CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18041|Reply: 45

Vokalis tak jenguk anak?

[Copy link]
Post time 1-5-2011 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Gua Malaysia

Betul ke Naza, vokalis The Times, tidak menjenguk anak sulungnya Dayang Fatiha Amanda dgn arwah bekas isteri, Dayana Kamal?


keluar kat Melodi tadi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2011 01:41 PM | Show all posts
Pelakon Dayana Kamal Rentung Maut Kemalangan di Kota Bahru

Wan Nurdiyana Mohd Kamarul Zaman atau nama komersialnya, Dayana Kamal, salah seorang daripada tiga yang rentung dalam kemalangan ngeri di km 2 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, Bunut Payung awal pagi semalam merupakan seorang pelakon filem dan drama.

Wan Nurdiyana, 22, pernah membintangi filem “Black Maria” dan beberapa drama tempatan iaitu “Rumah Itu Duniaku”, “Sumaiyyah”, “Raya Dengan Tok”, “Selamat Tinggal Noni”, “Ayah Kami” dan terbaru siri drama popular “Matahari”.

Ayah Wan Nurdiyana, Mohd Kamarul Zaman Mohd Nor, 44, berkata arwah anak sulung daripada empat beradik itu kini masih bercuti Aidilfitri dan sedang menunggu tawaran baru untuk berlakon.

    “Pada bulan puasa lalu, arwah mahu memakai tudung untuk penampilan baru dan seminggu sebelum kejadian, arwah membaca al-Quran yang menyebabkan ibunya, Wan Norhayati Ismail, 47, rasa sebak dan hairan. Ini merupakan petanda yang Wan Nurdiyana akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumah datuk Wan Nurdiyana di Kampung Chempaka di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, selain Wan Nurdiyana yang terkorban, dua lagi adalah warga Amerika yang juga pekerja pelantar minyak di Terengganu Gonzalez Christopher, 30, dan Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, dari Tanah Merah. Pemandu kereta jenis Proton Persona yang dinaiki mereka, Tengku Ahmad Nazim Tengku Azizan, 30, mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Wan Nurdiyana pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan The Times, Nataza Muhamad dan bercerai dua tahun lalu dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang anak perempuan Dayang Fatihah Amanda yang berusia empat tahun.

Jenazah Wan Nurdiyana dikebumikan petang semalam di Tanah Perkuburan Islam Mata Pasir, Kampung Chempaka. Lebih menyedihkan Mohd Kamarul Zaman, dua hari lagi genap setahun adik Wan Nurdiyana, Wan Ikmal Hisham, meninggal dunia juga kerana kemalangan jalan raya di Gua Musang.

    “Hati mana tidak sedih kehilangan dua anak dalam kemalangan jalan raya dalam tempoh dua tahun berturut-turut,” katanya sayu.

Beliau berkata sehingga kini Dayang Fatihah Amanda masih tidak mengakui ibunya telah meninggal dunia kerana tidak percaya jenazah yang rentung itu adalah Wan Nurdiyana. Bercerita sebelum kemalangan, beliau berkata Wan Nurdiyana telah keluar rumah untuk minum bersama rakan-rakannya di Hotel Renaissance di sini pada pukul 11 malam.

    “Saya dimaklumkan mereka berempat keluar untuk makan sup belut yang saya sendiri tidak tahu sehinggalah dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh salah seorang keluarga pada pukul 1 petang semalam,” katanya.

Ibu Allahyarham, Wan Norhayati berkata sebelum ini juga anaknya itu juga enggan mengenakan baju berwarna biru semasa sesi fotografi di Kuala Lumpur dan mahukan baju berwarna putih untuk dipakai.

    “Hari terakhir bertemu Wan Nurdiyana seminggu sebelum ini dan tiga hari lalu dia meminta wang perbelanjaan,” katanya yang menetap di Lembah Keramat bersama keluarga yang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2011 01:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2011 01:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2011 01:48 PM | Show all posts


cantik arwah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 01:52 PM | Show all posts
mcm muka emelda bini adlin aman ramli
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2011 01:53 PM | Show all posts
lawa arwah isterinye..anak pun dah besar..sebijik muka bapaknye sedih je dgr dia ckp dia tunggu ayah dia dtg
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 01:57 PM | Show all posts
ciannyer budak nie...muka sebijik muka ayahnyer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2011 02:22 PM | Show all posts
lawanyer arwah ex wife die...yg naza nih dah kwin lain kan kalau tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 02:24 PM | Show all posts
TT, saya dah up thread lama..
hurm, sambung kat situ lah kot..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 02:25 PM | Show all posts
ciannya.. dh la mak meninggal dunia, ayah lak sebok dgn kehidupan baru.. trpksa menumpang kaseh datuk, nenek.. hmm..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 02:27 PM | Show all posts
Comel je anak arwah ni,cerdik lak tu bila jwp soalan Melodi td...katanye vokalis tu dh kahwin lain tp kena laa cari masa g jenguk Amanda ni...kesian budak tu, dah laa mak meninggal, ayah lak x jenguk dia..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 02:30 PM | Show all posts
memang cantik pun arwah wife dia. sure ke dia taknak jenguk anak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 02:33 PM | Show all posts
sampai hatinyer bapak dia wat darah daging gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 02:45 PM | Show all posts
anak dia siap nyanyi lg...siannyeee
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 02:58 PM | Show all posts
dayana ni aku xkenal waalaupun jd pelakon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2011 06:35 PM | Show all posts
Comel je anak arwah ni,cerdik lak tu bila jwp soalan Melodi td...katanye vokalis tu dh kahwin lain t ...
anisrz Post at 1-5-2011 14:27



    tu la... duit pun simpan sebab nak beli barang sekolah... bukan nak buat enjoy...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 06:48 PM | Show all posts
sedihnya...:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 07:46 PM | Show all posts
bodoh tak nak anak bagi kat aku lah..ramai org takde anak mati2 nak anak..yg ni plak tak nak jenguk anak..geramnya aku:@
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 08:26 PM | Show all posts
simpati dgn nasib anak... tp kenapa perlu diceritakan kat media.. bkn datuk amanda ckp diorang pnh berhubung dgn makcik kepada bapak amanda ke td??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.073759 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list