CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 18852|Reply: 61

Himpunan Kisah Misteri dan Seram dalam Hidup kelbey_bl

[Copy link]
Post time 5-7-2011 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Santeira at 13-7-2011 08:38

Adapun kisah ini ditulis bukanlah untuk menimbulkan perasaan mengaibkan, mencurigakan, kesangsian, bermegah diri atau yang seagkatan dengannya. Tetapi untuk berkongsi pengalaman sebagai hiburan dan pedoman di masa akan datang. Kisah ini adalah kisah benar dan bukannya rekaan semata-mata, mungkin jalan penceritaan di ubah sedikit untuk mencantikkan pemahaman pembaca. Watak-watak yang saya sebut dalam cerita ini mungkin sudah meninggal dunia atau hilang tanpa di kesan. Jadi kepada sesiapa yang berkenaan yang membaca cerita ini harap memberi kerjasama dalam perkongsian pengalaman ini.


Dari mana saya ingin mulakan. Mungkin pengalaman seram semasa saya sedang belajar di sebuah IPTA di Shah Alam. Kisah ini bermula di rumah bujang Seksyen 17.


Rumah bujang diseksyen 17


Selepas menamatkan Diploma, saya terus menyambung pelajaran dalam bidang Degree di IPTA yang sama. Jika dulu saya duduk di kolej atau asrama tetapi melangkah ke bidang Degree terpaksa mencari rumah sewa. Rumah puaka tersebut terletak di seksyen17, Shah Alam. Kisah bermula apabila abang angkat saya seorang ustaz mengajak untuk menyewa sebuah rumah berkembar 2 tingkat di S17 kerana sewanya murah. Saya terus setuju. Rumah tersebut sudah lama tidak berpenghuni (mungkin hanya jin yg duduk rumah itu kot.. ) hanya di jadikan markas sebuah parti pembangkang di negara kita. Persetujuan di buat kerana terdapat 2 buah bilik kosong di tingkat atas dan tidak digunakan. Pada hujung minggu rumah itu di gunakan untuk perjumpaan, mensyuarat dan tempat perkumpulan ahli-ahli parti yang sememangnya menjadikan tempat itu markas.


Terdapat 3 kisah menarik yang ingin saya kongsikan dimana kejadian aneh yang sukar di jelaskan. Sebulan pertama saya duduk di rumah tersebut tiada apa2 perkara pelik berlaku. Ustaz Suhaimi yang jugak rakan sebilik dan serumah selalu on/off dari rumah itu. Kerana sibuk mengajar dan berceramah dia jarang duduk rumah dan kesudahannya saya duduk sorang-sorang. Tanpa TV, tanpa komputer, tanpa member, dalam rumah itu kosong. Student kan.. mana mampu sediakan semua tu. Rumah itu guna utk tidur sahaja.


Kisah pertama bermula apabila seorang rakan ustaz menumpang dirumah kami. Namanya abg Zul. Dia nak menumpang sebulan sahaja kerana selepas itu dia akan berkahwin. Setelah duduk beberapa hari di rumah berkenaan dia mula bercerita pada saya.


“kau tak rasa apa-apa kah semasa duduk rumah ini sendirian?”


“tak rasa apa-apa pun, kenapa?” balasku hmy3:


“mungkin kau seorang student yang menumpang di rumah ini hanya untuk study sebab itu kau takdi ‘kacau’ ” kata abg zul selamba


Aku terkejut kerana tiada dalam sangkaanku rumah ini berhantu atau berpuaka. Abg zul bercerita.


Pada suatu petang setelah abg zul balik dari kerja kira jam 2-3 ptg dia terus naik ke atas, kebilik untuk berehat. Oleh kerana penat kerja (hari sabtu masa tu) dia bercadang nak lelap kejap. Tengah dia hampir terlelap terdengar bunyi bising di tingkat bawah. Abg zul pelik, takkan ada orang dalam rumah ini atau siang-siang ada hantu. Dengan perasaan ingin tahu abg zul jenguk apa yang berlaku dari tangga tetapi tiada apa-apa berlaku. Pada masa itu aku sedang kuliah. Setelah berniat untuk menyambung tidur sekali lagi bunyi riuh di tingkat bawah. Dengan perasaan tidak puas hati abg zul jenguk sekali lagi, pun tiada apa2 kelihatan. Kemuncak misteri itu apa bila bunyi bising kali ketiga berlaku lagi. Setelah bangkit dari tempat tidur abg zul terasa ada sesuatu yang tak kena. Kali ini terdengar suara kanak-kanak ketawa sambil berlari-lari. Dengan kudrat dan semangat yang ada abg zul gagahkan diri melihat apa yang berlaku di tingkat bawah.




Ternyata kali ini kelibat makhluk berambut panjang pantas berlari di bawah tangga menuju ke ruang tamu. Abg zul yang terkedu di atas tangga cepat-cepat berlari masuk bilik dan duduk beristigfar banyak-banyak. (Tiba-tiba aku jadi seram plak.. ) tengah dia duduk deria pendengarannya hilang. Abg zul tidak dapat mendengar bunyi kereta lalu lalang depan rumah. Seolah-olah dia dibawa ke alam lain. (Orang tua-tua kata jangan tidur lepas Asar.. ini lah akibatnya.. ) Tetapi penunggu rumah itu silap orang. Abg zul bukanlah org sembarangan. Dia adalah pengamal ilmu batin dari seni silat yang dia pelajari. Dengan beberapa potongan ayat yang di baca, dia terlepas dari gangguan penunggu rumah itu dari terus ‘bermain’ dengan beliau. Tanpa di sedari senja berlabuh dan azan maghrib berkumandang. Mungkin kebetulan sahaja penunggu rumah itu menghabiskan misi mengganggu abg zul sebab dah maghrib.


Aku yang mendengar cerita abg zul seakan-akan tidak percaya apa yang diceritanya. Takut? hmy3: Seram? Selama ini aku tidur sorang2 saja dalam rumah ini. Adakah ‘dia’ memerhatikan aku saja sebab niat aku suci menumpang rumah hanya utk tidur dan study. Kalaulah aku berfikiran sempit sudah lama aku blah dari rumah ini. Tetapi aku khalifah di muka bumi ini so apa nak takut..


Kisah kedua menyusur kemudian.. saya nasihatkan parapembaca membaca kisah kedua ini pada waktu siang melainkan anda benar-benar berani menyahut cabaran kisah seram ini. Terutama kisah ketiga ini yang berlaku sendiri pada diri penulis....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 05:15 PM | Show all posts
sambung lagi.. sambung lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 05:48 PM | Show all posts
TT..Dengan hormatnya..Dipersilakan bercerita lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 07:46 AM | Show all posts
mana TT ni...seram pulak....sila smbung lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 08:11 AM | Show all posts
salam semua,gdmorning
kol 4 tdi x sempat nk komen,tpi mmg crita TT sila smbug ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2011 09:49 AM | Show all posts
Next... Sambungan semalam
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-7-2011 10:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by kelbey_bl at 6-7-2011 16:11

Kisah kedua ini berlaku pada abg angkat aku iaitu ustaz suhaimi. Rakan-rakan sekelas yang masih mencari-cari rumah sewa pantas di sambar untuk duduk bersama kami. Kata orang makin ramai orang duduk makin tak takut sebab tak sunyi. Biasalah student mana tidur malam. Selalu over night dgn assignment, dating, chatting sampai ke pagi. Tetapi kebanyakkan member-member mengambil keputusan untuk stay rumah sewa tu pada sem-2 nanti.

Kisah ini berlaku awal 2000-an, pd masa tu ledakkan IT internet terutamanya bab-bab chatting (MIRC) masih baru. Internet pun pada masa tu masih lagi guna RAM 64 dan 128.

Di pendekkan cerita kejadian kedua berlaku masa bulan ke-5 kami menduduki rumah sewa tersebut. Pada masa itu saya menyertai ‘survey camp’ di utara semenanjung. Tinggal lah ustaz keseorangan. Pada masa itu abg zul dah selamat di ijab kabulkan dengan pasangannya dan menetap di tempat lain.

Petang kejadian itu, macam biasa ustaz suhaimi selalu balik waktu maghrib atau waktu senja. Rutin sehariannya balik dari sekolah terus ke rumah, mandi kemudian ke surau/masjid dan bermalam di rumah kawannya. Takut kot duduk sorang-sorang..

Entah macam mana..  pada suatu hari beliau balik macam biasa tetapi agak lewat sikitlah waktu antara maghrib dan isyak. Ketika melangkah masuk ke rumah dengan fikiran kosong untuk ke tingkat atas tiba-tiba langkahnya terhenti pada anak tangga ke-2. Dari pintu depan beliau yang berjalan selamba tunduk melihat handset sambil bersms kemudian terhenti di anak tangga kedua.

Agak-agak apa yang berlaku? Keadaan pada masa itu agak samar-samar sebab lampu tangga tidak sempat di buka cuma lampu ruang tamu. Lampu tangga dan bilik atas gelap.

Pada tangga ke-2 itu kaki kanannya yang hendak melangkah ke anak tangga ke-3 kaku.. sebab sekarang ustaz tu bertentang mata dengan ‘somebody’.. kejadian berlaku apabila ustaz itu mendongak dan tiba-tiba bertentangan mata dengan seekor makhluk seakan-akan manusia duduk mencangkung di atas tangga. Jaraknya kira-kira 2 kaki. face to face.. Perkara ini berlaku agak pantas sekali. Dalam 2-5 saat jugak lah mereka bertentangan mata. Makhluk itu duduk mendagu, berambut panjang dan mukanya agak tidak jelas di sebabkan suasana samar-samar.

Apa yang ustaz itu akan buat? Nak baca surah Yassin ke? Nak baca ayat Kursi ke? Rasanya nak teriak pun tak terucap.

Rasanya dapat kamu bayangkan apa yang berlaku. Ustaz yang kaku sekejap hanya sempat melatah sebab terkejut dan sepantas kilat berlari keluar. Agak-agak kalau hantu tu tiba-tiba lock pintu depan macam cerita kat tv apa agaknya yang ustaz itu lakukan. Mmmm... Dia pun insan biasa jugak hanya di uji untuk berjumpa dengan makhluk Allah yang comot itu.

Entah hanya berapa langkah ustaz itu perlukan untuk sampai ke kereta yang parking depan rumah. Apa yang dia sedar dia sudah ada dalam kereta dan memecut laju ke rumah kawannya di kawasan berdekatan. Pintu depan di biarkan terbuka sampai keesokkannya. Peristiwa itu agak lucu jugak tetapi seram...

Next saya akan ceritakan kemuncak misteri siapa makhluk tersebut dan mengapa rumah itu sudah lama tidak berpenghuni. Dan bagaimana hantu itu menampakkan dirinya pada saya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 11:05 AM | Show all posts
sambung lagi...
ai x nyabor rse nk bace yg strusnyer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2011 12:33 PM | Show all posts
next TT...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 12:39 PM | Show all posts
klau aku ustaz tu musti dh t'golek dog jtuh tgga sbb tokojut.. huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 12:40 PM | Show all posts
akan d'nantikan smbungannye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2011 01:00 PM | Show all posts
Reply 10# mrbotak


    kalau aku dalam situasi begitu.. lari macam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah scence masa jumpa mayat kat rumah kak limah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 01:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 6-7-2011 15:58

Wah... best silalah sambung TT.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 01:58 PM | Show all posts
iya TT sambunglah lg...sedang menanti dgn penuh debaran nih...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 02:24 PM | Show all posts
Reply 12# kelbey_bl


    x dpt imagine sbb x tgk lg kak limah.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 02:42 PM | Show all posts
nak sambungan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2011 04:10 PM | Show all posts
Esok pepagi aku sambung, rasanya ptg ni tak sempat nak taip.. ada kerja kat opis..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 04:29 PM | Show all posts
fuh... seram gak tu...
sib baek ustaz tu ada kete..
klu x lari cm dlm citer hantu kak limah tu...
laju gila sambil tgn pegang slipar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 09:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by kelbey_bl at 7-7-2011 14:16

Kisah ketiga ini mungkin dapat merungkai segala persoalan rumah sewa tersebut. Apa yang saya cerita ini adalah kejadian2 berat berlaku dalam rumah tersebut. Kejadian2 kecik tak payahlah saya cerita seperti ketuk pintu tengah malam la, bayang-bayang kat cermin tingkap, suara-suara halus.. suara anjing tengah malam (walhal kawasan kejiranan tiada bela anjing pun.. majority melayu) tetapi apa yang saya ceritakan selepas ini benar2 terjadi pada diri saya.

Selepas sem-2, penghuni rumah tersebut bertambah ramai. Dua bilik di atas dan 1 bilik di bawah penuh ngan rakan2 sekelas dan rakan2 yang sudah berkerja yang turut menyewa.

Kejadian berlaku pada hampir tengah malam. Menghampiri pukul 12.. Pada masa tu kami masing2 belum tidur dan duduk bersembang di bilik no 2 atas. Tiba-tiba saya rasa mengantuk yang tak boleh tahan. Biasanya kami tidur lewat hingga pagi kul satu atau dua.. Aku terus mengasingkan diri dari kelompok budak2 ni yang asyik sembang2 kosong di dalam bilik. Aku masuk ke bilik utama (master bedroom) di mana ada sebuah katil queen saiz milik ustaz dan kami memang berkongsi bilik. Oleh kerana mata dah berat, aku cuba baring kat katil tu sekejap dan tanpa di sedari aku berbaring songsang rupanya. Maksudnya kepalaku tidak berada di kepala katil. Sedang elok aku nak landing terasa sejuk bahagian kakiku.

Aku pernah dengar mak mertua kakak aku berkata, kalau bahagian badan kita sejuk maksudnya roh orang mati sedang pegang tubuh kita. Pada masa itu kawan kepada abang ipar ku sudah mati lemas kemudian jasadnya tidak timbul selama 3 hari di lautan. Selepas 3 hari jasad itu timbul tanpa sehelai benang. Dan selepas jasad itu timbul, roh si mati berkeliaran mengunjungi teman-teman karibnya termasuk abg iparku. Pada malam itu aku masih belasan tahun dan tidak tahu hal2 ghaib ini. Rupa-rupanya pada malam itu roh si mati benar-benar datang rumah kat kampung aku dan menyentuh kaki abg iparku. Kesejukannya terasa pada tubuh kakak aku yang tidur bersebelahan. Itu pun cerita seram jugak... huhu. Ada masa aku cerita sebab roh tak tenteram lagi dahsyat pukulannya..

Berbalik pada kisah aku tadi. Selepas nak landing aku terasa di himpit oleh benda berat atas tubuhku dan sejuk bahagian kaki. Aku baring mengiring masa tu. Bab-bab hantu himpit ni bukan sekali dua aku terkena. Tetapi dah banyak kali sampai dah boleh control keadaan n boleh berunding ngan hantu himpit tu.. cehwah... Oleh kerana dah kerap sangat di tindih, aku dah boleh rasa bahawa kehadiran hantu himpit ni sebelum tidur. Aku tak panik pada masa itu dan cuba melepaskan diri dengan kaedah yang aku pelajari selama ini.

Moral, tidur ikut sunnah nabi, InsyaAllah anda tidak akan di himpit dan di ganggu oleh makhluk jin atau syaitan..

Cikgu aku pernah pesan bahawa dari segi sudut sains, kita di himpit ini atau kita gagal menggerakkan semua anggota tubuh badan adalah kerana bekalan oksigen gagal sampai ke otak. Akibatnya kita tidak boleh bergerak kononnya hantu himpit sedang menghimpit atas tubuh kita. Apabila keadaan panik berlaku, jantung berdebar-debar dengan pantas. Ini menyebabkan darah di pam dari jantung untuk sampai ke otak. Kita akan sedar semula serta kembali pada normal kerana otak yang menerima darah dan oksigen segera melepaskan arahan pada saraf untuk bergerak.

Aku yang tadi cuba meronta-ronta tetapi gagal. Suasana dalam bilik itu dalam keadaan terang, tak sempat tutup lampu. Hanya mata aku celik hanya mampu melihat tubuhku yang kejang, almari dan dinding kat bilik itu.

Tiba-tiba ada satu pergerakan yang tak aku duga. Katil saiz queen itu bergerak dan terangkat. Katil terapung. Kepala aku yang baring tak berbantal seolah-olah di pijak melekat pada tilam itu. Apa yang aku nampak paras tilam itu sama level dengan atas almari plastik dalam bilik itu. Wow aku terapung sekarang.. hmy3: katil itu terangkat naik dan turun sebanyak 3 kali dalam pengiraan aku.

Sekali lagi aku cuba meronta-ronta melepaskan diri  tetapi gagal. Aku jadi marah dan takut. Hendak teriak, suara tak keluar tapi teriak dalam hati je la.. aku pantas bersuara..

‘kalau kau berani keluar la.. aku nak tengok wajah sebenar kau!!’ teriak aku dalam hati

Aku cuba mencabar makhuk itu muncul kerana mengganggu aku. Setelah berulang kali menyeru akhirnya pandangan aku beralih pada tepi dinding di kepala katil. Terdengar satu suara seakan-akan suara bab*.. dan bau yang kurang menyenangkan. Tidak lama kemudian muncul asap hitam atas kepala katil membentuk wajah di atas dinding yang putih dan cerah itu. Suara bab* (ngok..ngok..) itu makin kuat dan asap hitam berkepul-kepul dan bergulung-gulung membetuk seakan-akan wajah hodoh. Pada masa itu Tuhan saja tahu betapa seram dan takutnya aku.

Perkara takut yang pernah aku lalui sebelum itu adalah jumpa guru disiplin masa sekolah menengah kerana masalah pakai seluar gantung sebab takut di rotan dan kedua takut jumpa dentist. Tetapi kejadian malam tu, itulah takut yang amat sangat.. dan berjumpa dengan makhluk Allah yang hodoh ini tak dapat di bayangkan. Seolah-olah jantung terhenti dan nak pengsan. Dengan izin Allah satu jeritan saja yang sempat aku lafazkan akhirnya aku terlepas dari ikatan makhluk itu dan asap hitam tiba-tiba ghaib dari pandangan. Terlepas dari siksaan gangguan makhluk yang aku kira jin atau setan.

Aku yang bangkit atas katil itu berpeluh, terkejut, lega dan misteri. Nafas kencang seperti baru berlari naik tangga.. Lepas mendapat kembali kekuatan, aku keluar dari bilik itu tanpa toleh ke belakang dan dalam keadaan pening dan keliru. Mimpi ke? Kenyataan ke?

Dan aku sahkan sendiri ia benar-benar terjadi.

Aku masuk bilik no 2 tuk kembali join pada budak2 yg hangat bercerita. Aku lihat mereka ok je macam tiada apa2 berlaku. Dorang tak dengar ke bunyi pelik katil kena angkat, suara ghaib, aku berteriak kat bilik sebelah.. Tapi salah sorang rakan serumah perasan apa yang berlaku pada malam itu. Dia buat senyap je..  Malam tu aku sambung tidur kat ruang tamu dan tidur ngan member-member yg sudah biasa tidur kat situ.

Aku tak ceritakan hal ini sampai tamat pengajian. Takut mereka akan keluar cari rumah sewa lain.

Pada semester akhir persoalan ini akhirnya terjawab. Kenapa rumah ini berpuaka? Siapa penghuni rumah ini sebelum kami? Apa yang berlaku..? Tunggu update nanti..

Puh... penat taip.. nanti sambung..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 11:24 AM | Show all posts
waaaaaa terbaekkk!!!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.178197 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list