CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35371|Reply: 188

Tiada niat baling handphone pada pengarah - Nur Fathia

  [Copy link]
Post time 22-6-2011 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by cikieda at 22-6-2011 13:27


Pelakon Nur Fathia Abd Latiff, 24, (Fathia) mengakui tidak berniat untuk mengamuk di lokasi drama Stanza Cinta sehingga bertindak membaling telefon bimbitnya ke arah pengarah Along Kamaluddin seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar mingguan, Ahad lalu.


Menurut Fathia, insiden tersebut berlaku bukanlah disebabkan oleh sikap panas baran atau besar kepalanya tetapi ia dipengaruhi oleh tindakan spontan gara-gara tertekan untuk menjayakan watak Amni dalam drama itu.


"Saya langsung tiada niat untuk mengamuk sehingga membaling telefon kepada sesiapa pun, apatah lagi kepada Along yang saya hormati sebagai pengarah.


"Insiden itu berlaku secara spontan kerana telefon saya terlepas daripada tangan dan tercampak ke arah orang lain dan bukannya ke arah Along seperti yang didakwa.


"Sebenarnya, saya terlalu tertekan untuk menjayakan watak Amni dalam drama itu. Kebetulan pula, sebelum itu saya baru saja mendapat panggilan peribadi yang membuatkan saya marah dan hilang pertimbangan," katanya.

Fathia menjawab dakwaan itu ketika ditemui pada sesi ramah mesra drama berkenaan di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, Selasa.


Tambah Fathia, apa yang lebih menggusarkan fikirannya kini adalah kesan daripada laporan akhbar tersebut akan membuatkan masyarakat berpandangan negatif terhadapnya.


"Sebenarnya, insiden itu bukan perkara besar pun. Semuanya sudah okey dan saya juga sudah meminta maaf pada Along. Penggambaran juga berlaku seperti biasa.


"Namun, saya risau jika orang menganggap saya jahat dan sudah besar kepala walaupun baru setahun jagung dalam lakonan," katanya.

Susulan kejadian itu, pelajar jurusan undang-undang ini mengakui dia perlu belajar untuk mengawal emosi dan tidak membawa masalah peribadi ke tempat kerja.


"Saya belajar banyak perkara daripada insiden tersebut. Kini, baru saya sedar setiap gerak geri kita walaupun yang remeh-temeh akan sentiasa diperhatikan orang.

.

"Saya kena belajar untuk mengawal emosi dan tidak mencampuradukkan masalah peribadi apabila sedang bekerja," katanya.


Dalam drama bersiri 13 episod itu, Fathia memegang watak gadis bertudung dan alim bernama Amni Sorfina yang berdepan cinta tiga segi untuk memilih Irfan Kamal (Aaron Aziz) atau Taufiq (Fizz Fairuz).


Sementara itu, Along berkata dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu insiden yang serius sebaliknya kejadian berkenaan telah diselesaikan dengan cara baik.


Along berpendapat, disebabkan Fathia baru pertama kali mendapat peranan besar dalam drama tersebut, tidak mustahil dia menghadapi tekanan emosi yang sukar dikawal.


"Saya tidak mahu keruhkan keadaan. Saya melihat sebelum ini, tiada orang pernah bimbing dia dalam lakonan. Mungkin sebab itu, dia tertekan selain ada masalah peribadi lain," katanya.

Drama yang diadaptasi daripada novel Stanza Cinta tulisan Nurull Halawati itu turut dibintangi Fadhilah Mansor, Amanda Misbun, Izreen Azminda, Chomel Fana, Datuk Jalaludin Hassan, Muniff Isa, Azhar Sulaiman dan Hilal Azman.


Ia bersiaran sejak 19 Jun lalu pada setiap Ahad pukul 9 malam di TV3.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 01:21 PM | Show all posts
hahahhaha bodoh btol
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:21 PM | Show all posts
erkkk... dah ada la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2011 01:23 PM | Show all posts
Reply 3# shida81


   dah ada eh thread ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:24 PM | Show all posts
hmmm , watak amni tu berat sgt ler tueww pada dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:24 PM | Show all posts
Reply  shida81


   dah ada eh thread ni?
cikieda Post at 22-6-2011 13:23



   kat umah aaron mengamuk kat twitter kot....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2011 01:26 PM | Show all posts
Aku tertekan kat spital tu hari2 takde pulak aku balik fon, buku, segala bagai kat boss aku. Hahahaha
Semua org pon ada stress diorang sendiri. Tapi tak bermakna boleh bertindak sesuka hati. Kena la jaga & kawal diri. Kalau dah diluar kawalan tu bukan ke sama mcm orang yg ada masalah jiwa & mental, yg ken agi counselling or jumpa psychiatrist.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:28 PM | Show all posts
muka jer lawa...  tapi klu tak lah nak control emosi bila berhadpan dgn orang ramai tak payah ler jadi artis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 01:29 PM | Show all posts
terlalu menjiwai watak
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:30 PM | Show all posts
sah la x lama dlm bidang seni ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:31 PM | Show all posts
poyo jeh si kayu cendana neh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:32 PM | Show all posts
adoyaiiii stakat watak picisan camtuh pun dah rasa berat smpai takleh nak bawak, apatah lagi watak2 lain yg lg mencabar gittew... nmpak sgt takde bakat.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2011 01:32 PM | Show all posts
Reply 6# shida81


   aaron mengamuk kat twitter?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:34 PM | Show all posts
dia ingat dia naomi campbell ke nak baling2 hp kat org?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:35 PM | Show all posts
bakal peguam yang ber'emosi'...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:39 PM | Show all posts
langsung x jadi aku nak minat minah nih..



nak abg aron jekk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 01:42 PM | Show all posts
cantek laaa dia neh....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:48 PM | Show all posts
i minat seth tan jer....walopon minah nie chantek, biase2 jer lakonan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by parangskeper at 22-6-2011 13:56

muka lawa pangai huduh..:re:
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:57 PM | Show all posts
Reply  shida81


   aaron mengamuk kat twitter?
cikieda Post at 22-6-2011 13:32



   a'ah pasal cik amni dtg lamabt shooting..... stress kekdahnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.116414 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list