CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15829|Reply: 29

Hukum kerinting rambut, bleaching gigi, etc

[Copy link]
Post time 12-5-2011 03:21 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by manganini at 12-5-2011 03:23

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya apakah hukumnya melakukan perkara2 seperti yg saya senaraikan dibawah.

1. mengerinting (perm) atau meluruskan rambut (rebonding)
2. mencukur bulu kaki
3. memutihkan gigi dgn kaedah "bleaching"
4. mencantikan gigi dgn menggunakan pendakap gigi/ "braces"
5. mencantikkan kulit dgn suntikan vitamin C

Adakah ia termasuk sebagai mengubah ciptaan Allah?

Ini kerana sebagai seorang isteri, saya tidak terkecuali ingin berhias cantik untuk suami, selain untuk keyakinan diri. Namun demikian, saya tidak pasti sama ada perkara2 tersebut halal/haram. Saya ada jugak search di internet tetapi mendapati banyak jawapan yg mengelirukan.. harap forumer2 boleh tolong jelaskan. Terima kasih. (^ ^)/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2011 09:23 AM | Show all posts
Soalan 1 - perm atau rebonding

diboleh dengan beberapa syarat.  Ianya tidak kekal lama.  Tidak menyerupai wanita fajir dan kafir.  Tidak dipamirkan kepada bukan mahram.

Rujuk:

http://rohisfisikaunnes.blogspot ... uruskan-rambut.html
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 09:27 AM | Show all posts
soalan 2 dan 4 -

tak boleh kerana ditafsirkan mengubah ciptaan Allah:

Rujuk dalil:

http://qawanitadanperkahwinan.bl ... ukur-bulu-kaki.html
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 09:33 AM | Show all posts
soalan 2 dan 4 -

tak boleh kerana ditafsirkan mengubah ciptaan Allah:

Rujuk dalil:
kupia Post at 12-5-2011 09:27


maaf nak bertanya dan mencelah..bagaimana sekiranya bulu kaki wanita itu hampir sama seperti lelaki?dan wanita itu membuang bulu kaki atas arahan dari suaminya?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 09:55 AM | Show all posts
maaf nak bertanya dan mencelah..bagaimana sekiranya bulu kaki wanita itu hampir sama seperti lel ...
ketotmerah Post at 12-5-2011 09:33


banyak ulamak membolehkan atas alasan fiqh rawatan (perubatan) tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.  Kerana keadaannya yang luar biasa boleh menyebabkan yang punya diri berasa malu dan rendah diri. WA.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 09:57 AM | Show all posts
hukum bulu/rambut ada tiga:

1.  ada yang dibolehkan
2.  ada yang dilarang
3.  ada yang didiamkan tanpa nas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2011 10:03 AM | Show all posts
banyak ulamak membolehkan atas alasan fiqh rawatan (perubatan) tidak dianggap mengubah ciptaan A ...
kupia Post at 12-5-2011 09:55


terima kasih atas penerangan saudara kupia
jelas dan buat saya faham
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 10:03 AM | Show all posts
hukum bulu/rambut ada tiga:

1.  ada yang dibolehkan
2.  ada yang dilarang
3.  ada yang didiamka ...
kupia Post at 12-5-2011 09:57


boleh terangkan yg no 3 tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2011 10:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by kupia at 12-5-2011 10:39
boleh terangkan yg no 3 tu?
ketotmerah Post at 12-5-2011 10:03


keterangan ringkasnya di http://qawanitadanperkahwinan.bl ... angan-dan-bulu.html

Cukur Bulu Kaki Kerana Suami Suka
Inai Berukir
Tempat Diharam Bertindik
Wanita Berambut Panjang
Hukum Wanita Berambut Pendek
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 10:43 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya apakah hukumnya melakukan perkara2 seperti yg saya senaraikan dibawah.

3. memutihkan gigi dgn kaedah "bleaching"

Adakah ia termasuk sebagai mengubah ciptaan Allah?

Ini kerana sebagai seorang isteri, saya tidak terkecuali ingin berhias cantik untuk suami, selain untuk keyakinan diri. Namun demikian, saya tidak pasti sama ada perkara2 tersebut halal/haram. Saya ada jugak search di internet tetapi mendapati banyak jawapan yg mengelirukan.. harap forumer2 boleh tolong jelaskan. Terima kasih. (^ ^)/
manganini Post at 12-5-2011 03:21


hukum memutihkan gigi di dentistry tidak di anggap mengubah ciptaan Allah.  Rujuk:

http://qasoaljawabpelbagai.blogs ... i-di-dentistry.html
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 10:57 AM | Show all posts
5. mencantikkan kulit dgn suntikan vitamin C
manganini Post at 12-5-2011 03:21


Mungkin boleh digunakan fatwa mengenai pembedahan mencantikan kulit:

Fatwa dari Islamonline.net terjemahannya (http://www.islamonline.net/servl ... p;cid=1184649418254:

Majlis Fiqh Sedunia telah bersidang mengenai isu tersebut dalam mesyuarat kali ke 18 selepas membuat semakan ke atas penyelidikan perubatan dan kaedah fiqhiyah terdahulu, memutuskan bahawa dibenarkan proses pembedahan memulihkan kecantikan yang diperlukan dan darurat, dimana bermaksud mengembalikan fizikal tubuh kepada bentuk asalnya, baik seseorang itu dilahirkan dengan kecacatan bersamanya, atau menjadi cacat ketika menjalani kehidupan harian disebabkan faktor kemalangan atau setara dengannya, manakala mengubah unsur semulajadi disebabkan proses penuaan atau pertambahan umur, maka tidak dibenarkan melaksanakan proses pembedahan kerana ia termasuk dalam mengubah ciptaan yang dilarang ke atasnya.

Mencantikan kulit dengan suntikan vitamin C tidak diperakui oleh pakar perubatan (sapu cream vitamin C bolehlah):

Malaysia Dermatology Association president Dr Gangaram Hemandas said claims attached to the Vitamin C injections were exaggerated.
“From a scientific point of view, there is no justification for its use as an intravenous infusion,” he said, adding that the best way to deliver Vitamin C to the skin was applying it as a cream.
Dr Hemandas, the senior consultant and laser surgeon at Kuala Lumpur Hospital, said Vitamin C supplements were for people with low levels of the vitamin.
“As far as aesthetic purposes are concerned, Vitamin C does not reach the skin in significant amounts to be effective.
“I really don't know who started the whole story with these baseless claims.”
He said the association had written to the Health Ministry and the National Pharmaceutical Bureau on the issue.
“We are against this practice because the product is not registered, the intake has side-effects and consumers are being duped into believing claims which are baseless.”
Malaysian Society of Laser Medicine and Surgery protem committee secretary Dr Ruban Satkuna Nathan said he had been asked for such injections by guest relation officers and entertainers.
“Many are willing to pay any amount.”
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 05:50 PM | Show all posts
salam...
andai kata saye nk pakai braces sbb nk merapat kan gigi2 yg renggang dgn alasan makanan slalu melekat di celah2 gigi,boleh ke???
sbb sye mmg x reti gune pencungkil gigi dan ini menjadi masalah bile nk solat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 09:41 PM | Show all posts
salam...
andai kata saye nk pakai braces sbb nk merapat kan gigi2 yg renggang dgn alasan makanan slalu melekat di celah2 gigi,boleh ke???
sbb sye mmg x reti gune pencungkil gigi dan ini menjadi masalah bile nk solat...
mama_mukhriz Post at 12-5-2011 17:50



Tiada larangan dlm Islam dlm memakai braces. Larangan yg jelas ialah taflij. Taflij ialah diamalkan oleh wanita Arab yakni teknologi mengikir gigi dan menjarangkannya terutama gigi taring dan gigi kacip. Tujuan ialah merubah ciptaan Allah, kecantikan dan litadlis (menipu) supaya perempuan tua kelihatan muda. Inilah yg diharamkan.

Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;

لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)


Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 11:11 PM | Show all posts
salam,,blh ke pakai pewrna rmbt yg dtls halal
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 11:21 PM | Show all posts
Reply 13# kupia


wahh...
bgs respon dr kupia...
thanx sgt2...
coz mmg cadang nk pkai braces tp was2...
kupia ni org alim2 ke???
agak2 kalo tanye tth syariah,taw x???
coz ade bnda nk tnye neyh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 11:47 PM | Show all posts
wahh...
bgs respon dr kupia...
thanx sgt2...
coz mmg cadang nk pkai braces tp was2...
kupia ni org alim2 ke???
agak2 kalo tanye tth syariah,taw x???
coz ade bnda nk tnye neyh...
mama_mukhriz Post at 12-5-2011 23:21


hehehe saya bukan alim, saya ni sama macam awak juga bukannya tau semua.  Kita tak layak dan tak boleh memberi fatwa, kita cuma cari fatwa yang telah dibuat oleh ulamak yang diiktiraf, kebetulan banyak koleksi soalan dan jawapan ada dalam simpanan...

tentang soalan syariah tu kena tengok soalan, kalau ada tempat kita boleh merujuk kita cuba usahakan... wallahu'alam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2011 12:21 AM | Show all posts
salam,,blh ke pakai pewrna rmbt yg dtls halal
sejuk Post at 12-5-2011 23:11


belum jumpa hukum yang jelas tentang wanita yang memakai pewarna rambut... yang jelas ada untuk orang lelaki tua yang sudah beruban dibenarkan mewarna rambut (kecuali warna hitam tidak dibenarkan).  Pewarna dari bahan yang suci dan tidak menghalang air dan tidak kekal warnanya (warna yang kekal dianggap mengubah ciptaan Allah).

Apakah boleh isteri mewarna rambutnya untuk menyukakan suaminya. kebanyakan rumah fatwa mengharuskan asalkan ia diredhai suami dan pewarna itu halal dan tidak menghalang air (Rumah Fatwa alAzhar dan Mufti Wilayah)

Apakah boleh remaja (anak gadis dan pria) mewarna rambut2 mereka dengan pelbagai warna dan menunjukkan kepada masyarakata. Ini suatu perbuatan yg menyalahi illat (sebab) dye rambut yg disebut Nabi saw HR alJama’ah dari Abi Huraira ra,” Orang Yahudi dan nasara tidak mewarna rambut, maka lainlah dari mereka dan warnakan rambut kamu.” Illat di zaman dulu, dye rambut ini untuk membedzakan dengan seteru ketat orang Islam. Hari ini mereka dye rambut mereka, maka reverse (lawan) kpd perbuatan itu, umat Islam hendaklah tidak mewarnakan rambut mereka. Apatah lagi gadis-gadis Islam yg tidak bertudung dan memperagakan rambut mereka yg berwarna-warni sungguh telah derhaka dan melampau. Allahu a’alam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2011 02:13 AM | Show all posts
Soalan 1 - perm atau rebonding

diboleh dengan beberapa syarat.  Ianya tidak kekal lama.  Tidak menyerupai wanita fajir dan kafir.
kupia Post at 12-5-2011 09:23



boleh tak tolong jelaskan lebih lanjut maksud "tidak menyerupai wanita fajir/kafir"? maksud saya, bila hendak memotong/perm/rebond rambut, kebiasaannya kebanyakan wanita akan memilih fesyen rambut berdasarkan model2 barat atau chinese yg ditonton di TV.. contohnya "saya nak buat rambut macam Avril Lavigne lah".. tapi dalam hati bukanla berniat untuk meniru atau jadi seperti Avril Lavigne, cuma suka melihat gaya rambutnya, dan suami juga suka.. dibolehkan atau tidak kalau macam tu?

terima kasih kerana reply n bagi link.. sungguh bernas jawapan2 saudara kupia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2011 02:39 AM | Show all posts
saya nak tambah kat sini, tak berkaitan dgn tajuk di atas,tapi masalah ni selalu berlegar2 di kepala saya..huhu

saya rasa kebanyakan muslimah mengalami masalah mencari salon atau tukang gunting rambut yg sesuai.. macam di tempat saya, tidak ada kedai gunting rambut muslimah.. kebanyakan salon mempunyai pekerja wanita non-muslim (seperti kita sedia maklum, rambut adalah aurat kepada sesama wanita tetapi non-muslim).. kalau adapun tukang gunting rambut wanita yg muslim, pasti ada saja customer2 lelaki yg masuk ke kedai itu.. jadi amat sukar nak pastikan aurat kita terjaga..

dalam masa yg sama, ingin juga hendak buat fesyen rambut yg cantik2. kalau suami atau saudara muhrim yg gunting, tentulah tidak cantik jadinya, atau biasa2 saja..

bagaimana agaknya penyelesaian masalah sebegini menurut syarak..? tetap haramkah hukumnya pergi ke salon2 tersebut? atau mungkinkah ada sebarang kelonggaran? atau tidak boleh tidak, kena gunting sendiri di rumah?

kebiasaannya, saya pergi ke salon dgn bertudung.. bila hendak gunting, buka tudung.. then selepas siap gunting, pakai tudung balik..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 09:41 AM | Show all posts
saya nak tambah kat sini, tak berkaitan dgn tajuk di atas,tapi masalah ni selalu berlegar2 di kepala saya..huhu

saya rasa kebanyakan muslimah mengalami masalah mencari salon atau tukang gunting rambut yg sesuai.. macam di tempat saya, tidak ada kedai gunting rambut muslimah.. kebanyakan salon mempunyai pekerja wanita non-muslim (seperti kita sedia maklum, rambut adalah aurat kepada sesama wanita tetapi non-muslim).. kalau adapun tukang gunting rambut wanita yg muslim, pasti ada saja customer2 lelaki yg masuk ke kedai itu.. jadi amat sukar nak pastikan aurat kita terjaga..

dalam masa yg sama, ingin juga hendak buat fesyen rambut yg cantik2. kalau suami atau saudara muhrim yg gunting, tentulah tidak cantik jadinya, atau biasa2 saja..

bagaimana agaknya penyelesaian masalah sebegini menurut syarak..? tetap haramkah hukumnya pergi ke salon2 tersebut? atau mungkinkah ada sebarang kelonggaran? atau tidak boleh tidak, kena gunting sendiri di rumah?

kebiasaannya, saya pergi ke salon dgn bertudung.. bila hendak gunting, buka tudung.. then selepas siap gunting, pakai tudung balik..
manganini Post at 13-5-2011 02:39


Tidak ada larangan bagi wanita menghias rambut, malah digalakkan menghias diri untuk memelihara hubungan dengan suami.  Berkenaan hukum wanita Islam mendandan rambut di luar rumah (salon kecantikan) saya tidak jumpa dalil yang melarang secara jelas.  Kebanyakan pendapat ulamak menyatakan lebih baik atau digalakkan menghias diri di rumah. Utamakan salon muslimah yang tidak ada orang lelaki di dalamnya. Meniru atau menyamai fesyen rambut bukan Islam adalah jelas dilarang.  

Ulamak berbeza pendapat mengenai aurat antara wanita muslim dengan wanita non muslim, ada yang kata boleh melihatkan sebahagian anggota, ada yang mengatakn tidak boleh.   Menurut Majlis Fatwa Malaysia - harus untuk urusan kerja dan pendidikan... http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa- ... anita-bukan-islam-0.

Antara dalil-dalil kedua-dua pendapat: http://qawanitadanperkahwinan.bl ... emperlihatakan.html.

Allahu'alam.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.372116 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list