CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kelbey_bl

Himpunan Kisah Misteri dan Seram dalam Hidup kelbey_bl

[Copy link]
Post time 7-7-2011 11:57 AM | Show all posts
Reply 19# kelbey_bl


   Buat aku tertunggu-tunggu kisah selanjutnya.....!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2011 12:39 PM | Show all posts
suka tau... buat ala2 telenovela
saya tunggu update kamu !!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 02:17 PM | Show all posts
Reply 22# labusayung


    TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2011 02:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by kelbey_bl at 8-7-2011 14:40

Akhirnya satu mesyuarat kecil di adakan di luar rumah berkenaan. Masing2 bercerita pengalaman seram. Jawapan di sebalik misteri ini ada pada jiran sebelah.

Jiran sebelah kami adalah wartawan TV swasta. Dia dah lama berjiran dgn rumah puaka tu. Dia pun mula bercerita tentang dulu-dulu perihal rumah itu. Tapi selama ini dia tak cerita pun hinggalah kami bertanya. Hampeh... Iyalah kalau dia cerita awal2 tentu rumah itu tak berpenghuni lagi dan hantu itu kacau keluarga dia..

Dulu ada pemuda duduk rumah berkenaan. Kadang-kadang seorang, berdua, berkumpulan datang ke rumah berkenaan. Orang bujang lelaki. Mereka jarang berada di rumah kecuali malam. Di pendekkan cerita, pada suatu hari tiba-tiba berlaku serbuan dari polis PDRM ke atas rumah berkenaan. Rupa-rupanya rumah itu pernah di huni oleh penjenayah. Polis yang dari dulu sudah spy rumah itu kerana di syaki penghuninya adalah penjenayah yang di kehendaki polis.

Semasa serbuan, penjenayah berkenaan enggan menyerah kalah. Penjenayah berkenaan memang tekad menyerang polis di luar rumah dengan senjata di percayai parang. Sampai kat pagar rumah, penjenayah berkenaan di tembak dan mati di tempat kejadian. Mayat nya berlumuran darah di lantai dekat pagar depan rumah. Rasanya 1-2 das tembakkan jugak la. Kemudian rumah tersebut di sita akibatnya selama 3 tahun rumah itu tidak berpenghuni sehinggalah owner rumah menuntut kembali rumah berkenaan dan di bagi sewa pada orang.

Adakah roh si mati itu yang mengganggu kami selama ini. Penjenayah? :re:Tapi suara misteri budak2 yang ketawa semasa mengganggu abg zul itu siapa? Anak penjenayah ke? Detail berapa ramai rakan penjenayah tidak dapat di pastikan. Setelah mengetahui cerita sebenar kami masing-masing diam seribu bahasa. Mula dari situ masing beriktihar bagaimana nak mengelak dari berjumpa hantu puaka itu.

Dan yang paling best rakan serumahku pernah di alih tempat tidur. Dari penjuru ke penjuru semasa tidur. Tapi dia tak cerita lebih lanjut kalau tak boleh aku detail kan jalan ceritanya. Dia sedar semasa di alih kan tempat tidur cuma dia tidak boleh bergerak..

Setelah tamat pengajian kami pun masing2 balik kampung. Dan rumah tersebut terus di sewa oleh kawan atas kawan jugak yang sudah berkeluarga. Orangnya agak alim dari kelantan. Lepas dari itu kami tak tahu status keluarga berkenaan sehinggalah dengar cerita, setahun selepas menghuni rumah puaka itu, keluarga berkenaan berpindah ke tempat lain. Rumah berkenaan ada pokok mangga yang besar di S17. Aku sudah lama x jenguk rumah puaka itu... Takut hantu itu masih kenal aku then ikut balik rumah.. haha jadi Hantu Penjenayah Balik Rumah..

Next aku akan ceritakan kejadian misteri semasa aku berumur 14 tahun. Korang pernah jumpa orang yang sudah mati menjelma kembali? Akan aku ceritakan satu lagi pengalaman seram berjumpa orang mati. Badi orang mati. Seminggu aku bersama dengan’nya’...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 02:52 PM | Show all posts
S17.....rumah yg mana satu ye....boleh gi ngintai....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 02:59 PM | Show all posts
pergh..terbaik bro..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2011 03:21 PM | Show all posts
sempat lagi citer pakai seluar gantung kt sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 05:45 PM | Show all posts
Reply 1# kelbey_bl
herm,seb baik aku mmg baca siang2..hehehe,,kalau memlm aku baca CI or gosip jo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2011 12:23 AM | Show all posts
Reply 25# aikee04

saya hanya boleh bagi 1 klu saja di mana rumah itu. kepada para pembaca yang nak tahu di mana rumah bertuah tu ada di jalan kerapu, seksyen 17, shah alam.

cari lah kat situ.

paling mujarab cari sebelah malam kerana apabila anda melintasi depan rumah itu dengan menaiki motor, anda akan terasa kehadiran'nya'di bawah pokok mangga depan rumah itu... {:1_126:}

semoga berjaya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 12:58 AM | Show all posts
Reply 29# kelbey_bl


    Mohon pencerahan....Saya dah lama jgk duduk shah alam n pernah duduk kaw seksyen 17 masa belajar kpp program dulu. Tak ingat pulak jalan kerapu ni, dekat dengan kawasan kedai-kedai ke rumah angker ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 02:42 PM | Show all posts
rumah lama tinggal...mmg tempat permainan dan persinggahan jin dan setan la...
bukan roh orang mati yg kacau ko tu...takde masa dia nak kacau kita, dok sibuk bersoal jawap ngan malaikat dalam kubur nuu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2011 03:35 PM | Show all posts
Reply 30# jjenabmatpau


    Jalan kerapu bertentangan dengan bengkel jkr di s17. Dekat dengan sungai antara s17 dan s24..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2011 03:41 PM | Show all posts
Reply 31# Brutal


    Memanglah roh si mati tidak buat kacau. Yang buat kacau adalah 'karim'nya.. 'karim' adalah jin yang bersama-sama dengan kita sejak kita lahir hinggalah kita mati. Apabila roh sudah terpisah ngan jasad, 'karim' si mati atau jin itulah jadi jelmaan kita.. kalau kamu baik maka baik lah karim tu. kalau jahat.. sendiri mau ingat la..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 04:07 PM | Show all posts
Reply 33# kelbey_bl
lebih baik kita panggil jin tu sebagai Qarin...sebab kalau panggil Karim, takut ada plak kawan2 yg nama Karim terasa...

berkenaan Qarin ni...tak semestinya ia baik walaupun si manusia kembarnya itu baik...
malah, setahu aku, kebanyakkan Qarin ni mmg suka mengacau manusia...agar timbul fitnah setelah kematian manusia kembarnya itu...jarang aku terdengar Qarin yg baik...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 09:31 PM | Show all posts
Reply  aikee04

saya hanya boleh bagi 1 klu saja di mana rumah itu. kepada para pembaca yang nak  ...
kelbey_bl Post at 9-7-2011 00:23



    .....ye ke? nanti ai cuba cari2... tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2011 11:40 PM | Show all posts
Terkena badi orang mati

Kisah ini sangat menyayat hati. Kejadiaan yang berlaku dengan tiba-tiba. Pada pagi yang indah itu cuaca agak mendung di pagi hari sabtu awal 90-an. Pada masa itu aku ke sekolah untuk menghadiri aktiviti kokurikulum sekolah.

Setelah balik sekolah pada sebelah tengah hari, dalam perjalanan aku terjumpa 2 orang sepupu aku yang bergegas ke suatu tempat yang aku tak pasti. Kami hanya sempat bertentang mata dan dia berkata ‘ dia sudah tiada..’ dan terus berlalu.

Masih dalam persoalan.

Aku kurang faham maksudnya sehinggalah aku hampir sampai di rumah, aku lihat sudah ramai saudara-mara ku dari jauh, jiran, pakcik-makcik berkumpul di depan rumah. Ada yang potong kayu, ada yang berkumpul bercerita, ada yang termenung.

Apa yang berlaku? Sangkaan mungkin ada majlis keramaian atau kenduri siapa-siapa ke..
Makin dekat dengan rumah terdengar tangisan, jeritan dan wajah muram dan sedih terpampang pada orang di sekelilingku. Tiada siapa pun yang menyambut kepulanganku dari sekolah. Hinggalah aku naik sendiri di atas tangga dan menuju ke serambi depan rumah ku lihat ada sekujur tubuh kaku terbungkus dan terletak di tengah-tengah ruang rumah. Siapa yang sudah meninggal dunia?

Ibuku?

Tiba-tiba ku lihat seorang yang ku kenali datang setelah menyedari kehadiranku segera memelukku. Itulah ibuku yg tiba-tiba peluk tak bagi salam.. hehehe

So siapa yang meninggal dunia?

‘Mana bapak?’ kata ku dengan berat sekali

‘  Itu...’ kata emak sambil menangis

‘Mana?’ aku cuba cari kepastian

‘Kat bawah tengah uruskan persiapan pengkebumian..’ jawab emakku

Selamat.. ingatkan tubuh kaku itu salah sorang parent aku.

Habis tu siapa yang mati?

Dia ialah sepupuku yang mudah beberapa tahun dari aku. :cry: Rakan yang baru semalam kami bermain guli di bawah rumah (bawah kolong). Rakan yang baru kami mandi sungai bersama. Rakan yang tak pernah lekang dari pandangan ku sejak dia berpindah ke rumah di kampungku sejak ayahnya sakit.

Akhirnya dia yang pergi dulu sedangkan ayahnya sudah bertahun lumpuh tetapi belum di jemput Ilahi. Dugaan yang dahsyat..

Sepupuku kemalangan pada pagi itu. Dia di langgar kenderaan pacuan empat roda semasa berjalan kaki ke sekolah bersama seorang lagi sepupunya dan rakan sekolah. 2 orang itu hanya cedera ringan kerana sempat mengelak tetapi tidak pada arwah. Takdirnya sudah tersurat mati dalam keadaan begitu.

Arwah meninggal dalam perjalanan ke hospital. Setelah mendapat pengesahan dari doktor, jenazah sepupuku terus di bawah ke rumah dan atas permintaan keluarga bedah siasat tidak di lakukan. Di rumah abangku memainkan peranan. Dia sorang doktor. Beliau sempat menjahit tangan yang hampir tercabut dari bahunya dan koyakkan pada sebelah pipi kanan akibat kemalangan tersebut. Aku di samping abangku semasa jahitan di lakukan. Masa tu aku sedang membuat dinding dengan selimut agar orang lain tidak nampak aib si mati. Abg aku ajar agar berzikir sepanjang beliau menjahit. Biarlah tubuh itu sempurna semasa di kebumikan. Wajah sayu, bersih arwah kekal dalam fikiranku hingga ke hari ini.

Misteri bermula esok petang selepas pengkebumian arwah. Dekat rumah ku jarak dalam 40 meter ada sebatang sungai. Petang itu semasa aku hendak ke sungai untuk mengambil air aku lihat ada seseorang sedang berdiri seakan-akan hendak terjun mandi di hujung jambatan. Aku yang memang suka mandi sungai memang jarang melepaskan peluang mandi kalau ada kawan. Jarak pandangan aku pada orang itu kira-kira 30 meter sahaja. Aku pantas berlari ke arah dia dan berkata..

‘apalah dorang ni, mandi tak ajak pun..’:@

Dengan wajah sedikit keriangan berlari ke arah sungai tersebut tiba-tiba seseorang yang aku lihat tadi sudah tiada. Aku masih mencari-cari mana dia pergi. Dah menyelam ke? Sembunyi ke? Tapi keadaan pada masa tu tiba-tiba sunyi. Dah dekat gelap rupanya. Tak jadi mandi petang itu. Aku tak terfikir apa-apa pun lantas balik rumah dengan perasaan frust.

Dalam perjalanan balik rumah aku berfikir siapakah orang tadi tu. Jelas tubuh badannya. Kulit gelap, pendek, berambut pendek. Muka menghadap sungai hanya nampak sipi-sipi wajahnya. Ops! Itu bukan arwah ke tu? Memang aku terfikir orang itu adalah arwah tetapi kerana ingat nak mandi sungai, terlupa yang orang itu sudah mati. Sekilas pandang pada mulanya memang dia dan aku jadi lupa bahawa dia sudah mati. Seram aku masa tu...
Malam itu bermula episod seram. Aku jadi demam dengan tiba-tiba. Muka pucat. Selera makan langsung tiada. Seminggu aku demam. Aku tak lapar. Seminggu tak sentuh makanan. Ke klinik doktor tak dapat kesan penyakit. Setiap kali makan akan aku muntahkan. Apa yang aku rindukan adalah bulan terang. Waktu malam aku selalu duduk luar rumah melihat bulan. Kadang-kadang aku tak sedar apa yang aku buat. Tiba-tiba aku di sungai duduk di tepi batu pada waktu malam dan subuh. Apabila aku sedar aku kadang-kadang lupa di mana aku berada. Aku seperti mempunyai teman. Aku banyak lupa ingatan. Kadang ketika aku rendam tangan dalam sungai aku lihat tapak tangan seperti bukan tangan ke. Tangan aku jadi pucat seperti tangan orang mati.

Peristiwa berlarutan selama seminggu hinggalah seorang nenek kat kampung cuba mengubati penyakit misteri aku itu. Dengan sentuhan cuping telinga sahaja, nenek itu tahu aku kena badi orang mati. ‘Keteguran’ dari arwah sepupuku.

Mungkin ‘dia’ nak ajak mandi petang tu seperti kebiasaan tetapi alam kami sudah berbeza pada masa itu. Kalau mandi ngan dia sampai berjam-jam, kadang-kadang tunggu bapa panggil ngan rotan baru balik.. huhu

Dan ada beberapa peristiwa ganjil yang tidak dapat aku jelaskan atau kongsi pada korang untuk menjaga nama baik si mati. Al-fatihah pada arwah si mati. Semoga kita bertemu di alam akhirat kelak.

Inilah pengalaman aku bertemu bayang-bayang orang yang sudah mati dengan mata kasarku sendiri.

Lepas ini satu lagi cerita seram jugak yang tidak kurang hebatnya ingin saya kongsi. Kisah hantu berbangsa india yang mengganggu kejiranan kami di Jalan Klang Lama. Kisah rumah sewa jugak tetapi masa tu aku sudah berkerja. Sungguh tragis hantu ini sebab saya boleh panggil hantu ini ‘family ghost’. Jelmaan hantu dari keluarga yang bunuh diri..

Seram aku nak cerita... Next k.. Ada berani.. baca cerita ini tengah malam jumaat.. ahak!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2011 11:40 PM | Show all posts
selamat membaca..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 08:58 PM | Show all posts
bole tahan jugak tahap keseraman kisah si pencerita ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 10:07 AM | Show all posts
Reply 32# kelbey_bl
mcm ku tahu aje umah itew.....nmpk cam suram gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 10:36 AM | Show all posts
boleh tahan seram jugak pengalaman TT.
saya dulu masa praktikal tinggal di sek 17, Jalan Kap..kalau x silap..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.766446 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list