CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53559|Reply: 586

Artis & politik; Wardina mangsa keaadaan

  [Copy link]
Post time 30-6-2011 12:03 PM | Show all posts |Read mode
salam u olss...

mek baru dapat dari blog abang nara ..

agak2 ader saper2 nak komen?? ramai kot retis yang berkempen .. tu yang jadi kes macam nie ...

Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger







Tiba-tiba nama Wardina meletup bagai bom atom apabila dikaitkan dengan sebuah parti politik. Namanya ditulis di banyak blog-blog politik yang cuba mengambil kesempatan di atas hal ini. Wardina yang memang terkenal dengan semangat wajanya telah memberi 14 hari kepada blogger terbabit untuk menarik balik entri tersebut.

Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.
Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.
Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.
“Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.
“Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung),” ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Baca entri ini sepenuhnya untuk penjelasan Wardina mengenai punca kekecohan ini.



Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot,32, atau Wardina menjelaskan tidak mengetahui Program Karnival Mesra Rakyat yang diadakan di Desa Mentari, Petaling Jaya dekat sini 26 Jun lalu adalah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Wardina berkata, kehadirannya pada majlis tersebut atas jemputan seorang individu yang memintanya memberi ceramah berkaitan keibubapaan.

“Saya sepatutnya hadir pada sebelah siang tetapi disebabkan sibuk dengan aktiviti lain, saya dijemput menghadiri pada sebelah malamnya kerana diberitahu ramai orang sedang menunggu.

“Dalam jemputan itu saya diminta memberi ceramah mengenai institusi kekeluargaan tanpa dimaklumkan majlis berkenaan adalah anjuran pertubuhan politik termasuklah kehadiran wakil rakyat pembangkang,” katanya di Kelab Darul Ehsan di sini, Rabu.
Wardina berkata demikian bagi menjelaskan tuduhan kononnya dikatakan terlibat dengan pertubuhan politik pembangkang termasuklah menyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Turut hadir peguamnya Muhammad Hanif Harun dan Iylia Iqbal Ibrahim.
Jelas Wardina, sewaktu dia tiba di majlis itu kelihatan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan dia telah diminta duduk sebelah wakil rakyat tersebut.

“Pada majlis itu saya hanya sempat memberi ceramah selama kira-kira sepuluh minit dan sebelum acara tamat, saya terus meninggalkan majlis selepas mendapat sedikit bayaran daripada pihak penganjur,” ujarnya.

Menurut Wardina, dia terkejut apabila kehadirannya telah dimanipulasikan sehinggalah ada pihak menuduh kononnya dia cenderung kepada PKR selain menyokong perhimpunan haram, Bersih.

Tambahnya, lebih memalukan gambar-gambar silamnya yang tidak bertudung telah disiarkan di beberapa blog dengan lemparan kata-kata yang kurang enak selepas insiden berkenaan.
“Saya ingin menjelaskan yang saya tidak terlibat dengan mana-mana pertubuhan politik apatah lagi menyokong demonstrasi jalanan.

“Malah saya lebih sedih apabila gambar-gambar lama saya tidak bertudung disiarkan menerusi bloq yang mana ia boleh memalukan saya dan keluarga sedangkan saya sudah berubah,” ujarnya.

Ditanya adakah dia mempunyai hubungan baik dengan mana-mana pemimpin politik pembangkang, kata Wardina sebagai seorang selebriti dia berhak berbaik dengan sesiapa sahaja.

Wardina turut menjelaskan, tekanan yang berlaku disebabkan insiden berkenaan membuatkan dia terpaksa mengambil keputusan berehat daripada menjadi pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 selama dua bulan.

Kata Wardina, tindakan itu bukanlah hukuman yang dikenakan stesen televisyen berkenaan sebaliknya ia adalah keputusan dia sendiri untuk membolehkan isu itu kembali reda selain mahu menceriakan semula kehidupannya.

“Saya tidak akan menjadi ceria jika saya dibebani dengan masalah. Jadi, adalah lebih baik saya berehat seketika dan perkara itu telah dipersetujui oleh pihak TV3,” katanya.

Sementara itu peguamnya Iylia Iqbal Ibrahim meminta pemilik bloq yang menyiarkan gambar-gambar Wardina tidak bertudung agar mengeluarkannya segera dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan ke atas mereka diambil.

Katanya, tindakan itu perlu untuk menjaga reputasi Wardina yang terjejas dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan gara-gara salah faham tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2011 12:04 PM | Show all posts
saper lagi yang tau maner2 retis yang ekstremis join bender2 ginie?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 12:08 PM | Show all posts
kalau ko pergi ceramah UMNGOK mesti ko masuk tb
Bangges gituh macam ACiyal
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 12:14 PM | Show all posts
pagi tadi tgk kat astro awani.... kuar ler kat bawah tue... wardina x nak dikaitkan dgn politik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 12:16 PM | Show all posts
kalau ko pergi ceramah UMNGOK mesti ko masuk tb
Bangges gituh macam ACiyal
songeh_jer Post at 30-6-2011 12:08



    ramai la .. so far tak jumpe retis support PKR .. but yang BN ngan Pas banyakla .. selalu la jugak dapat gambo ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 12:16 PM | Show all posts
kontroversi lagik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2011 12:17 PM | Show all posts
kesian wardina...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 12:18 PM | Show all posts
Wardina belum tahu status kontrak dengan TV3
        
Salhan K Ahmad
Jun 29, 11
7:43pm

Personaliti televisyen popular Wardina Safiyyah berkata beliau setakat ini masih belum mengetahui status kontraknya dengan stesen TV3 berhubung isu melibatkan kehadirannya di satu program anjuran PKR pada 26 Jun lalu.

  

"Saya masih belum bercakap lagi dengan mereka berhubung perkara itu," kata pengacara bagi program Malaysia Hari Ini (MHI) itu ketika dihubungi Malaysiakini.

  

Difahamkan, Wardina setakat ini tidak menghadapi masalah berhubung status kontrak berkenaan walau timbul persoalan mengenai sikapnya yang kini didakwa berani menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

  

Persoalan itu dimuatkan dalam beberapa laman blog pro-BN, antaranya melalui anwaraidc.com dalam tulisan bertajuk 'Wardina Safiyyah Secara Terbuka Sokong Anwar.'

  

Tulisan yang disiarkan pada Isnin itu antara lainnya menyebut, Wardina sebelum ini telah "dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3."

  

Beliau turut ditanya mengapakah sesetengah pihak mempertikai kehadirannya di program berkenaan, semata-mata kerana beliau berkhidmat dengan stesen milik kumpulan Media Prima itu.

Dengan pantas Wardina menjawab, itulah juga soalan yang ingin dikemukakannya.

  

"Saya sebelum ini pernah berjumpa (menteri besar Kelantan) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka (penulis blog) timbulkan isu besar juga mengenai itu. Tapi kemudiannya (isu berkenaan) surut.

  

"Mereka faham tujuan saya berada di sana (berjumpa Nik Abdul Aziz), tiada cakap-cakap politik (berlaku)," katanya yang berharap isu yang kini panas diperkatakan itu akan kembali sejuk.

  

Wardina yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang apolitikal berkata, beliau turut menjadi sasaran mudah untuk dilabelkan sebagai pro-Pakatan kerana secara umumnya masyarakat Malaysia amat suka meletakkan label kepada seseorang.

  

"Kita juga menekan mereka jika mereka tidak bersetuju dengan kita, tapi semua orang ada hak untuk hidup di negara ini.
  

"Saya cuma ingin menghulurkan tangan dan menghubungkan jurang ini. Ianya OK jika kita ada perbezaan pendapat, ianya satu perkara yang baik.

  

"Tapi ianya menjadi isu yang sangat serius, dengan menakutkan mereka, tidak membenarkan mereka bercakap dengan orang lain, ramai rakyat yang akan ketinggalan," katanya lagi yang turut meminta maaf sekiranya kehadirannya di majlis berkenaan menimbulkan kekeliruan kepada stesen TV berkenaan.

  

Dalam satu sidang media pagi ini, Wardina dilaporkan berkata beliau tidak mengatahui bahawa program Karnival Mesra Rakyat di Petaling Jaya itu adalah anjuran PKR.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 12:23 PM | Show all posts
amy search, sham kamikaze....bob lokman pon kerap menghadiri ceramah2 ke agamaan....mungkin sebab wardina ni pompuan, dan pernah melalui zaman jahiliah...suka la orang manipulasi....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 12:27 PM | Show all posts
kesian sheols..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 12:28 PM | Show all posts
sian plak aku ngan wardina ni..mentang2 la dulu die sosial sikit x kan bile da insap pun nak diungkit lagi cite lama tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 12:31 PM | Show all posts
laa..sian sian...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 12:32 PM | Show all posts
ishhh banyakkk bunyikk pulak wardina ni

tak minat lah minah ni.perasan bagus.kalau tengok status2 yg dia tulis kat FB mesti macam good-good jer.ade jerrr yg tak kena kat mata dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 12:34 PM | Show all posts
Masa Wardina pergi ke Karnival Mesra Rakyat tu tak der nampak sebarang poster ke?Patutnya dia kena tanya program tu anjuran siapa sebelum menerima sebarang undangan.Nama pun Karnival Mesra Rakyat.Mestilah melibatkan parti politik.
  Ala klu wardina pergi ke majlis BN atau UMNO pasti tak jadi isu benda ni.tapi dah dia pergi ke pembangkang jadi isu besar.Klu dia pergi ke majlis anjuran BN klu jadi isu pun tak der lah dia sampai nak berehat dr mengacara program di TV 3.Sbb dia dah dikaitkan dengan pembangkang tu yang dia rasa terjejas sbb dia cari makan dengan TV3.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 12:37 PM | Show all posts
kalu gi gather2 ngan org Umeno pasti tidak jadi begini
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 12:51 PM | Show all posts
Tak kan tak tau. Saje2 buat tak tau. Alasan nak jaga reputasi duit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 12:54 PM | Show all posts
Masa Wardina pergi ke Karnival Mesra Rakyat tu tak der nampak sebarang poster ke?Patutnya dia kena t ...
zuraida8177 Post at 30-6-2011 12:34



    TB3 suku tu TB UMNGOK ker?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 12:54 PM | Show all posts
Bila manusia sudah penuh dengan dgn PHd, inilah kekdahnye.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 12:55 PM | Show all posts
bangang punyer blogger!
suke amek kesempatan atas org lain...baguslah tu...
kalo kak dina tak ampunkan, carik laaa kat akhirat kelak...

kak dina nk sokong parti mane2 pon ITU HAK DIA sebagai rakyat.
malaysia kan negara demonstrasi demokrasi...
skrg sumer mende nk politikkan! nyampah plak aku ngan 'org2 tertentu' neh...

nak tutop salah sendirik, merata meraban carik isu2 picisan cenggini...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 12:58 PM | Show all posts
ikut suka wardina la nak p majlis pkr pun... no issue...
blogger tu musti totok umno la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 1.055707 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list