011 18:13



    kekadang housemate ni macam tu lah - ada yg asal boleh jer. kalau boleh ruang peti ais 5 shelves pun tamak nak kat dia jer , buh makanan pandai , buang makanan malas betul sampai taman sains pun mula terbina...

lagi satu - ialah housemate yg suka ajak mak bapak dia datang rumah more than 7 days

dah lah rumah ada gals u know , tak bebas langsung , pas tu well...u know...like what jer. mmg geram jugak kekadang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2011 02:24 AM | Show all posts
adik Pinky - kalau org bagi sampah kat kita, kan...kita campak jer sampah tu tau...sebab jenis tak tahu hargai tak tahu adab , dan biadab well pada saya sampah actually.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 02:25 AM | Show all posts
Awak pun ada betulnya dalam menolong kawan ketika susah.  Tapi kita mesti set kita punya limit.  ...
ibnur Post at 27-4-2011 18:13



    exactly- kena ada common sense. kita kena ajaq dia supaya dia tak buat macam ni kat masa depan, menuysahkan orang lain. ni pun tarbiyah jugak. cara kejam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 02:34 AM | Show all posts
kalau ikut kepala aku yg simple ni, kalau susah sangat, keluar je dari rumah tu.. cari rumah sewa lain.. tak yah pening2 kepala.. tak elok stres2 nih..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 02:53 AM | Show all posts
kalau ikut kepala aku yg simple ni, kalau susah sangat, keluar je dari rumah tu.. cari rumah sewa la ...
manganini Post at 28-4-2011 02:34



    TT ni insan prihatin ni...i mean baiklaaa niat dan tindakan tu tapi ...ada had dia kot ...saya rasa  TT ni dah cuba dah yg terbaik dan ALLAH dah nampak dah so...tak pe dah kalau dia nak selesaikan masalah tu dengan bertindak dengan cara bijaksana iaitu bagi jer budak tu keluaq....sebab nampak ganggu dah ekosistem rumah tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
SAMPAI BERCENDAWAN AKU DOK TUNGGU HANG
tokchikSAMPAI BERCENDAWAN AKU DOK TUNGGU HANG
Views : 6262 Replies : 37
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5116 Replies : 47
Cara Untuk Balik Kampung Merentasi Negeri
XimCara Untuk Balik Kampung Merentasi Neger
Views : 5452 Replies : 34
TAK SANGGUP NAK MARAH
KurexTAK SANGGUP NAK MARAH
Views : 6127 Replies : 40
Eh salah!
akuchentaEh salah!
Views : 2232 Replies : 16
PETUA ORANG TUA2... JANGAN TAK PERCAYA
tokchikPETUA ORANG TUA2... JANGAN TAK PERCAYA
Views : 5898 Replies : 36
Bila dah lapar jadi gini pulak
riena3321Bila dah lapar jadi gini pulak
Views : 10344 Replies : 65
Resepi apam balik
JENABREJAM89Resepi apam balik
Views : 4303 Replies : 22
‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Mitsubishi Triton VGT Luah Rasa Tekejut.Anda tekejut?
YgBenar‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’
Views : 5527 Replies : 27
Komplot Kopi
InezkhalidiKomplot Kopi
Views : 8315 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.073608 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list