CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4593|Reply: 53

Masalah kelemumur, jerawat, batuk dan sakit tekak pun nak pegi wad kecemasan

[Copy link]
Post time 26-5-2011 10:30 AM | Show all posts |Read mode
'Mengadu tak kena tempat'

Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my
2011/05/26

Ramai pesakit bukan serius salah guna unit kecemasan di hospital

SUNGAI BULOH: Kelemumur, jerawat, gatal-gatal, batuk atau sakit tekak antara masalah yang dirujuk lebih 70 peratus pesakit tidak kritikal yang didapati menyalahguna perkhidmatan Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital kerajaan di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata peningkatan jumlah pesakit yang menyalahguna kemudahan berbanding 50 peratus pada 2008 menyebabkan tempoh masa menunggu agak lama untuk mendapat rawatan di jabatan berkenaan.

Tegas beliau menjadi dasar hospital kerajaan tidak menolak kehadiran pesakit yang memerlukan rawatan namun kes bukan kecemasan sedemikian mengganggu kelancaran perkhidmatan terhadap pesakit yang benar-benar memerlukan rawatan segera.

“Sebenarnya kita tidak menolak kehadiran pesakit, tapi mereka terpaksa menunggu agak lama sebelum mendapat rawatan kerana kakitangan hospital memberi tumpuan kepada kes serius seperti serangan jantung atau kecederaan parah yang memerlukan pembedahan.

“Oleh itu, mereka dinasihatkan mendapat rawatan di klinik kesihatan berhampiran seperti Klinik 1Malaysia yang diwujudkan untuk mengurangkan masa menunggu bagi kes bukan kecemasan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Hari Kesedaran Kecemasan Hospital Sungai Buloh (HSB), di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah HSB, Dr Khalid Ibrahim dan Ketua Jabatan Kecemasan HSB, Dr Sabariah Jamaluddin.

Sementara itu, Rosnah menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah panggilan palsu yang diterima perkhidmatan talian kecemasan 999.

Data diperoleh daripada Telekom Malaysia Bhd mendapati daripada 22.92 juta panggilan kecemasan diterima dari Januari tahun lalu hingga April lalu, 65 peratus adalah panggilan palsu.

“Keadaan ini membimbangkan, ia memberi kesan negatif terhadap sistem perkhidmatan kecemasan kerana kebanyakan panggilan tulen diterima memerlukan rawatan segera,” katanya.

Mengulas Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1Care bagi meningkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif, Rosnah berkata pihaknya masih dalam peringkat kajian sebelum skim itu boleh dilaksana sepenuh pada 2020.

“Sekarang kajian masih di peringkat tahap pertama daripada empat tahap yang perlu dilalui termasuk mendapat maklum balas pelbagai pihak antaranya awam dan sektor swasta.

“Objektif skim ini adalah untuk memastikan golongan tidak berkemampuan mendapat rawatan percuma serta perkhidmatan rawatan sempurna pada masa depan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2011 10:34 AM | Show all posts
mungkin doktor2 kat tempat kecemasan tuh ensem2, cun2 blaka...  


who knows
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 10:44 AM | Show all posts
betapa bahlol punya pesakit...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 10:47 AM | Show all posts
Masa aku eksiden haritu, tunggu punyalah lama masuk pukul dua, pukul enam baru keluar. Kes camni lah. Batuk pun pegi hospital.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 10:55 AM | Show all posts
org yang pentingkan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 10:58 AM | Show all posts
masa eksiden motor kat melaka dulu..muka berdarah sket....

nurse cun lembut jer bersihkan darah...gue tanye "ada parut tak nnt?"

nurse cun lembut jawap lemah lembut" sket jer luka nie...ensem lagik nieee"

perghh..sejuk hatii.....

ps:tak berkaitan dgn tajuk.haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2011 11:00 AM | Show all posts
mcm ni pn ade ke... aiseh....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 11:10 AM | Show all posts
sebelum ni memang pernah keluar kat thestar yang sorang makhluk ni merungut disebabkan lambatnya dia dilayan di spital gomen. padahal dia masuk emergency ward. dia blame doctor la nurse la.
padahal sebenarnya makhluk2 selfish ni la yang buatkan lambat. bingai :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2011 11:13 AM | Show all posts
memang pun..pengalaman TH pegi anta kawan eksiden/emergency kat Hospital Kajang, Putrajaya & Hospital Ampang..ada je yg sakit2 mcm selsema, demam ngan batuk2 pun nak pegi hospital..pegi jela Klinik Kesihatan :@
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 11:18 AM | Show all posts
kan ker rakyat malaysia ni berpendapatan tinggi. masih mampu untuk dapatkan rawatan di klinik-klinik swasta...

kalau demam2 biasa tu, pegi je lah klinik swasta kalau tak tahan. kena pulak hujung minggu klinik  gomen tutup. kalau nak jugak klinik gomen, tunggu jelah hari kerja. kul 6.30 bleh bratur ambik nombor Q.

kulit gatal2, pegi jelah beli ubat kat farmasi time ofis hour. ade jer farmasist yg boleh bagi nasihat n ubat yg betul
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 11:21 AM | Show all posts
ini lah mentaliti low class dunia ke 3 kan?

gimana ingin jadi negara maju jika rakyat nya rata2 takuk pemikiran di zaMAN orang asli tinggal atas pokok lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 11:22 AM | Show all posts
lain kali kalo sakit dtg klinik swasta.tk de nye doktor nk mrah2.cm ade sorang mak cik tu bwk anak pi klinik sebab anak die kene gigit semut api...sekor je gigit..sapu minyak dh la!amik kene caj rm20!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 11:25 AM | Show all posts
mengikut pemerhatian aku mostly doctor2 yang kat ED ni memang ensem2 dan lawa...mungkin diorang suka pegi situ walaupun sakit biasa2 je
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 11:25 AM | Show all posts
memang betul.... demam ngan batuk biasa pon nak gi kecemasan..... lainlah lembek suhu dah tinggi sengah mati... bila dah selalu terima pesakit camnih dia jadi habit la... selsema pon sibuk nak gi kecemasan....:re:
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 11:27 AM | Show all posts
masa eksiden motor kat melaka dulu..muka berdarah sket....

nurse cun lembut jer bersihkan darah.. ...
tuah_r Post at 26-5-2011 10:58


patutlah skrg diaorg duk ambik staf yg cantik2 hensem2 kurus2 jeeee....ade sebablah tuh...
tp akibatnyaa....mcmane org yg x cantik, x hensem , gemuk nak masuk kejeeee sepital....ade yg frust disebabkan syarat2 tuh.....if dah byk keje buat syarat mcm tuh...abihnye nanti, tinggallah yg x cantik, yg x hensem, yg gemuk ramai menganggur....baik awal2 kerajaan campak je diaorg dlm hutan....ape daaaaaa....hehehe..lari dr topik sat....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 11:37 AM | Show all posts
patutlah skrg diaorg duk ambik staf yg cantik2 hensem2 kurus2 jeeee....ade sebablah tuh...
tp a ...
umarmursyid Post at 26-5-2011 11:27



    ala makcik nurse yg garang2 celupar tuh dulupon cun lembut jugak.... tp bila dah start jadi senior mulalah belang naik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2011 11:57 AM | Show all posts
ala makcik nurse yg garang2 celupar tuh dulupon cun lembut jugak.... tp bila dah start jad ...
cmf_rambutan Post at 26-5-2011 11:37


diaorg lg garang n celupar kt org2 yg duk wad kelas 3....macamlah yg duk kelas 3 tuh semuanye merempat tepi jalan.....cakap main sedap mulut je....hehehhehe....aku off topic td, sbb skrg nih kan syarat nak keje kat sepital, semuanya nak yg cantik2,hensem2 n kurus2....kesianlah kt yg x cantik, x hensem n gemuk nih....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 12:00 PM | Show all posts
masa eksiden motor kat melaka dulu..muka berdarah sket....

nurse cun lembut jer bersihkan darah.. ...
tuah_r Post at 26-5-2011 10:58



    dlm hati siapa yg tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 12:01 PM | Show all posts
dlm hati siapa yg tahu..
epysha Post at 26-5-2011 12:00


hoitt,...kasi chance sket lah kat aku...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 12:19 PM | Show all posts
masalah kelemumur yang tak tahan tuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.093002 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list