CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62029|Reply: 187

Pengalaman Arwah Datukku semasa Bintang 3 bermaharajalela

    [Copy link]
Post time 24-5-2011 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum & salam sejahtera

Setelah sekian lama menjadi SR & membalas thread org kali ini saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman arwah datuk saya sewaktu tamat perang dunia kedua iaitu sebelum penjajah British pulang semula ke Malaya.

Pada masa tu keadaan di Malaya amat gawat sekali. Huru-hara, ramai yang terkorban akibat keganasan pihak Bintang Tiga yang membalas dendam ke atas tali-barut askar Jepun.

Sudah menjadi kebiasaan arwah datuk untuk melepak di kedai makan berdekatan rumahnya di Dong, Raub Pahang hampir setiap hari. Kebetulan sekali tu, sekumpulan samseng bintang tiga ni datang nak cari tali-barut musuh diorg. Maka berjumpalah mereka dgn arwah datuk saya ni di kedai makan tu. Masa tu, semua pengunjung menikus sebab takut melihat org bawa senjata api & muka bengis dtg mcm nak cari gaduh..tapi arwah datuk cool aje.

Ketua kumpulan tu tanpa memberi salam, terus mengherdik semua org sambil bertanya, "Siapa ketua kampung kat sini?":@

Tiada org pun yg menyahut.

Dia tanya lagi, "Siapa pendekar ko org kat sini?"

Pun, no respon. Jadi org bintang tiga ni pun ingat semua org dah takut kat dialah..sbb takde siapa yg berani menjawab..

Salah sorang drpd mereka tu ternampak arwah atuk sedang menghisap rokok, lalu menyergah org tua tu, "Hei org tua! bagi sini rokok & mancis kau tu!"

Arwah datuk respon, "Kalau nak ambillah.." sambil ditolaknya kotak mancis & rokok ke arah org tu. Tapi sebelum sempat org bintang tiga tu ambil, arwah datuk cakap, "Mulut tu bising betullah..kt sini kami tak suka cari gaduh, pergi tempat lainlah.."

Menyirap darah org bintang tiga tu apabila mendengar kata arwah datuk, lalu dia mencabar utk beradu tenaga dgn org tua tu. Tapi arwah datuk dgn coolnya berkata, "Tak payahlah..kalau kau boleh angkat kotak mancis ni, barulah sepadan nak lawan aku.."

Maka org tu pun dgn angkuhnya cuba mengambil kotak mancis tu dari atas meja makan..terkial-kial dia nak angkat tapi tak berjaya juga. Habis semua peluh jantan betina keluar tapi masih tak terangkat juga kotak mancis tu. Terkekeh-kekeh arwah datuk ketawa, sambil berkata, "Huh! kalau setakat kotak mancis tu pun tak boleh angkat macamana nak lawan aku ni..!"

Lama ditenungnya arwah datuk lalu tanpa sebarang bicara, sekumpulan samseng bintang tiga tu terus keluar dari kedai makan tu. Arwah datuk dgn tenang sekali mengangkat kotak mancis & rokok lalu pulang semula ke rumahnya. Dengan itu terselamatlah Kg. Dong daripada bahana angkara bintang tiga pada masa tu..

Ada lagi cerita kalau u all interested..kalau tak setakat ni dululahh..tq for reading..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2011 08:24 PM | Show all posts
Reply 1# kazman


    huyooOOO....hmy3:.... bagus2.... cerita dan penceritaan yg menarik..... teruskan bro....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 08:46 PM | Show all posts
teruskan bercerita
aku mmg suka kisah2 kehebatan org2 dulu semasa zaman penjajahan
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 08:52 PM | Show all posts
misterinya kat sini --> kotak mancis jadik berat ....errrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 08:52 PM | Show all posts
misterinya kat sini --> kotak mancis jadik berat ....errrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 08:53 PM | Show all posts
misterinya kat sini --> kotak mancis jadik berat ....errrrrrrrrr
medangmru Post at 24-5-2011 08:52 PM



    tidak misteri jikalau dalam kotak mancis tu ade batu seberat 500 paun...
ataupon diletakkan double side tape di bawah kotak tersebut..


tt jangan marah ye, niat bergurau je XD
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-5-2011 08:55 PM | Show all posts
Zaman Bintang Tiga bermaharajalela dulu memang sgt dahsyat. Ada mangsa yg dibunuh depan anak isteri, ada yg semua sekali sampai habis keturunan disapunya..keganasan puak bintang tiga ni tiada tolok bandingannya.

Alhamdulillah, di kg arwah datuk, takde satupun keluarga yg diancam atau yg terkena bahana puak ganas ni.

Sebabnya, org2 tua di kg tu ada ilmu. Yelah, keturunan Rawa berdarah pendekarlah katakan..Tapi diorg ni tak pulak suka mencari gaduh atau suka menunjuk-nunjuk..jauh daripada tu. Cuma ilmu itu akan digunakan apabila keadaan menjadi amat terdesak/genting sgt2 aje.

Contohnya begini, jika ada org yg berniat tak baik dtg ke kg tu, dia akan rasa sgt gelisah, takut, asyik pandang belakang aje macam ada org yg memerhatikan segala tingkah-lakunya. Akhirnya sbb tak tertahan sgt, tanpa dihalau sesiapa pun, org tu akan cepat2 kluar dr kg tu & tak akan masuk balik sampai bila2.

Pernah terjadi satu malam tu, kebetulan musim durian, adalah malaun yg nak buat duit free dgn niat mencuri & menjual durian di pekan Raub. Mungkin disebabkan org tu bkn org kg..dia tak tau yg kg tu ada 'penjaga'..

Malam tu dia pun bersedia dgn gengnya utk buat operasi..guni..ada. Tali..ada. Parang..pun ada. Keadaan kg masa tu gelap..hanya diterangi cahaya sang rembulan, sunyi sepi..al maklumlah zaman darurat dgn 'curfew' nya sekali tp diorg ni dah nekad masuk dusun durian utk mencuri buah tu.

Sebelum sempat nak ambil durian pertama, ketua kumpulan tu macam ditarik-tarik utk melihat ke arah pokok durian berdekatan..tau apa yg dia nampak?

Bayang-bayang hitam menyerupai seorang lelaki, outline bebayang tu mcm pendekar zaman dulu-kala berdiri tegak lebih krg 10 kaki tinggi.

Lantas dicuitnya kawan dia sambil berkata, "Apa tu?"

"Aaa...antuuuuu!!! Larrrriiiiii!!!!"

Maka berlarilah mereka bagai tak cukup tanah keluar daripada kawasan dusun durian kg tu.
FYI, durian kg arwah datuk mmg terkenal dgn kesedapannya yg cukup luar biasa.

Al kisahnya makhluk yg diorg nampak malam tu kononnya si Panglima Hitam. Tugasnya ialah menjaga harta benda penduduk kg daripada dicuri. Satu lagi..utk menakut-nakutkan org yg berniat tak baik di kg tu supaya dgn segera meninggalkan tempat tu..

Mcm tulah yg terjadi kpd kumpulan bintang tiga yg cuba menghuru-harakan kg arwah datukku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 09:12 PM | Show all posts
best tt...
lg2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2011 09:13 PM | Show all posts
Ingat tak cerita The Matrix bhgn 1 tu yg mana si Neo berlawan dgn Mr. Smith di penghujung babak? Dia guna tgn dia aje utk menghentikan pergerakan peluru-peluru tu. Ilmu yg sama, ada dgn org2 tua kita zaman dulu-kala. Tapi takdelah se 'dramatik' mcm tu.

Kisahnya begini..saya tak pasti sama ada benda ni terjadi kpd arwah datuk atau pd org lain..lupa dah..arwah bapak citer..

Zaman bintang tiga dulu mana ada polis lagi..keadaan amat kucar-kacir. Jadi sesiapa yg ada ilmu tu mmg menjadi harapan penduduk kg lah utk menjaga keselamatan.

Satu hari tu, ada org jahat nak rompak org kg. Sempat disapa (intervene?) org tua ni, "Kenapa ni?"

"Ehh org tua! ini bukan urusan kaulah! Berambus dari sini sebelum aku tembak kau!" jerit org jahat tu.

Dengan tenang org tua tu berkata, "Jangan macam tu. Tak elok, turunkan senjata kau tu nanti ada yg luka.."

No respon tapi ditudingnya senapang kat org tua tu dan terus ditarik picu dgn niat utk membunuh..tp apa yg berlaku?

Senapang tak meletup. Yg keluar hanyalah peluru berterabur atas tanah. Dicubanya sekali lagi. Benda yg sama terjadi. Lepas tu, apa lagi..ambil langkah seribulahh..kalau ditunggu jadi kes naya pulaklahh tak pasal2 kena penangan sebijik drpd org tua tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 09:14 PM | Show all posts
pernah baca buku Tok Awang Ngah dulu pasal kisah seekor harimau yg menjadi penjaga sebuah kampung
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 09:16 PM | Show all posts
seronok.... story ade kelainan~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2011 09:22 PM | Show all posts
tidak misteri jikalau dalam kotak mancis tu ade batu seberat 500 paun...
ataupon di ...
abdulariff Post at 24-5-2011 20:53



    hehehe! tak marah pun..tu yg jadi misterinya sebab lepas org jahat tu blah, arwah datuk dgn selambanya mengambil semula kotak mancis & rokok dia masuk balik ke dlm poket baju melayu dia..dan balik. Masa tu mana ada double sided tape ...kalau batu pun..seberat 500 paun.. hah..kuat betulla arwah datukku tu ya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2011 09:30 PM | Show all posts
Reply 10# immortallez


    Pernah juga baca..tapi tu harimau kann. Di kg arwah datuk pun ada juga. Yg nih berlaku pd arwah bapak saya. Masa tu dia kecik lagi umur dlm 10++ thn gitu..

Rumah org di kg tu biasanya bertiang. Maknanya ada ruang di bawah rumah utk berehat & disediakan pangkin utk tujuan itu. Ada satu malam tu, arwah bapak saya terdengar suara pak belang menderam-deram kt bawah rumah lalu dgn "innocent" nya dia tanyalah arwah pak dia..terus org tua tu kata, "Tak de apa-apalah tu..gi tidur. Dia dtg nak tanya khabar aje tu." Maka berkerutlah dahi arwah bapak sbb tak paham apa maksud ayahnya ckp nak tanya khabar tu..tapi bila nak tanya lagi terus arwah mak dia buat "signal" suruh diam aje..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 09:34 PM | Show all posts
sambung la lagi cerita...Nasib baik arwah atuk awk dapat cerita pengalaman dia pd awak.Dapat saya membacanya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 09:38 PM | Show all posts
Reply 13# kazman


ya, harimau. tapi bukan harimau yg biasa tu...lebih kepada harimau jelmaan
org kampung gelarkan harimau jelmaan Tok Segaga kalau tak silap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2011 09:42 PM | Show all posts
Reply 14# zuraida8177

Tak sempat..semua cerita tu arwah bapak saya yg bagitau..saya hanya sempat menikmati kasih-sayang arwah datuk selama 7 tahun aje sebelum dia meninggal dunia akibat sakit tua..teringat dulu-dulu kalau arwah bapak tak sempat bg duit belanja, saya akan mengecek arwah datuk..dan selalunya org tua tu akan bagi seringgit. Zaman tu, seringgit agak besarlah nilai dia bkn mcm skrg ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2011 09:48 PM | Show all posts
Reply 15# immortallez

Ooo..baru tau nama dia tu..Tok Segaga rupanya ya. Zaman dulu kalu org kg nak berjln jauh, tak perlu naik bas/kereta. Jika ada urusan penting, diorg akn naik harimau jelmaan tu. Rasanya ada diceritakan dlm kisah Bercakap Dgn Jin, karya Tamar Jalis.

Arwah datuk saya selalu ke Kuala Kubu Baru dgn berjln kaki aje. Balik hari. Zaman tu mana ada teksi/kereta pun tak banyak lg. Tp org tua tu boleh ke sana..uruskan tu ini..dan balik in time utk makan malam..bila ditanya naik apa..dia senyum aje..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 09:58 PM | Show all posts
TT, ingat tak atuk Tamar Jalis kalau nak berjalan jauh dia naik 'harimau' dia tu
rasanya harimau tu bukan berjalan/berlari mcm harimau biasa
tapi kan... org2 bintang 3 ni kalau dia tak dpt nak kenakan/dorang dendam kat seseorg tu, kdg2 keluarga org tu yg jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 09:59 PM | Show all posts
wah! menarik citer tt.. teruskan berkarya... tima kasih!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 10:04 PM | Show all posts
silalah sambung wahai TT.. zad memang suka cerita pasal orang2 tua dulu lebih-lebih lagi yang melawantentera Jepun ke ataupun kominis....

Best TT lagi...lagi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.136555 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list