CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Show: 8351|Reply: 12

KANSER USUS

[Copy link]

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-5-2011 12:20 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Sesiapa yg tahu lebih lanjut ttg penyakit kanser usus
Apakah cara untuk mengubati dan langkah-langkah yg perlu diambil utk penghidap kanser usus. Jawapan anda didahului ucapan Terima Kasih.
Hidup bagaikan pentas opera
Reply

Props Report

Rank: 2

Post on 17-5-2011 06:34 PM |All posts
cuba try Cellfood ini .

ada bukti sembuh bg penyakit kanser usus.
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 8-6-2011 11:35 AM |All posts
WHAT DOCTORS DON'T TELL YOU
Independent information on medicine's danger and alternatives that work


Threatened Chinese and Ayurvedic herbs help fight cancer, lung disease and infection
email to friend   Printer friendly 07 June 2011 Chinese and Indian Ayurvedic medicines are under serious attack in Europe 每 and yet three studies have this week proven they can help in the treatment of cancer, in easing a lung condition, and they may well hold the answer to the antibiotic-resistant superbugs.

The studies have been published just three weeks after the EU*s Traditional Herbal Medicinal Products Directive came into force, and all Chinese and Ayurvedic products were removed from the shelves.  

All practitioners will have to be registered with a recognised professional trade body by April next year, or they will be forced to cease practice, and the remedies will be completely unavailable to the public 每 other than from a conventional doctor.

The first study has discovered that the Indian spice, curcumin, can help in the treatment of head and neck cancers.  The spice stops the cells* resistance to the chemotherapy.  In one study, oncologists were able to reduce the dose of the chemotherapy drug, cisplatin, by a factor of four, and still get a positive outcome, after the patients had been given the spice.

In the second study, a Traditional Chinese Medicine (TCM) herbal paste 每 Xiao Chuan 每 can help ease the worst symptoms of the lung condition COPD (chronic obstructive pulmonary disease) during the winter.  The paste has been used to ease breathing difficulties in China for more than a thousand years.

In the third study, several herbal remedies from the Ayurvedic tradition have been found to act as an effective antibiotic against infections following chemotherapy after the immune system has been impaired.  Herbs that were tested included wild asparagus, desert date, false daisy, curry tree, caster oil plant and fenugreek.

(Sources: curcumin study 每 Archives of Otolaryngology, 2011; 137: 499; Xiao Chuan study 每 ATS 2011 International Conference, Denver;  antibiotic study 每 Annals of Clinical Microbiology and Antimicrobials, 2011; 10:21).
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 8-6-2011 11:40 AM |All posts
WHAT DOCTORS DON'T TELL YOU
Independent information on medicine's danger and alternatives that work

Prostate cancer: - Radiation therapy can lead to rectal cancer

Radiation is a popular treatment for men with prostate cancer, and it's becoming the first choice therapy ahead of surgery, especially among older patients. Latest statistics suggest it is being used in 17 per cent of all cases, a figure that's been rising over the last 20 years.
But a new study reveals that the therapy increases the risk of rectal cancer in 70 per cent of cases, and men who have radiation treatment are 1.7 times more likely to develop rectal cancer. Overall, every 10 men from a group of 1,000 who had radiation therapy went on to develop rectal cancer.
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 9-6-2011 10:11 AM |All posts
Post Last Edit by asziemiworld at 9-6-2011 10:14


Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada kanser yang kerap berlaku.

Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal dan pada peringkat ini rawatan boleh menyembuhkan penyakit ini. Terdapat juga langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan risiko kanser usus.


Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman. Ia mempunyai dua bahagian:
 Usus kecil- tempat makanan diserap
 Usus besar- tempat air dan garam diserap

Apa itu kanser usus?
Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada kanser yang kerap berlaku.
Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal dan pada peringkat ini rawatan boleh menyembuhkan penyakit ini. Terdapat juga langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan risiko kanser usus.

Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman. Ia mempunyai dua bahagian:
 Usus kecil- tempat makanan diserap
 Usus besar- tempat air dan garam diserap

Kanser usus ialah ketumbuhan kanser yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus besar. Ia boleh membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Oleh sebab itu, lebih awal kanser ini dikesan lebih cerahlah peluang untuk menyembuhkannya. Peluang untuk sembuh adalah 90%, jika penyakit ini dikesan pada peringkat awal


Berapa ramaikah penghidap kanser usus?
Kanser usus ialah kanser kedua yang paling biasa menyerang lelaki dan kanser yang ketiga yang paling biasa menyerang wanita di Malaysia.

Siapakah yang berisiko menghidapi kanser

Kanser usus boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi risikonya lebih tinggi jika anda berusia lima puluh tahun ke atas.
Risiko untuk anda mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda:
 mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
 pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser atau kolitis Crohn) lebih daripada lapan tahun.

Jika anda mempunyai faktor-faktor di atas, berbincanglah dengan doktor anda tentang risiko mendapat kanser usus.


Tanda-tanda kanser usus

Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:
 Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
 Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
 Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
 Sakit perut.
 Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
 Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.
Individu yang berusia empat puluh tahun ke atas perlu awasi tanda-tanda amaran kanser usus. Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda kanser usus di atas, sila berjumpa doktor yang akan merujukkan anda untuk menjalankan beberapa ujian tertentu. Jika hasil ujian menunjukkan terdapatnya kanser usus, rawatan awal adalah lebih baik.


Mengurangkan risiko kanser usus

Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi kanser usus dengan:
 makan makanan yang berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.
 mengekalkan berat badan yang sihat.
 selalu bersenam.
 tidak merokok.
 kurangkan minum alkohol.
Dengan mematuhi panduan yang diberi tidak bermakna anda akan terlepas daripada diserang kanser usus tetapi ia boleh mengurangkan risiko anda dan juga memberi banyak faedah kesihatan yang lain.
CALL/SMS/WHATSAPP/VIBER  : 019-4553252
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 9-6-2011 09:41 PM |All posts
Post Last Edit by Cybersetan. at 9-6-2011 21:45
Sesiapa yg tahu lebih lanjut ttg penyakit kanser usus
Apakah cara untuk mengubati dan langkah-langk ...
honestly_honey Post at 16-5-2011 12:20



Kalau pihak hospital dapat mengesan kanser ini - segeralah buat appointment dgn doktor pakar untuk kanser tersebut dibedah dan dibuang, lagi2 kalau masih diperingkat awal.
Jangan pula' pergi mengarut carik bomoh untuk buat BEDAH BATIN yg MENIPU tuu... Kalau dah terlewat buat rawatan, takde gunanya lagi...

Ambil lah iktibar dari kes pesakit2 di bawah ini:

http://forum.lowyat.net/index.ph ... post&p=38121574

http://forum.lowyat.net/index.ph ... post&p=39791784
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 9-6-2011 10:42 PM |All posts
Reply 6# Cybersetan.

setuju sangat...apa2 pun make sure pegi jumpa doktor...tak nak nanti dah melarat dan terlambat untuk bertindak udah la...
CALL/SMS/WHATSAPP/VIBER  : 019-4553252
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 18-7-2011 09:05 AM |All posts
Post Last Edit by BulldogKing at 18-7-2011 09:17

Baik mencegah sebelum merawat, di sini saya nak kongsi pendapat saya.

Sebenarnya kita makan macam biasa tak semesti boleh menyerap khasiat yang ditentukan, selain daripada itu kita juga perlu penyokong sampingan khasiat atau sesuatu seperti vitamin untuk menyeimbangkan khasiat kita di dalam badan. Selama ini tak ada sesiapa orang pun boleh menyerap 60 lebih jenis khasiat di dalam sekaligus, jadi saya nak kongsi pendapat personaliti saya terhadap spirulina.

Unsur spirulina utama ialah Vitamin B kompleks, ia juga ada unsur krolofil untuk menyingkirkan toksin dari badan. Andaikan kita makan sesuatu sedap kat luar, toksin yang disingkirkan itu lebih kurang sama dengan minyak sebab kita mengambil lemak melalui makanan secara berlebihan. Ada juga orang memang pilih makanan atau kerap makan sampai kenyang-kenyang, oleh itu sesetengah mengambil langkah untuk menyeimbangkan khasiat. Tentulah khasiat berlebihan akan menjadi toksin, jadi ramai orang kena kencing manis sampai tak boleh makan nasi putih. Apa lagi dengan kanser usus?

Kanser Usus juga ada serba sedikit berkaitan dengan kanser usus atau kanser lain, sekarang pencemaran air sudah mencapai tahap kritikal. Ada juga penghuni rumah memang memasang penapis air, tak ada juga penapis air tidak boleh menapis bahan pencemar yang terlarut di dalam air dengan sepenuhnya termasuk bahan mineral bukan organic, klorin, bahan logam berat, kuman dan juga ubat-ubatan. Tak kira macam mana kita didih air kat rumah, air yang masak tak semestinya selamat selain daripada air didihan terus dari paip. Oleh itu saya nak cadangkan supaya saudara-saudari memasang penapis r.o kat rumah, kerana hanya teknologi r.o saja boleh memulangkan keadaan air yang asal. Saya bukan sengaja nak kutuk apa jenama penapis air kat sini, cuma rasa hairan dan sukar nak terima bahawa macamana air paip boleh lebih bersih berbanding penapis.

Air itu sekadarnya H2O bukannya apa yang hebat sangat, bahan mineral juga boleh diserap melalui makanan objek pepejal atau penyokong sampingan khasiat selain daripada minum air. Air yang bersih dan tulin itu tak ada kena-mengena dengan sebarang unsur khasiat dan juga memudaratkan khasiat badan, kita minum air hanya boleh bantu menambah 70% air di dalam badan. Setakat ini krisis yang paling bahaya itu ialah penghuni 24 bandar utama AS meminum air "ubat", salah satu akibat ialah bayi yang dilahirkan terencat akal selepas dari penyusuan ibu.

Saya bukan nak promote apa-apa jenama produk kesihatan mahupun penapis air, cuma rasa saya perlu beritahu hakikat kepada sahabat-sahabat karib saya saja. Dan hujung sekali, saya ingin meminta ampun atas perkataan terlanjur saya dan terima kasih atas kebesaran hati saudara-saudari forum. Sekian!
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 18-7-2011 09:24 AM |All posts
Post Last Edit by BulldogKing at 18-7-2011 09:25

Tambahan:

Jangan mudah terpedaya semasa kita memilih penapis air, dan kita harus mengecam betul-betul dengan symbol pengiktrafan WQA (Water Quality Association, Persatuan Kualiti Air AS) atau NSL. Kaedah R.O memang ada membran, dan watak membran itu adalah untuk memulihkan ketulinan air. Mengenai komen yang saya bagi mengenai penyokong sampingan khasiat, cop halal juga penting untuk menjamin keselamatan umat islam.
Reply

Props Report

Rank: 1

Post on 1-8-2011 11:50 AM |All posts
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 19-11-2012 08:40 AM |All posts
TT pesakit atau keluarga kpd pesakit? Mak sy baru je tau ade penyakit ni (stage 3) 2 hari lepas.. Alhamdulillah, beliau sangat tabah dan redha.. Sekarang ni target kami sekeluarga cuma satu, berusaha untuk mengubati.. Walaupun kami tidak ada pengalaman  apatah lagi pengetahuan ttg bagaimana nak handle pesakit penyakit ni tapi insyaAllah, ada jalan..
Reply

Props Report

Rank: 2

Post on 19-11-2012 12:32 PM |All posts
salam..
kanser masih boleh dicegah & dirawat.
boleh mencuba rawatan alternatif seperti mengamalkan vitamin B17..
Produk seperti Apricon dari sumber 100% biji aprikot boleh membantu.
layari http://www.farmashealth.com.my/ untuk maklumat lanjut..
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 25-2-2013 10:47 AM |All posts
Kanser dan Luqman Ayurveda

Dalam pengalaman merawat penyakit yang pelbagai ini, penyakit kanser masih merupakan satu penyakit yang sukar diramalkan kesudahannya... bukan kerana penyakit ini membawa maut secara total kepada pesakit tetapi dalam kebanyakkan kes ianya ialah akibat dari kehendak pesakit itu sendiri yang ingin mendapatkan rawatan "quick fix" ingin sembuh dalam jangkamasa cepat. Saya rasa David Copperfield yang hilangkan tower kat USA pun tidak dapat menghilangkan kanser dalam badan seseorang. Setiap pesakit kanser perlu ada strategi untuk merawat penyakit ini. Ingat!!! sembuh atau tidak ialah kehendak Allah s.w.t semata mata dan bukannya ubat atau selainnya. Selalunya pesakit kanser ini tidak sabar dan selalunya wujud pakar-pakar penyakit tak bertauliah seperti ahli keluarga, kawan dan penjual produk
(bukan doktor) yang banyak memberikan nasihat kepada pesakit - makan ini la makan itu la untuk menyembuhkan kanser dan pesakit pula selalunya percaya benda ini semua.

Saya percaya dan yakin dengan menggabungkan pemakanan yang baik dan pemulihan DOSHA ( Ayurvedic), pembuangan toxin (AMA) akan membuka jalan kepada pemulihan penyakit ini. Berilah masa dan peluang kepada badan untuk pulihkan dirinya, sesungguhnya setiap saat badan sentiasa berusaha memulihkan badannya sendiri. Selalunya badan tidak diberi peluang kerana pesakit dan rakan-rakan pesakit akan memberi idea yang sangat hebat untuk mempercepatkan kematian pesakit.

Seorang lawyer dari Subang Jaya - 2012 meninggal dunia akibat kanser darah. Walaupun saya nasihatkan dia untuk mengamalkan terapi yang mudah tetapi dia cakap dia dah order ubat dari Eropah yang harganya RM 7,000 untuk rawatan - apa la yang ada dengan rawatan dari saya yang murah katanya... hehehe. Selepas ubat khas dari eropah tu sampai, saya pun ucapkan selamat berjaya kepadanya dan selepas 4 hari menjalani terapi Eropah itu, dia pun meninggal dunia.

Banyak kes macam ini yang saya jumpa dalam pengalaman saya selama 20 tahun praktik Ayurveda ini. Pesakit kanser dan rakan sekeliling tiba tiba menjadi pakar dalam menguruskan kanser... dan selalunya pesakit akan mati lebih awal dari yang sepatutnya... itulah kebenarannya... Maklumat lanjut sila ke Pages: luqman ayurvedic


Vaidya (Dr) Luqman Malik (Phd)
Pengamal Perubatan AYURVEDA dan Pengasas LUQMAN HERBS CENTRE
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 19-12-2014 08:13 PM , Processed in 0.722495 second(s), 25 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top