CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10389|Reply: 45

Yuna duta Maybelline??

[Copy link]
Post time 10-6-2011 04:51 AM | Show all posts |Read mode
Yuna Kini Dilamar Produk Kosmetik Antarabangsa




        KL, 9 JUN 2011: Entahlah, keliru juga Murai Batu dibuatnya dengan pemergian Yuna ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Yuna ke sana sebab nak merakamkan album terbarunya ke atau kerana mahu memenuhi janji temu sempena  perlantikannya sebagai duta baru bagi produk kecantikan antarabangsa?
        Walau apapun, setahu Murai Batu, Yuna adalah antara penyanyi muda masa kini yang sedang hangat dan laku seperti pisang goreng panas. Pelbagai permintaan demi permintaan menghujani diri Yuna. Bravo kepada pihak pengurusan Yuna dan bakat semula jadi yang ada pada gadis ini.
        Jadi tak hairanlah, walaupun di mana juga Yuna berada, tawaran dan permintaan pasti akan singgah ke dirinya. Khabarnya, selepas pulang dari AS, Yuna sekarang sedang sibuk menjalani penggambaran bagi kempen terbaru jenama kosmetik antarabangsa berkenaan.
        Kalau tak silap Murai Batu, pengumuman Yuna sebagai duta atau wajah produk berkenaan akan diumumkan tidak lama lagi.
        Murai Batu tumpang bangga lagi gembira dengan pencapaian Yuna. Mana tidaknya, setahu Murai Batu belum pernah artis bertudung litup dipilih bagi menjayakan kempen kecantikan produk kecantikan kesukaan ramai itu.
        Kalau tak silap Murai Batu juga, beberapa jelitawan tempatan apatah lagi antarabangsa pernah menghiasi papan iklan bagi jenama kosmetik berkenaan dan apabila melihat kembali senarainya, alamak bukan calang-calang ya.
        Yuna nampaknya cukup bertuah kerana tersenarai dalam lingkungan mereka. Ini membuktikan, walaupun dia bertudung, itu bukanlah alasan untuk Yuna tidak terus di pilih oleh jenama kecantikan antarabangsa yang sememangnya popular di kalangan wanita segala peringkat usia.
        Tak sabar pula Murai Batu nak menunggu macam mana agaknya hasilnya kempen atau iklan Yuna itu nanti.
        Khabarnya juga, Yuna tidak sendirian. Seorang lagi selebriti wanita tempatan turut dipilih untuk tujuan yang sama. Bagaimanapun Murai Batu tak pasti siapakah dia.
        Murai Batu: Pernah Murai Batu terdengar suatu ketika dulu, seorang penyanyi wanita senior ditarik balik penyertaannya bersama sebuah produk kosmetik antarabangsa, hanya kerana kulit wajahnya yang sawo matang. Adakah patut?

mungkinkah??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2011 07:44 AM | Show all posts
oooo.. maybeline ye. dgr gak dlm berita pg td ckp jenama kosmetik antarabangsa. hbs tu LJ apa citer. sblm ni dia kan?

pastu yg artis senior tu sapa? cian dia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 08:03 AM | Show all posts
Murai Batu: Pernah Murai Batu terdengar suatu ketika dulu, seorang penyanyi wanita senior ditarik balik penyertaannya bersama sebuah produk kosmetik antarabangsa, hanya kerana kulit wajahnya yang sawo matang. Adakah patut?


aku interested nk tau yg nih...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 08:13 AM | Show all posts
tahniah je la klu betul...........
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 08:19 AM | Show all posts
V la aku rasa. aku teka je
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 08:34 AM | Show all posts
macam mek jena jek...mek jena dulu guerlain..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2011 08:50 AM | Show all posts
Murai Batu: Pernah Murai Batu terdengar suatu ketika dulu, seorang penyanyi wanita senior ditarik balik penyertaannya bersama sebuah produk kosmetik antarabangsa, hanya kerana kulit wajahnya yang sawo matang. Adakah patut?...
kerill Post at 10-6-2011 04:51



    Kak Jena Jeng kah?
Yg kulit kelabu asap ni... Ning pon ya gak... iklan olay ke apa
Dayang pon ya.. dulu ngan Za kosmetik
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 08:53 AM | Show all posts
maybeline tukar org pun ok jah...rimas dgn LJ jd duta.....tk lawaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2011 11:11 AM | Show all posts
kalau betul tahniah YUNA!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:15 AM | Show all posts
cam tak sesuai jah si cekeding nih..baik amik Fasha Sandha semula
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:25 AM | Show all posts
cam xsesuai jerk....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:28 AM | Show all posts
dayang dgn ZA tu lama gak kn? laku n popular kejap produk tu...aku speku ziana zain & loreal...ada sekejap ziana dgn loreal ari tu, tp kejap jek...yg menten maya karin jek
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:28 AM | Show all posts
so wat happen to liyana gedik tu??
mek rasa cam x setuju je amek yuna jd duta maybeline..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:41 AM | Show all posts
ermm....yuna dgan maybeline...okla..dia nak promote produk tue kat org pakai tudung plak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 01:52 PM | Show all posts
dah rejeki dia .. alhamdulillah jelah
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 02:03 PM | Show all posts
macam tak sesuaii sangat, tapi dia tgh popular skang of coz lah product2 ni nak jadikan dia duta.
anyway gud strike!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2011 02:24 PM | Show all posts
macam tak sesuai, tapi aku lagik rela tengok Yuna dari LJ
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 03:57 PM | Show all posts
rezeki yuna...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 04:24 PM | Show all posts
Reply 17# cik.panda


    haah...aku pon nk gune ayt yg same mcm ko...lebih rela tgk yuna dr LJ budak darjah 1 ....seriously aku xpenah tgk pon iklan LJ jd duta maybeline...kalo kt katalog or flyers tu ade la...mcm x gah je...kate duta....pastu kan slalu kalo jd duta ade sesi bertemu peminat kan...promote produk...LJ xde pon (or mayb sbb aku x minat dia kot so aku x ambik taw )...well 1 pencapaian yg bagos utk retis bertudung kalo btol yuna terpilih...x penah kot tgk retis bertudung jd duta kosmetik...ke ade yg aku tertinggal...........tapiiiiiiiiiiii jap.....kalo produk FOLLOW ME tu kire produk kosmetik x???? sbb yuna br launch perfume dia ngan follow me
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 04:31 PM | Show all posts
Reply 19# murasaki

klu artis bertudung, heliza helmi duta garnier kan? ke bkn duta produk tp cuma berlakon iklan je sbnrnya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.083912 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list