CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5766|Reply: 21

Patah Seribu by Shila Amzah

[Copy link]
Post time 22-5-2011 11:01 PM | Show all posts |Read mode
since shila dah kuar dr monkey bone..dia bakal buat album dgn imej & genre baru. sume lagu2 ciptaan dia sendiri...kalo tak silap la.

so mari layan single pertama beliau yg berjudul Patah Seribu....versi accoustic dulu ok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2011 01:18 PM | Show all posts
shila mempunyai pakej yg bagus..
rupa comei
sore pun not bad...

naperlah tak popular
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 02:11 PM | Show all posts
Lagu ni sedap Mek suka
Kena dengan selera ai
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 02:11 PM | Show all posts
Reply 2# dauswq


    rasa nya sejak dia dolu-dolu lagi tak popular khen
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 02:16 PM | Show all posts
Reply 4# jingga007

lagipun die merupakan artis yg free kontroversi

industri muzik m'sia sgt nazak skrg
sian bakat2 camni dipandang sepi
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 02:24 PM | Show all posts
Reply 5# dauswq


    yups. dia mmg nan hado gosip nya suara pulak mmg sedap

mmg nazak betul industri muzik malaysia ni yg nyanyi sedap mcm shila ni boleh kira dgn jari gitu

kesian sheols tak dpt publisiti sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2011 02:30 PM | Show all posts
since shila dah kuar dr monkey bone..dia bakal buat album dgn imej & genre baru. sume lagu2 ciptaan  ...
bayieng Post at 22-5-2011 23:01



    dia dah keluar dari monkey bone ke????bergerak sendiri lah ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 08:53 PM | Show all posts
dia dah keluar dari monkey bone ke????bergerak sendiri lah ye?
redvictorinox Post at 23-5-2011 02:30 PM


yup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2011 08:54 PM | Show all posts
shila mempunyai pakej yg bagus..
rupa comei
sore pun not bad...

naperlah tak popular
dauswq Post at 23-5-2011 01:18 PM


kannn....mcm org tak bersungguh2 promote dia
walhal dia cukup sume...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 09:57 AM | Show all posts
album dia yang bebaskan tu meletop giler okay..

dia nih cuba try hantar g obersea.. boleh laku jugak rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 07:49 PM | Show all posts
lagu nih bez gile.. ala-ala taylor swift.. ak mmg minat gile la shila. huh. da ar same umo ngan ak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2011 01:19 AM | Show all posts
lagu nih bez gile.. ala-ala taylor swift.. ak mmg minat gile la shila. huh. da ar same umo ngan ak.
AyieBoyZ Post at 25-5-2011 07:49 PM


ckp psl Taylor Swift...meh tgk Back to December versi Shila Amzah lak

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2011 01:25 AM | Show all posts
taken from Sinar Harian

Shila utamakan keluarga


Sejak kecil hinggalah dewasa, Shila Hamzah, 21, tidak pernah berenggang dengan ibunya, Fauziah Sarman.

Walaupun ramai menganggap ibunya cuba mengongkong, namun tidak bagi Shila yang merasakan begitu selesa ditemani ibu ke mana sahaja.

“Bagi Shila, kehadiran ibu di sisi lebih memberikan keyakinan diri. Sekurang-kurangnya orang yang akan berurusan dengan Shila akan lebih menghormati Shila dan tidak mudah mengambil kesempatan.

“Lagipun Shila mula bergelar penyanyi ketika masih kanak-kanak. Jadi mama banyak bertindak sebagai orang bertanggungjawab untuk membimbing Shila,” katanya kepada Zass.

Bagaimanapun, akui penyanyi yang pernah menjadi naib juara program realiti One In A Million musim kedua ini, ada kalanya bukan mudah untuk mengekalkan hubungan profesional antara mereka.

“Meskipun ditemani mama, ada kalanya kami terbawa-bawa pertelingkahan di dalam rumah ke tempat kerja.

“Namun bila semakin dewasa, Shila biasanya akan memohon maaf terlebih dahulu sebelum keluar rumah supaya kami akan kembali seperti sediakala,” katanya yang terkenal menerusi lagu Memori Tercipta ini.

Walaupun ibunya sentiasa berada di sisi dan sering memberi nasihat dan tunjuk ajar, ada ketika dia tersasar juga.

“Sebagai remaja, saya akui ada ketika teringin juga melakukan apa yang remaja lain buat. Justeru, jika apa yang saya lakukan itu akhirnya memberikan kesan yang tak baik buat saya, mama akan memulangkan paku buah keras.

“Dia tidak marah. Sebaliknya dia mahu saya mengambil iktibar atas kesalahan yang saya lakukan itu. Lagipun semenjak kecil mama dan abah memang mengajar kami untuk menjaga tingkah laku tidak kira di dalam atau di luar rumah,” kata pemilik nama penuh Nurshahila Amir Hamzah.



Belum masa bercinta

Tidak seperti remaja lain, Shila mengakui bahawa dia masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

Biarpun mengakui pernah beberapa ‘terjatuh’ cinta atau terpikat dengan lelaki, namun Shila lebih rela membiarkan sahaja perasaan itu berlalu.

“Susah untuk cari lelaki yang boleh memahami kerjaya saya. Saya tidak ada masa untuk beri sepenuh komitmen, kesian kalau dia jadi teman lelaki saya.

“Lagipun saya banyak mengambil iktibar dari teman-teman saya yang terjebak cinta pada waktu muda. Bila kita bercinta kita perlukan satu komitmen besar, jadi saya rasa belum bersedia dengan komitmen itu,” katanya.

Diusik dengan ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihannya, Shila mengakui tidak pernah meletakkan ciri-ciri spesifik pada seseorang lelaki. Namun mahu memiliki sifat bertanggungjawab, penyayang dan menghormati orang lain.

Tunggu tuah ‘Patah Seribu’

Mengulas perkembangan kerjaya seninya, Shila berkata dia akan muncul dengan single terbaru berjudul Patah Seribu, hasil ciptaan sepenuh olehnya.

“Lagu ini mempunyai sentuhan ‘muzik country’. Sudah lama Shila cipta lagu ini dan baru sekarang mahu mengetengahkannya kepada peminat.

“Dalam soal penciptaan lagu, abah memang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk mengetengahkan bakat,” katanya.

Berkongsi tentang cetusan inspirasi lagu itu, Shila berkata, dia mendapat idea untuk menghasilkan lagu itu setelah menonton filem-filem romantis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2011 01:25 AM | Show all posts
tak sabar nk tunggu studio version
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 02:35 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua...

Tumpang Lalu, Saya ada sikit pengumuman di sini.. Ini bukanlah spam yee...

Saya Khyree sebagai pengasas radio ctfm - inspirasi muzik siti nurhaliza. [[url]www.radioctfm.com][/url]

Insya allah jika tiada aral melintang, website kami akan membuat satu page khas untuk artis pilihan pendengar...

Jika anda ada keinginan untuk kami paparkan kisah/biografi SHILAH di website kami, saya ingin salah satu daripada anda untuk mengumpul bahan dan tulis tentang SHILAH dan hantarkan kepada saya semula di promo@radioctfm.com.

Bahan Bahan Seperti Biodata/Grafi Artis, Kejayaan, Single/Album dan sebagainya.

Kerjasama anda amatlah saya hargai. jika anda ada apa apa nak ditanyer, just PM saya ye atau carik saya di Bod Datuk Siti.

Terima Kasih.
Khyree

www.radioctfm.com | www.facebook.com/ctfmonline
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 12:09 AM | Show all posts
sedap giler lagu nie..plz la TV3 tolong dia....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2011 06:39 PM | Show all posts
Best!
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 04:11 PM | Show all posts
best nak mati lagu ni..mek taste dengan lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 04:17 PM | Show all posts
sedapppp
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2011 01:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.204652 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list