CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikieda

Hattan Mahu Kahwin, Sedia Terima Bekas Isteri

[Copy link]
Post time 4-7-2011 11:51 PM | Show all posts
like...like.....semoga hattan bertemu jodoh semula ngan ex-wife die
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 12:27 AM | Show all posts


dan kembarnya


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 12:30 AM | Show all posts
bini dia kata Hattan ni panas baran..ni kawan aku cita lah...tapi kalau jodoh ada lagi tataula kan..kalau ada jodoh lagi harap hattan kurang2kanla baran..pempuan ni bia takde laki, daripada ada laki asik nak hangen aja
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 09:27 AM | Show all posts
wahaha !! saya x suka Hattan ni .. x friendly lgsg .. newayy , bagus larg lau dia nak rujuk kembali ngn ex-wife dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 09:30 AM | Show all posts
xpe la slama ni dia dh byk test drive...
anakperantau Post at 3-7-2011 13:07
Contoh???
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 09:38 AM | Show all posts
Reply 65# cikgu_murni


   dah byk dh sbelum ni...hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2011 09:43 AM | Show all posts
makcik harap ex bini dia buat solat istikharah dulu sebelum terima balik si Atan
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 09:56 AM | Show all posts
mamat ni mcm tak betul....... jd pengkritik pun tahik ayam sajork........
devilito Post at 4-7-2011 10:19
Dia nak ciplak skil Adlin tapi tak menjadi ...

Adlin walau kritikan pedan dan sadis, menjadi jer bagi aku
Penonton aje yg sedar kritikan Hattan cam taik ayam dia tak sedar tue,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 09:56 AM | Show all posts
kawen jer la balik. dulu pun cerai talak 1 je kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 10:03 AM | Show all posts
Dia nak ciplak skil Adlin tapi tak menjadi ...

Adlin walau kritikan pedan dan sadis, menjadi jer  ...
cikgu_murni Post at 5-7-2011 09:56



khennnn........... dah la time jd pengkritik, bole pulak jd talam bermuka2....siap ada student favorit lagi......:@
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 11:12 AM | Show all posts
semoga Allah s.w.t permudahkan jodoh mereka....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 11:24 AM | Show all posts
buat pe nak tunggu lama 2,kawen jelah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 12:27 PM | Show all posts
smoga ada jodoh kembali...elok la tuk kebaikan si adam.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 03:15 PM | Show all posts
kalo tak silap hari tu...si hattan ni ade ngaku silap dia dulu2 suka kluar masuk disko sampai abaikan anak bini....tonggang sana-sini dahtu baran tak tentu hala....

agaknye skrg dah insaf kot.....kot la kan....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 03:18 PM | Show all posts
yang bagusnye dia ni... tak penah nak emo cite buruk bini cam nash tuh...

suka-suki je ckp bini tak pakai tudung la...tak tutup aurat laa...rambut karat la.....dahtu duit kikis gak.....habis yang cintan maut ngan betty benafe tu bleh plak accept tak tutup aurat ngn rambut karats.....eeeiii...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 03:23 PM | Show all posts
bagus la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 03:40 PM | Show all posts
bgus la kalo btol...jodoh panjang lg...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 04:04 PM | Show all posts
Pergi Haji, Hattan Mahu Bawa Bakal Isteri Sekali





Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2011: Peluang menjejakkan kaki di bumi Ilahi bagi mengerjakan umrah pada bulan lepas, merupakan satu momen indah yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh penyanyi rock soul, Hattan.

Pergi mengerjakannya bersama ahli keluarga terdekat serta bersama beberapa orang pekerja, kata Hatttan, sesungguhnya pengalaman itu tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

"Sukar untuk saya gambarkan dan ceritakan perasaan apabila dapat menjejakkan kaki di sana. Sesungguhnya saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk ke sana juga. Memang tenang dan susahlah nak lupa kenangan indah di sana," katanya kepada murai.com.my sewaktu berkongsi cerita mengenai pengalamannya mengerjakan umrah.

Ditemui pada majlis sidang media Makan Malam Amal anjuran Yayasan Bina Insan Malaysia baru-baru ini, kata Hattan sama seperti insan yang lain, di sana dia sempat memohon kepada Ilahi agar dikurniakan jodoh yang sesuai untuk menemani kehidupan sendiriannya.

"Saya berdoa untuk diri sendiri iaitu kesihatan, kesejahteraan dan jodoh. Saya berharap dapat dikurniakan seorang isteri untuk menemani hidup saya. Saya tak kisah bagaimana rupanya asalkan baik dapat jaga saya sudah cukup kerana saya pun bukan hansome sangat," ucapnya sambil ketawa.

Ditanya kepadanya tidakkah terlintas untuknya merujuk semula dengan bekas isteri , Arianie Mohd. Abidin, memandangkan hubungan mereka masih lagi akrab, jelas Hattan,perkara itu sememangnya amat diidamkannya.

"Kami masih baik dan rapat cuma tak pernah berbincang mengenai isu tersebut. Kalau ada rezeki ke arah itu memang lagi baik, kerana anak saya, Adam Eiman pastinya gembira.

"Tapi dia tak pernah paksa atau menentukan dengan siapa patut saya kahwin. Dia bagi saya buat pilihan sendiri. Tapi pernahlah dia cakap kalau kahwin semula dengan ibu lagi baik," jelasnya.

Mengakui umrah tersebut membuka laluan hatinya untuk mengerjakan haji, namun kata Hattan impian itu terpaksa dipendam dahulu kerana dia berniat mahu mengerjakan Rukun Islam kelima itu bersama isterinya kelak.

"Memang saya ada niat nak pergi haji tapi fikir-fikir, saya mahu pergi dengan isteri. Jadi, sebab itu saya mahu berkahwin kalau boleh secepat mungkin kerana mahu berteman. Malah, saya juga mahu bersama-sama dengannya mengerjakan haji. Kalau saya pergi dulu nanti kalau saya kahwin, dia kena pergi seorang pula. Labih baiklah saya tunggu dan pergi sekali," jelasnya.

Dalam pada itu kata pelantun lagu Rendang Tak Berbuah ini, dia kini sedang mengumpul material untuk menghasilkan album baru. Lebih istimewa lagi, apabila Ustaz Omar yang dikenalinya sewaktu mengerjakan umrah ada memberikannya sebuah lirik untuk dinyanyikan.

"Saya kenal ustaz ini masa pergi umrah dan selalu berbual bersama-sama. Satu hari itu, dia bagi saya lirik dan minta buatkan melodi serta nyanyikan lagu itu satu hahri nanti. Membaca liriknya, saya dapati ia cukup puitis dan saya terus terpanggil untuk membuat album. Cuma masalah sekarang ialah saya susah nak cari orang yang boleh kerja dengan saya.

"Saya dah biasa kerja dengan arwah Loloq dari album pertama lagi. Jadi memang susah nak cari sentuhan kerja seperti arwah. Tapi, sekarang saya nampak cuma seorang iaitu Rudy anggota kumpulan Kristal yang saya rasa cukup berbakat dan kalau boleh saya mahu bekerjasama dengannya," jelasnya yang enggan menghasilkan single dan memilih untuk menerbitkan album sebagai koleksi peribadinya di masa depan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 05:32 PM | Show all posts
nak kawin dgn sape
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 05:59 PM | Show all posts
ader ler jodoh nti tue...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.083807 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list