CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kairouseki

1001 cerita - kisah dan teladan perawat islam (Update 21/11/2014)

  [Copy link]
Post time 1-7-2011 03:08 PM | Show all posts
sila sambung lagi............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 03:42 PM | Show all posts
Best ah cara ko cite, direct jek. Ko ubat orang, takde kene uji ke dengan bomoh yang aniaya orang tue?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 08:21 PM | Show all posts
Reply  mes3


   Terima kasih kerana membaca... Setiap yg baik tu dtg dari Allah yg buruk tu dar ...
kairouseki Post at 30-6-2011 03:03


Ya, betul tu. Bukannya senang kita nak mengamalkan pengubatan secara Islam ni. Rohani mesit kuat oleh itu sebenarnya pada saya akidah dan keyakinan yang tinggi terhadap Allah swt itulah kuncinya dengan lain perkataan iman, amal dan ikhsan bukan sekadar dibibir sahaja mesti betul-betul dijadikan amalan diri kita. Wallwah hu alam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 08:29 PM | Show all posts
Untung TT ada yang menunjuk ajar sedangkan saya tak ada sesiapa yang dapat dirujuk. Saya bermula menghalau jin dan syaitan dari tubuh badan manusia adalah disebebakan tidak ada lagi tempat mengadu apabila anak saya sendiri ada seorang nenek (tak nampak) mahu mengikutnya.... disitulah mulanya saya mengamalkan pengubatan cara Islam ini dengan sering kali melakukan solat hajat dan kemudiannya seolah2 saya didorong untuk melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini yang memakan masa yang agak lama dan dalam pada itu banyak yang saya tempuh sehingga kekadang saya jadi binggung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 02:50 AM | Show all posts
Reply 162# ka6_jeram


   Ujian camtu blom de lg... Takat ujian nampak jin de la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 02:52 AM | Show all posts
Reply 164# mes3


   Allhamdunillah la... Sabar je.. Wat amal byk2... plg penting carilah guru agama untuk belajar agar tak terpesong...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-7-2011 03:07 AM | Show all posts
sampai kat opis aku cari la si Amin nih.. Nampak dia dok lepak kat bilik die, so aku pon masuklah... Aku pon mulalah cite.. Saje nak tau pe yg ikut aku tuh...

Aku : Aku nk tanya nie.. Pg tadi masa nk dtg aku rs cam de benda ikut aku la...
Amin : HHmmmm... Mane ko lalu daa...
Aku : Jln biase la... Mmg tu jln aku lalu ari-ari pon..
Amin : Tempat ko lalu tu de pokok besar tak??
Aku : Ada.. Tp tak de la besar sgt pon..
Amin : Semak skit kan.. Kawasan bukit...
Aku : Bleh la katakan gitu..
Amin : Tu haa.. Hantu pari dok ikot kau... Dah beberapa ari dah..

Uiks.. Tang tu gak berdiri bulu roma aku... Hantu pari?? Pesal lak die ikot nie... Huhuhuu..

Amin : Nie putri hantu pari. Pakaian kuning. Dia ckp dia sk ikot kau.. HAti ko bersih.. Lurus sgt.. tu yg die suke..
Aku : Lor takkan pasal tu die nk ikot kot... Huhuhuu...
Amin : Tak pe.. Aku dah suruh die pegi.. cam nie lah.. Aku bg beberapa ayat untuk ko amalkan.. Tp yg penting soat tu kena jaga.. Ko selalu je cicir solat nih.. Sebagai org islam solat tu tiang agama..

Huhuuu.. Kena tarbiah lak.. tapi mmg betul la... Solat tu tiang agama. Kalo tak solat macam-macam bleh jd.. Benda bukan-bukan pon suka ikut. Solat adalah asas, hancur solat, hancurlah amalan yg lain.. Ayat amalan yg Amin bg tu sbg pendinding diri dan juga untuk membuka sedikit deria aku.. So sensitif la... Tp amalkan ayat nie mmg macam dugaan yg dtg.. Huhuhuuu... Bukan pe sbb solat aku tak jaga... Wawawa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 01:32 PM | Show all posts
Reply 1# kairouseki

syok jugak cite ni.......
tapi terpaksa tekan view this 's posts..sebab malas nak merempit sampai 7muka surat..


pastu aku nak tanye la kan..
baru tak baru la, tapi dalam tahun ni. membe aku cite ade histeria besar-besaran kat tempat aku belajar.
aku dah abes belajar, yang cite ni membe aku yang ade lagi study kat situ. citenye macam ni...
(tapi mungkin cite ni tak seperti cite asal sebab cite kepada cite)
mula2 histeria tu macam biasa la kan, kalo kat hostel ni time nak final exam baru la ade histeria2 tu.
sebab sume orang dalam keadaan tertekan. yang histeria ni budak pompuan, pastu ade la sorang student ni konon2 nak tolong mengubat la orang yang histeria ni. so die baca la ayat2 yang die belajar. pas die baca tu bukan makin elok tapi makin teruk.
sampaikan ade pengamal perubatan yang femes kat malaysia ni datang untuk campur tangan.
rupa2nya, ayat yang student bacakan tu terlalu power sampaikan telah membunuh anak jin. tu bapak jin mengamuk sakan tu.

membe aku cite sampai sini je, die kate kalo ko nak tau lebih ko tanye azam (bkn nama sebenar).
azam tu ade masa histeria tu. so aku nak tnya la kan kepada TT, ade ke ayat yang terlalu power sampai boleh membunuh anakjin?? contoh ayat nye macam mane tu?? first time kot aku dengar cite bapak jin mengamuk pasal anak die kene bunuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 02:41 PM | Show all posts
{:2_70:}fuhh puas ati bca!{:2_72:}
ayat yang terlalu power sampai boleh membunuh anakjin??

nape x tnye enci HK n kegkawan kn dia slalu zasssssssssssssss
jgn ada silap pkai suda..nnti dpt pancung sekor tibe2 kendian kne serbu jutaan yg lain,plus time tu x brsedia+baru blajo,korg jgk yg terkedu...mcm org lastik srg tebuan,skali lastik ok ler cantik jatoh ke kebawah,then tanggung sendiri la time askar2 dia mai serang..klu da bersiap ilmu didada alhamdulilah la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 02:48 PM | Show all posts
Reply 168# ciklala


   Tq sbb bercerita.. mmg ayat Al-Quran nie kalo dibaca boleh memberi kesan yg berlainan. ada ayat yg diamalkan sebagai pendinding diri. Ada ayat untuk pasak rumah dan ada ayat yg boleh digunakan untuk membunuh jin. Sebagai contoh 3 Qul digunakan untuk mempertahankan diri manakala ayat Kursi dan ayat Al-Haj digunakan untuk menyerang. Tetapi kesan setiap ayat tersebut bergantung pd ketentuan dan keizinan Allah. Bukannya kalo kita baca jin tu terus mati. Adakalanya pengsan sahaja. Apa pun ayat yg kita amalkan hendaklah yakin dgn Allah dan mintalah dariNya, bukan yakin dan minta pada manusia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 02:52 PM | Show all posts
Lupa nak cakap tadi.. Jgn salah amalkan ayat-ayat Al-Quran nie. Sila cari guru agama dulu dan belajar. Jgn salah cari guru pulak. Buikan apa, ada yg tahu kegunaan ayat Al-Quran nie tapi salah guna dan membuat perkara yg salah disisi hukum islam. Malah ada yg memberi nasihat pon main hentam aje, hukum agama letak ketepi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 03:02 PM | Show all posts
Reply 169# mrjinggozzz


aku lagi la first time dengar ade jugak ayat yang boleh bunuh anak jin.
tekezut dengor membe aku cite.

enci HK n kengkawan tu sape??
sori taktau sebab bod ni aku melawat kadang2 je tu pon time siang,
kalo malam tu aku tak berape nak berani la bace.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 03:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by ciklala at 3-7-2011 15:24

Reply 170# kairouseki


owhhh begitu..tq sebab bagi pencerahan.
masa duk ostel dulu aku rajin la baca2 ayat2 quran kan. sebab suasana dekat hostel lain dari yang lain.
nak pulak sepanjang duk ostel macam2 cite telah dimomokkan. antu loker la, pocong bawah katil la, histeria tu toksah cakap la.
aku amalkan ape yang termampu je macam ayat2 lazim.

pastu masa bulan puasa setan kan kena ikat, jin kena ikat jugak ke?
sebab ade sekali tu kat umah sewa, aku dengan membe aku ni kuar la sampai pukul 3amkot,
dah balik tu kitorang terus kemas2 la rumah sebab nak bertolak balik kampung pukul 5am gitu.
masa tengah menyapu tu aku dengar bunyi orang berlari ke arah kanan kat luar rumah.
aku dengan membe saling berpandangan je lah. pas membe aku mandi, aku mandi pulak.
aku ngan membe aku malas nak tido dah takot tak tersedar sebab kitorang balik tu nak tumpang orang.
pastu aku n membe aku tu baring2 la rehat2 kan diri. mase tengah baring tu dengar pulak bunyi orang berlari kearah kiri pulak.
macam berlari patah balik la. sebab tadi berlari ke arah kanan. membe aku terus terbuntang mata tengok aku. aku pandang n angkat kening. masa otw balik tu baru kitorang berbincang, mende ape yek, kan dalam bulan puasa. tapi masing2 takdapat jawapan sebenar, n kitorang wat2 taktau je lah sebab pas raya kena duduk balik kat umah tu..

masa kejadian akhir2 bulan puasa masa lebih kurang 4am. kalo pikir logik ade ke orang nak berlari2 dipagi hari.??
pastu bunyi berlari tu dalam 3 4 tapak kot.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 04:07 PM | Show all posts
Reply 173# ciklala

Aku rase bulan puasa, jin tak diikat sebab rumah aku ade gangguan darik sebelum puasa tapi bulan pose ade jek gangguan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 04:10 PM | Show all posts
Reply 174# ka6_jeram


tu lah..musykil jugak aku kan..setan je kot yang kene ikat..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 04:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by mrjinggozzz at 3-7-2011 16:16
Reply  kairouseki
owhhh begitu..tq sebab bagi pencerahan.
masa duk ostel dulu aku rajin la  ...
ciklala Post at 3-7-2011 15:18

dari baccaan aku, hanya jin2/setan kelas atasan(bos2) je yg kne rantai..yg kuli2 masih bebas...tu pasal klu org kene santau,still masik di ganggu time bula ramadhan,supe jgk yg ada saka masih diganggu (klu jin tu da sedia ada dlm bdn seblum bulan puasa lagik,jin itu x dirantai)
err klu slh sila la kasik tunjuk ajar

try la bca bebenang HK:
http://mforum.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D2
http://darulhantu.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2011 06:55 PM | Show all posts
Reply 176# mrjinggozzz


   bab tu citenye gini.."Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : Apabila tibanya bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.." Hadis ini diriwayatkan Bukhari dan Muslim. Imam Muslim Rahimahullah menyebut hadis ini dalam kitab Shiam (Puasa) dan begitu juga dengan Imam Bukhari yang meletakkan hadis di dalam kitab Shaum (Puasa). Namun lafaz yang dibawa oleh Imam Bukhari berlainan dari Muslim walaupun dari periwayat yang sama iaitu : "Apabila tibanya bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu langit, dan ditutup pintu-pintu jahannam dan dirantai syaitan-syaitan.." Namun, perbezaan lafaz ini tidak membawa kepada perbezaan makna hadis.


Menurut pendapat Imam Nawawi Rahimahullah di dalam syarahnya menyebut bahawa proses perantaian tersebut hanyalah satu simbolik atau majaz untuk menunjukkan betapa syaitan sudah tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya seperti biasa memandangkan orang-orang Islam sudahpun berpuasa. Ini kerana, puasa yang dilakukan oleh orang-orang Islam akan menyempitkan saluran darah yang menjadi laluan syaitan dan akan berkuranglah nafsu yang merajai hati manusia selama ini. Oleh kerana itu, syaitan tidak dapat menjalankan tugasnya dan keadaan ini menyebabkan dirinya bagaikan di'rantai'. Dalam erti kata lain, puasalah yang menjadi punca kepada perantaian ini dan kepada orang-orang yang tidak melaksanakan ibadat puasa, pengaruh syaitan ke atas dirinya samalah seperti bulan-bulan yang lain.

Walau bagaimanapun, Imam Nawawi sendiri tidak menolak kemungkinan maknanya yang zahir iaitu syaitan-syaitan benar-benar dirantai pada bulan Ramadhan bagi menandakan kemuliaan bulan Ramadhan. Manakala hakikat yang terjadi pada hari ini di mana ramai orang-orang yang berpuasa tetap meneruskan kemaksiatan ialah kerana puasa mereka tidak menepati syarat-syarat dan tidak dihayati sebagaimana yang sepatutnya. Apabila puasa tidak dihayati sepenuhnya, pengaruh syaitan akan tetap berkekalan sekalipun syaitan sendiri sudahpun dirantai. Pendapat ini dipegang oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani.

Sebagai kesimpulannya, pemahaman para ulama' terhadap hadis ini yang menyatakan syaitan-syaitan dirantai terbahagi kepada dua iaitu memahaminya secara simbolik ataupun memahaminya di atas maknanya yang zahir. Bagaimanapun, ia sebenarnya tidak bertentangan antara satu sama lain. Seandainya seseorang itu berpuasa dengan sebenar-benarnya, maka sesungguhnya dia telah merantai syaitan daripada mendekati dirinya.



Nie yg aku copy jer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 07:17 PM | Show all posts
Reply 173# ciklala


   Jawapan seperti diatas... Yg dirantai tu kita pon x bleh nk cakap syaitan ke ape ke.. itu rahsia Allah.. Kalau bab jin nie, kat bulan pose mmg dia still ade. Aku rs antara sbbnya adalah jin pon mcm manusia jugak, ada yg beriman dan yg kafir.. Jd tak de la dirantai. Yg dirantai hanya syaitan dan iblis(kalo ikut kefahaman biasa), manakala syaitan manusia, nafsu dan jin masih lagi bergerak bebas.. So tak mustahillah kalo kita bleh jumpa ngan jin bulan pose.. Aku pon penah jumpa gak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 07:18 PM | Show all posts
Nak sambung cite balik lak.. huhuhuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 09:11 PM | Show all posts
sile sambung.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.083567 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list