CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kazman

Pengalaman Arwah Datukku semasa Bintang 3 bermaharajalela

    [Copy link]
Post time 27-5-2011 04:34 PM | Show all posts
nenek aku sempat lg survive zaman jepun.  ingat lg arwah nenek aku time tu umur belasan tahun, baru 12 thn kot, baru je period terus je dikahwinkan. sbb takut kene kacau ngan tentera jepun yg giler seks time tu. errr  statement racistkah ini? harap2 bukan...

tp perasan tak kalau dalam kebun jalan2 kan kekadang bleh terjumpa lubang kecik mcm lubang perangkap je. nk kata kolam air wat siram pokok2 bukanla plak, sbb kecik je muat2 utk org sorg.  ikut citernye lubang2 tu dulu dibuat utk nyorokkan anak dara dari tentera jepun. zaman tu pun radio diharamkan, ramai org kampung simpan radio dalam gubuk beras kalau tentera jepun dtg ambush.  pastu yg lawaknye kan, nenek aku citer yg tentera jepun zaman dulu suka rampas basikal org kampung. pendek kata sape2 ade basikal tu mmg putih mata la tgk basikal diamek org...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2011 08:59 PM | Show all posts
Reply 96# immortallez

Ohh..dah takde dah rupanya..byk benda dah berubah kan? Arwah bapak saya ni dgn pasar chow kit tu tak boleh dipisahkan wpun dah pindah jauh..dia tetap nak gi sana utk shopping padahal byk pasaraya keliling tempat tinggal dia tu.
Klu u all sebaya ngan saya ni tentu ingat tapak lama sblm ada SOGO tu dulu diorg buat pasar tani dlm era sekitar '85-86..kitaorg slalu gak pergi sana utk beli sayur2 & buah2an. Kekadang tu dpt buah hutan & pisang awak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2011 09:11 PM | Show all posts
Reply 101# annehuda

Betul tu! Arwah nenek saya pun ada cerita bgmana dia disorokkan tp bkn dlm lubang..kt loteng rumah (attic)..dipakaikan baju lelaki & jadi mcm tomboylah..semata2 nak elak dr diganggu askar jepun. Org2 tua masa tu selalu amalkan surah yasin ayat ke 9 nak 'lindung' rumah dr diserbu askar jepun. Masa zaman BT pun mcm tu jugak.
Alhamdulillah, kehidupan arwah datuk & keluarga zaman jepun dulu tak sesusah mana. Tanaman tetap menjadi, masih lagi boleh makan nasi sbb dpt bekalan drpd 'seberang jalan'..nasi yg ditanak dr sana tu lain drpd yg lain..letak sikit je (segenggam)tp boleh makan satu keluarga dlm 5-6 org gitu. Arwah datuk selalu masuk hutan gi berburu dan tak pernah balik dgn tgn kosong. Ada je hasil dia. Masa zaman jepun dulu dia jadi penjual daging lembu/kerbau so keluarga diorg tu dpt makan daging selalu..Arwah bapak saya suka sgt 'anu' kerbau/lembu tu klu digoreng..tp saya tak pernah nak cuba..sbb geli sgt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2011 09:17 PM | Show all posts
Reply 94# ogata

Wah..ilmu apa yg datuk u amalkan sampai boleh buat BT bg mcm2 ya..mmg tak dinafikan ada geng BT ni yg baik mcm tu. Tp kebykannya ada sifat berdendam & sewaktu peninggalan askar jepun diorg ambil kesempatan utk balas dendam..yg sedihnya kekadang tu yg tak bersalah pun jd mangsa sbb phd (penyakit hasad dengki).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2011 09:55 PM | Show all posts
Arwah datuk saya pernah tinggal bersama kami selama beberapa bulan sebelum dia meninggal dunia. Dulu kami pernah tinggal di kuarters kerajaan rumah banglo besar dekat istana hinggap negeri sembilan..klu nak tgk tempat tu skrg ni dah jadi pusat karyaneka..
Masa dia tinggal bersama kami, mcm2 benda pelik berlaku. Yg saya ingat lagi ialah selalu kedengaran suara2 bercakap tp takde org. Ada yg pernah tegur saya (masa tu umur dlm 4-5 thn) menyebabkan saya selalu demam teruk akibat terkejut. Mmg saya dulu penakut ya amat..Bila dengar aje suara2 tu, saya akan menjerit, berlari ke arah arwah mak & peluk dia kuat2..ngeri sgt..sbb ikut akal logik..klu ada suara mesti ada badan/org kann..ni takde..pulak tu ckp/hembus dkt2 telinga kita. Mana tak seriau!
Akhirnya saya pun berubat dgn arwah datuk. Dia 'tutup'kan pendengaran saya drpd sensitif kpd suara2 tu. Lagi satu, saya tak pernah nampak pun entiti. Mungkin sejak baby lagi mata ketiga tu dah ditutup. Arwah bapak saya pernah bgtau dulu masa saya umur 4 bulan, arwah mak saya perasan mata saya merah menyala..terus arwah bapak jampi & buat supaya mata saya kembali normal.
Kami pernah terima tetamu yg tak nampak dek mata kasar masa duduk di banglo tu. Camana saya tau? Masa tu perabot kuarters kerajaan dibuat drpd rotan dan kerusi dia berkusyen..so nampak jelas kusyen tu berlekuk tp takde org..masa tu tgh hangat kisah tv 'the invisible man' yg boleh jd halimunan dgn cara menekan jam tangan dia..jadi arwah bapak saya bgtau..tulah orgnya..saya pun yg lurus bendul ni percayalah..jd takdelah takut sgt pun..bangga adalah sbb saya sangka hero dlm cerita tu dtg bertandang ke rumah kami..
Arwah bapak dgn arwah datuk boleh tahan bersembang sampai ke awal pagi dgn tetamu tu..saya, arwah mak & adik beradik semua dok kat tingkat atas buat hal masing2..tak mau campur apa yg berlaku kt bawah..sebenarnya arwah mak saya ni pun takut jugak..dia jenis lemah semangat & selalu jd mangsa kena rasuk masa kami dok rumah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 11:47 AM | Show all posts
Reply  Fieza-mira

Saya tak marah punn..sebenarnya saya lagi suka klu Fieza-mira & para forumer ...
kazman Post at 27-5-2011 09:05



    Thanks TT kerana beri laluan......

Saya nak cerita kisah datuk saya zaman muda dia iaitu sebelum zaman Jepun (tahun 1930-an). Kampung kami kat area Gua Musang, Kelantan sana.

Dulu2 orang2 cina dari tanah besar ni dah datang ke Tanah Melayu, lepas tu diorang buat kem jauh dalam hutan. Diaorang ni jenis tak campur dgn orang kampung. Entah apa diorang buat kat dalam hutan kita tak tahulah....mungkin membalak secara haram kut....lepas tu diorang macam ahli kumpulan kongsi gelap cinalah.

Adalah satu hari tu sorang dari group cina ni keluar dari hutan dan masuk kampung atuk saya. Dia tak reti cakap melayu so, komunikasi pakai bahasa isyarat sajalah. Dia ajak atuk saya dan kawannya pergi tangkap ikan kat sungai. Atuk saya & kawan dia pun ikutlah cina tu. Rupa2nya cina tu ada bawak bom tangan dan dia nak bom ikan. Masa dia nak letupkan bom tu, tiba2 bom tu meletup kat tangan dia sebelum sempat dibaling ke sungai.

Apa lagi....tangan dia pun cedera teruklah....tak tahulah putus ke apa. Atuk saya dan kawan dia nih pun tolonglah cina tu bawa balik ke kem dia nun jauh kat tengah hutan sana. Sampai kat kem tu orang2 dia pun kerumunlah cina tu. Diorang semua tak tahu cakap melayu dan atuk pun tak tahu cakap cina.

Tak tahulah apa yang cina tu bagitahu kat orang2 dia....tapi atuk saya dan kawannya tengok cina2 kat situ dah tunjuk muka bengis dan pegang parang macam nak tetak atuk saya dan kawannya. Diorang mula kepung atuk saya dan kawannya dengan parang. Atuk saya dah mula pucat dan rasa ditipu....dia syak cina tu tak bagitahu perkara sebenar dan tuduh atuk saya & kawannya yang cederakan dia. Atuk saya nak cerita perkara sebenar tapi tak boleh komunikasi.

Dalam keadaan genting tuh, tiba2 munculah ketua diorang tanya apa kecoh2 nih. Ketua diorang datang menghampiri atuk saya dan kawannya nak bertanyakan hal.....apa lagi, secepat kilat atuk saya tangkap leher ketua tu sambil acukan parang ke leher ketua tu. Dia pun ada bawak parang selit kat pinggang. Dengan bahasa isyarat atuk saya & kawannya mengarahkan orang2 cina tu bagi laluan atau ketua dia mati!!

Kumpulan cina tu pun takut ketua dia mati, lalu bagi laluan kepada atuk saya & kawannya melepaskan diri. Atuk saya heret ketua cina tu hingga ke pinggir kampung bila agak2 dah selamat baru dia lepaskan ketua cina tu balik ke kem dia....kalau dia tahu nak jadi begini patutnya dia biarkan saja cina tu mati kat tepi sungai tu tak payah bersusah payah tolong hantar balik ke kem dia yang bukan main jauh ke dalam hutan sana....ini jenis orang yang tak patut di tolong!!:@:@

Semenjak tu dia serik berkawan dengan diorang nih sebab jenis tak boleh dipercayai.....

Sorry....takde yang mistik kat cerita nih, cuma adalah sikit pelajaran iaitu hati2 memilih kawan, buat baik berpada2 dan jangan mudah panik bila dalam kecemasan.....hehehehhe.....

P/s: Kat sini saya merujuk kepada orang dan bukan bangsa yer....jangan ada yang nak meratib racis pulak kat sini.....harap maklum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2011 09:16 AM | Show all posts
Reply 104# kazman


    yg tu sy pn xtahu..sbb datuk kata time tu mrk dlm lingkungan 9-10thn..mungkin datuk sy bnasib baik dpertemukan dgn BT yg baik2..sbb datuk sy sgt discriminasi dgn BT krn mdpt layanan yg baik mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 10:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by balkish at 31-5-2011 09:08
Reply  annehuda

Betul tu! Arwah nenek saya pun ada cerita bgmana dia disorokkan tp bkn dlm luban ...
kazman Post at 27-5-2011 21:11



ayat dr surah Yaasin tu nenek saya mmg amalkan sejak dia mendapat mimpi didatangi seseorg supaya mengamal ayat tersebut....
sekarang saya mmg amalkan baca ayat tu kemana2 dan dimana2 especially dlm umah dan nak keluar rumah.....
InsyaAllah dilindungi ALLAH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2011 03:29 PM | Show all posts
Reply 108# balkish

ayat ke brp ek??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 07:11 PM | Show all posts
Reply 109# e_0ne


    Surah Yasin ayat ke 9 yg mula dgn "Waja'alna min baini aidihim saddam wamin khalfihim saddam.."
Pesan arwah nenek saya amal ayat ni selalu supaya Allah lindungi kita drpd pandangan org yg ada niat tak baik terhadap kita..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 07:30 PM | Show all posts
Cerita peristiwa 13 Mei pulak..

Arwah datuk saya ada ilmu yg dipanggil "penggerun" - ilmu ni jika diamalkan, menyebabkan musuh berasa gerun yg amat sgt & tak mampu bertentang mata dgn kita. Itu yg ekstrem..yg "mild" sikit jika kita nak hadiri temuduga, insyaAllah, penemuduga tu akan rasa kesian kt kita & tanya pun soalan2 yg senang nak dijawab..
Masa tu arwah bapak saya kerja di Angkasapuri & tinggal di Setapak. Hari berlakunya peristiwa tu, dia nak balik rumah dr pejabat..tapi terperangkap kt Jln TAR..dia tak panik & teringat pesan arwah ayah dia supaya amalkan ayat tertentu..
Masa tu keadaan huru-hara dgn pergaduhan, rusuhan, anggota polis & askar di mana-mana..bayangkan arwah baapak saya bawak kereta volvo 122s dia tu melepasi semua kawasan kritikal tanpa ditahan polis/askar..asal sampai checkpoint aje dia angkat tangan & org yg jaga tu akan lepaskan dia aje ..mungkin jugak sbb diorg nampak dia melayu & ada stiker angkasapuri kot..ataupun..ilmu tu menjadi.
Dia nampak bagaimana gensgter cina bergaduh dgn samseng melayu dan setiap kereta yg lalu pasti kena baling kayu/batu tapi kereta dia mcm  halimunan..tak ada kesan apa pun. Keadaan mcm tu menyebabkan dia terperangkap & tak dpt pulang ke Setapak sbb polis nasihatkan dia supaya patah balik ke pejabat & dok situ sampai line clear..masa tu dia dah sampai kat dgn kg pandan..akhirnya dia buat keputusan bermalam di rumah arwah mak saya (masa tu diorg baru je bertunang)..maka tinggallah dia kat situ dekat seminggu lamanya.
Akhirnya tibalah masa dia nak balik semula ke Setapak..sampai je kat rumah tu dia ditahan sekumpulan gengster cina yg menyuruh dia keluar dr kereta..dia pun keluarlah..tapi yg bestnya bila dia keluar aje..
Semua gengster yg ada kt situ tunduk & tak mahu pandang muka dia. Mana yg pegang belantan/kayu/parang terus berundur & beredar..ada seorang tu yg berani berhadapan dgn arwah bapak saya bertanya, apa ilmu yg dia pakai sampai kawan2 dia semua menikus & tak mahu berlawan dgn arwah bapak..
Arwah bapak tak jawab soalan tu tp dia tanya balik boleh tak dia teruskan perjalanan..org tu bg lampu hijau & terus biarkan aje arwah bapak memandu keretanya meninggalkan tempat tu..
Kereta di belakang arwah bapak tak bernasib baik sbb diorg tu mcm lepaskan geram terus dibantainya cermin kereta & ditarik org tu keluar lalu dibelasah beramai-ramai..arwah bapak bersyukur krn rterlepas drpd keadaan genting tu..klu tak takdelah saya menaip benda ni dlm forum ni..hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 09:14 AM | Show all posts
nenek saya pon bercerita bagaimana keadaan masa 13 Mei....
ade satu kejadian yg mana nenek dah arwah datuk dlm perjalanan pulang ke Ampang dgn kereta...
mereka bakal menempuh halangan dr samseng2 cina....kedua2 nenek dan arwah ddatuk mmg berkulit agak gelap, maka tiimbul idea yg mana mereka terpaksa menyamar jadi org india, langsung dilepaskan...selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 06:20 PM | Show all posts
salam semua...cek in...menarik crita lama2 nih...aku plak xdak crita,yg aku taw time jepun dlu atok aku kene paksa jadi cikgu bahasa jepun kt sekolah dia mengajo dlu,tak pasal2 kne tuduh tali barut japang...tpi idup org kg aku x susah sgt...pasal rmai jgk org yg berilmu kt sane...crita pasal pedang terbang pon ada dengo tapi x brape ingat,yg pasti ia kepunyaan seorg bomoh,smpai skrg  pedang itu sisimpan cucu nyer..cucu dia aku knal pasal keje dgn paksedare aku..dia & mak dia pun seram duk umah arwah atok dia mlm2 slalu kene kaco,klu mlm2 balik pas mrewang slalu jumper ular duk tunggu dia kt lauan ke umah dia tu jek crita aku

sila humdate tuan rumah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 03:33 PM | Show all posts
bela jin le tu gamaknye..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 05:31 AM | Show all posts
Kita semua sedia maklum zaman penghujung 40an memang ramai org susah..rompak sana sini, bunuh, culik ...
kazman Post at 24-5-2011 23:13

Tak payahlah belajar ilmu ni..zaman korang dah lain dah tak pakai dah ilmu ni..kelak akan menyusahkan korang juga.."

   
ye la org dulu dulu memang mcm tu...dia taknak ilmu yang baik itu disalahgunakan kot..sama la dgn i..dua dua datok belah mak ayah meninggal tak tinggal satu pun warisan kat ayah/mak saya...walaupun berupaya beraksi ala ala matrik tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 07:18 AM | Show all posts
Tak perlulah ilmu pengerun atau imu apa2. rahsia utk hadapi temuduga, nak suh orang lembut hati, nak suh orang cpt bayar hutang, tgh hadapi musuh tletak pada ayat al Quran

Hasbunallahu wa ni'mal wakil
Cukuplah Allah bagiku; Tidak ada Tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dialah yang memiliki A'rsy(singgahsana) yang agung. (At-Taubah 9:129)

ayat yang Rasulullah bace yang myebabkan pedang2 musuh Rasulullah jatuh ke tanah ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 09:49 AM | Show all posts
atuk aku pun ada keris terbang kot.  dulu masa arwah atuk meninggal, ada keris2 yang dia tinggalkan, tapi x sebut pun nak bg siapa. so malam tu, pak cik2 aku ikat keris tu guna benang bg dia berdiri, pastu kena tanya dia, dia nak ikut siapa. nak ikut yang sulung ke, pastu dia gerak2 sendiri maknanya dia x nak kot. masa tu aku kecik lg, mak pun x bg tgk sgt. aku nampak sipi2 je. takut tgk keris berherak sdiri
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:38 AM | Show all posts
wow thanx for the stories

hope lepas ni ade lagi

mmg best
terimbau kenangan sewaktu zaman kanak-kanak
rindunya

sekarang serba serbi lain
hati pn tak tenang
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:46 AM | Show all posts
Reply  immortallez

Ooo..baru tau nama dia tu..Tok Segaga rupanya ya. Zaman dulu kalu org kg nak berjln jauh, tak perlu naik bas/kereta. Jika ada urusan penting, diorg akn naik harimau jelmaan tu. Rasanya ada diceritakan dlm kisah Bercakap Dgn Jin, karya Tamar Jalis.

Arwah datuk saya selalu ke Kuala Kubu Baru dgn berjln kaki aje. Balik hari. Zaman tu mana ada teksi/kereta pun tak banyak lg. Tp org tua tu boleh ke sana..uruskan tu ini..dan balik in time utk makan malam..bila ditanya naik apa..dia senyum aje..
kazman Post at 24/5/2011 21:48



   pasal kotak mancis tu memula ingat BT tu hantu...macam casper..tu sbb tak dapat angkat kotak mancis...

anyway, harimau jelmaan tu ade banyak ke
sbb kalo sekor susahlaa nak bawak orang kg reramai g destinasi yg diorang nak pegi
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 12:04 PM | Show all posts
Keesokan harinya baru kisah sebenar terbongkar..ada sorg mamat ni yg lurus bendul join solat diorg mlm tu. Kebetulan masa dia join, lampu gas terpadam..jadi dia buat tak kisahlah..dia ingat org lain tau yg dia jadi makmum keenam..dahlah suara garau ala darth vader siapa yg tak kecut perut dgrkan?
kazman Post at 26/5/2011 22:20


kahkahkahhhh....yang ni lawakkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.073501 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list