CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kelbey_bl

Himpunan Kisah Misteri dan Seram dalam Hidup kelbey_bl

[Copy link]
 Author| Post time 12-7-2011 05:20 PM | Show all posts
Rumah Jalan Klang Lama

Rumah bujang ni aku duduk pada awal 2005. Sebelum ni duduk shah alam kerja kat KL. Duduk shah alam bukan S17 k. Sana ada ghost... tapi duduk S7 belakang UiTM. Oleh kerana jauh opismate ajak menyewa kat Jalan Klang Lama di Taman Sri Sentosa. Sorry ye kepada penduduk2 di Taman Sri Sentosa jangan seram k. Ini sekadar perkongsian je.. rasanya kepada orang lama tahu peristiwa ini berlaku tetapi yang mengalami peristiwa ini jarang kedengaran.

Setelah persetujuan dengan owner dan dah bayar deposit barulah aku tahu rumah itu dah lama kosong. Mmmm macam cerita kat S17 plak. Sekali lagi aku terpaksa duduk rumah itu sorang2 selama sebulan kerana opis mate yang ajak aku duduk sekali tidak dapat pindah memandangkan masalah peribadi.

Aku duduk sorang taklah seram pun. Tapi masa tu rumah dah lengkap. Ada TV, peti sejuk, komputer, mesin basuh, dapur so kebanyakkan masa lepas balik kerja aku duduk rumah. Aku sudah lupakan cerita kat S17 tu.

Dua minggu lepas itu sekali lagi rakan sekelas ku masa form 5 menumpang rumahku sebelum balik kampung untuk bertunang. Aku mengalu-alukan sebab ada kawan. Aku sebelah malam je ada kat rumah. Dia atau nama panggilan Din banyak menghabiskan masa di rumah setelah urusan peribadinya selesai.

Setelah duduk seminggu akhirnya Din mintak izin untuk keluar rumah dan balik kampung. Dia pun bertanya.

‘kau duduk sini tiada apa-apa ke?’ Din bertanya

Aik... macam dialog abg zul plak..

‘tiada rasa apa-apa pun, kenapa?’ Balas ku

Mmm sah macam ada sesuatu je yang tak kena. Din mula bercerita.

Sebenarnya dia di ganggu oleh penunggu rumah itu. Aku sekali lagi terpukul ngan cerita seram ini. Mula-mula masa dia tidur tengah hari dia terdengar ada orang sedang mandi. Sebelum itu dia dengar ada orang buka pili paip kat bilik air. Apabila dia tengok tiada apa-apa berlaku. Kemudian dia sambung tengok TV. Sekali lagi terdengar bunyi shower kat bilik mandi. Kali ini dalam keadaan dia sedar.

Rumah sewa aku di tingkat 5 paling atas. Rumah flat paling atas ada 4 rumah berkongsi satu lantai. 2 buah rumah kosong. Jiran sebelah ada pada waktu malam sahaja sebab laki bini kerja. Aku tak bertanya apa tindakan lanjut. Sendiri mau ingat la..

Jadi siapa yang main air tu? Aku tak dapat menjawab misteri itu. Din tinggalkan aku ngan kenangan seram di rumah itu. Bukan saja siang tapi malam pun dia di ganggu jugak. Tapi aku ada 1 minggu lagi sebelum house-mate aku masuk rumah tu. Dah lah ada 3 bilik dalam rumah tu. Aku duduk kat bilik besar sorang-sorang.

Walau bagaimanapun cerita Din ni tak seram lagi. Lepas ni aku cerita yang lebih seram di mana makhuk itu menampakkan dirinya dan di saksikan oleh ramai orang. Aku akan ceritakan kisah-kisah yang berlaku disekeliling rumah itu yang di alami jiran sebelah aku.

Moral.. kenali lah jiran anda. Kerana jiran anda banyak tahu yang anda tak tahu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2011 05:42 PM | Show all posts
mantap al crita TT
btol kenali jiran anda sila smbung
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 09:45 AM | Show all posts
perh..leh tahan tahap keseraman citer TT ni....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 05:26 PM | Show all posts
best2 cerita kat sini, tp wpun best aku berdoa aku tidak terjumpa mana2 keadaan dlm cerita ni huhu... mintak di jauhkan..

:p
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 10:51 PM | Show all posts
Reply 36# kelbey_bl


  Aka rasa kau mmg rindu ngan sepupu kau.....tue AMIN
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 03:01 AM | Show all posts
tolong sebarkan benda ini and 'like' it

100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation
http://www.facebook.com/pages/10 ... ion/223344854372583

bersama-sama kita suarakan suara hati kita: let's join this page
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2011 10:24 AM | Show all posts
best! best!
sila sambung yer TT, sementara kucen tgh free ni boleh baca. klu dh start dtg keje, kena sambung baca kemudian la.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 10:25 AM | Show all posts
dh nasib TT, slalu dpt umah sewa yg angker
<---x sedar diri sbb slalu gak cam TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2011 11:02 AM | Show all posts
Reply 44# fielah


    Betul tu.. kata orang kalau dah jumpa sekali... Akan jumpa banyak kali...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2011 11:04 AM | Show all posts
Reply 45# sofiera


    Rindu main guli sama-sama...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2011 11:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by kelbey_bl at 14-7-2011 11:19

Sambungan cerita seram di Jalan Klang Lama

Setelah berbulan duduk rumah tu, penghuni bertambah. Cerita misteri ini semakin menarik apabila jiran sebelah sudi berkongsi pengalaman. Jiran sebelah pun mengaku bahawa pada sabtu dan ahad dia tidak akan bermalam di rumahnya sebaliknya dia akan balik kampung area lembah klang jugak.

Kisah bermula apabila anak lelakinya baru masuk tadika terlihat benda terbang di tingkap ruang tamu. Benda terbang itu seperti bola api sering berlegar-legar di ruang tingkap pada waktu maghrib. Bukan sekali, bukan dua kali tapi  banyak kali terjadi.....

Dah lah duduk rumah tingkat 5, top floor takkan ada orang main bola api kat tepi tingkap tu. Pernah juga abg jiran itu berlari cuba melihat benda terbang tu pada waktu maghrib ketika anak dia panggil tetapi gagal. Bola api tu hanya suka menjelma pada budak itu  saja.

Kemudian peristiwa gangguan pada kawan-kawan aku bermula. Banyak yang ringan-ringan je tetapi tidak pada kawan aku sorang ni. Malam tu dari tingkat 5 menghadap jalan kawan aku bernama Li sedang memperhatikan jalan raya di mana polis sedang buat road block. Time tu kul 1-2 pagi. Kerana belum ngantuk Li suka tengok gelagat orang kena tahan polis sambil check lesen dan road tax.

Tiba-tiba polis menyuluh tepat pada muka Li. Jarak dari jalan ke rumah sewa kami kira-kira 70 meter. Betul-betul tepi jalan termasuk rezab jalan. Polis memanggil-manggil Li untuk turun. Bukan sorang polis tu je yang panggil tapi ramai lagi.

‘Turun!.. turun!’ kata polis dengan pembesar suara.

Li pun turunlah dalam keadaan seribu satu soalan kerana takut polis akan buat serbuan kalau tak turun. Dengan perasaan berdebar-debar Li menuruni tangga dan berlari-lari anak mengadap polis itu dengan perasaan ingin tahu. Setelah berada depan polis yang di pisahkan dengan pagar rumah polis tersebut masih lagi mendongak ke tingkap tempat Li skodeng polis buat operasi tadi.

Rupa-rupanya ada seekor makhluk berwarna putih sedang elok duduk atas atap tingkat 5 tu. Bawah atap tu tingkap di mana Li memerhatikan polis tu. Li yang nampak lembaga itu dan beberapa orang lagi jadi saksi terkedu seketika. Hinggalah perlahan-lahan makhluk itu terbang berpusing-pusing atas atap dan ghaib.

‘Aku suruh ‘orang’ tu turun bukan kamu’ tiba-tiba abg polis tu bersuara pada Li

Li yang masih lagi tergamam keluh lidah berkata.

‘Macam mana nak balik rumah ni?’ Li berbisik

Rupa-rupanya ada seekor makhluk macam manusia duduk bertenggek atas atap tu mempunyai tabiat macam Li tengok polis buat road block pepagi

So aku tutup cerita itu sampai sini, bagaimana Li balik tu kamu sendiri bayangkan la. Anda baru saja nampak di atas atap rumah sewa anda tempat hantu bertenggek, kemudian malam tu anda kena balik jugak sebab mana lagi nak tidur..

Sebenarnya terdapat pemujaan roh di lakukan pada setiap hujung minggu atau sebulan sekali di rumah depan tempat kami menyewa. Dulu aku sangkakan rumah depan kosong rupa-rupanya ada upacara di lakukan oleh sami india pada seminggu sekali. Kadang-kadang sebulan. Ramai datang..

Akhirnya abg jiran itu bercerita di sebalik kejadian ini.

Misteri terjawab sebelum rumah flat tempat kami sewa itu siap. Terdapat satu keluarga setinggan pernah tinggal dekat dengan perumahan flat itu dan keluarga tersebut berbangsa india. Rumah itu tepi sungai. Bekas tapak rumah setinggan itu tidak jauh dari rumah flat yang kami sewa. Menurut cerita orang-orang kat situ ada satu keluarga berbangsa india telah bunuh diri dengan membakar diri serta rumah. Keluarga itu terdiri seorang ayah, ibu dan anak. Mereka membunuh diri akibat tekanan hidup dan hutang.

Budak yang tak bersalah terpaksa terima akibatnya. Isteri yang taat terpaksa patuh pada keputusan suami. Mungkin kepercayaan mereka ada karma atau nirvana dalam kehidupan mereka. Dan mereka percaya akan lahir sekali lagi dengan nasib yang baik.

Hidup.. hidup memang perit kalau tak bersyukur..

Akhirnya roh mereka tak pernah tenteram dan sering mengganggu kejiranan kawasan itu. Penyesiasatan kami tidak terhenti di situ. Memang pasti banyak rumah-rumah kosong di kawasan flat berkenaan. Andaian kami rumah kosong itu mungkin akibat gangguan makhluk halus. Terutamanya blok yang dekat dengan sungai. Then siapa yang berani tu kira boleh lah bertahan. Kesian pada family tu....

Mmm aku tak di gangggu ke? Ada... cuma minor saja. Cuma yang aku pelik handset aku hilang kat dalam rumah itu.

Aku tengok tv dan letak hp kat depan tv. Aku masuk bilik kejap then aku balik hp aku hilang. Pada masa tu hanya aku sorang dalam ruang tamu dan pintu berkunci.. mmm siapa curi hp aku dalam rumah berkunci. Tapi tingkap terbuka... ops! tingkap tiada balkoni k. Buka tingkap terus nampak parking dari tingkat 5. Misteri.....

Nak cerita seram lagi? Aku akan himpunkan kisah-kisah seram berlaku di sekelilingku. Short story la..  Untung sabut nampak hantu tu, untung batu mamang tak nampak lah dia cuma dapat rasa je..

Cerita pengalaman orang di sekelilingku yang pernah mengalami gangguan minor and major. Pengalaman dorang lagi dahsyat, aku nak cerita pun seram..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 07:58 PM | Show all posts
uishh seramnyaaaa
-tp polis tu berani surh hantu tu turun, ehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 09:14 PM | Show all posts
sambung la lg TT
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 10:36 PM | Show all posts
tt..mntk izin nk betulkn info sket..umah puaka sek 17 tuh jln kerapu kn..klu ikut main road sek 17 ..die berhadap ngn stor / bngkel jps..bukan stor jkr..jgn mareee yerr..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 01:38 AM | Show all posts
Cerita pengalaman orang di sekelilingku yang pernah mengalami gangguan minor and major. Pengalaman dorang lagi dahsyat, aku nak cerita pun seram..


cerita yg dasat2 ni la yg kamik org2 yg kehausan ni perlukan TT ...biar kasik smpai termimpi2 ..teruskan bercerita TT
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 10:02 AM | Show all posts
Reply 51# kelbey_bl


    berani ya pak polis tu suh turun2...seramnya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2011 10:03 AM | Show all posts
cerita yg dasat2 ni la yg kamik org2 yg kehausan ni perlukan TT ...biar kasik smpai termimpi2 .. ...
mrjinggozzz Post at 15-7-2011 01:38



    betul3x...nak lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2011 04:31 PM | Show all posts
Reply 54# soptg


   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2011 05:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by kelbey_bl at 20-7-2011 17:08

Kisah Pencuri dan Hantu Bangkit

Kesahihan cerita ini tidak dapat di pastikan tetapi banyak saksi mengatakan bahawa cerita ini benar dan pernah terjadi. Kisah sang pencuri yang mempunyai hobi mencuri buah mangga wanni atau spesis mangga harum manis. Pencuri ini bergerak berkumpulan dan aktif pada waktu malam terutamanya apabila musim mangga bermula. Biasa aku dengar curi buah durian je..  

Di sebuah kampung yang tidak berapa terkenal al kisah ini bermula. Kampung itu terletak di tepian pantai dan tanaman utama penduduk kampung tersebut ialah pokok mangga.

Pada hari kejadian sekumpulan pencuri memulakan aktiviti mencuri mereka pada tengah malam. Tiada apa yang dapat menakutkan pencuri ini kecuali polis. Pencuri akan membawa guni untuk membawa hasil curian mereka. Pencuri itu bernama ali (bukan nama sebenar). Dalam kumpulan itu dia adalah ketua.

Pada malam itu, ali memanjat pokok mangga wanni itu dengan laju kerana operasi mereka pada malam itu agak lewat. ini kerana pada hari itu penduduk kampung baru sahaja selesai mengadakan tahlil sebab pada siang hari ada seorang penduduk kampung berkenaan telah meninggal dunia.

Setelah sampai di atas pokok, menjadi rutin ali akan makan mangga itu dulu sebelum memetik satu per satu dan gugurkan ke tanah.

Sedang dia bersandar menikmati buah mangga itu tiba-iba terdapat satu gegaran pada pokok mangga itu. Ingatkan gempa bumi. Ali mula peka pada keadaan sekelilingnya. Di perhatikannya dari atas pokok itu, ali cuba meninjau kalau-kalau ada yang sedang menyedari perbuatannya itu. Tidak lama kemudian, ali baru sedar bahawa pokok mangga yang dia panjat betul-betul berada di tengah-tengah kawasan perkuburan. Peliknya, takkan dia tidak perasan sebelum memanjat bahawa pokok itu terletak di kawasan perkuburan.

Biasanya pencuri akan mencari pokok mangga yang lebat dengan buah sebagai sasaran utamanya. Tak kira pokok itu atas kubur ke, sebelah balai polis ke.. yang penting hajat tercapai.

Ali tidak panik kerana dia tidak pernah takut dengan hantu, lebih-lebih lagi kawasan perkuburan yang semestinya orang mati semua..

Sedang ali meninjau-ninjau batu-batu nisan kawasan perkuburan itu tiba-tiba matanya terpacak pada satu kubur yang masih merah lagi tanahnya. kubur itu betul-betul terletak di bawah pokok mangga tempat ali panjat. Matanya serius melihat kuburan itu kerana dia dapati terdapat pergerakan pada kubur itu. Batu nisan mula bergoyang. ali makin tak tentu arah. hanya mampu berdiam dan menjadi pemerhati yang setia.

Tiba-tiba muncul sebuah lembaga hitam menjelma atas kubur itu.

"Hantu bangkit" ali mula meneka dalam keadaan seram dan panik

Sebelum ini ali pernah terdengar kisah hantu bangkit di kampung itu tetapi ramai yang tak percayainya kerana tidak pernah berjumpa dengannya.

Ali memeluk pokok mangga itu dengan erat. Kali ini hanya anak matanya yang berani melihat lembaga itu yang terbaring atas kubur kemudian bangun duduk dan seterusnya berdiri. Ali yang macam orang mati akal hanya menutup mulutnya kerana tak mahu menjerit. Bau busuk mengiringi hantu bangkit itu yang setia berdiri atas kuburnya. Adakah hantu bangkit ini si polan yang baru meninggal siang tadi? Kenapa dia bangkit?

Apa dah terjadi pada ali aku sambung esok. dah pukul 5 aku nak balik rumah dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 12:04 AM | Show all posts
Ada berani.. baca cerita ini tengah malam jumaat.. ahak!
kelbey_bl Post at 9-7-2011 23:40


mak aih,warning ape ka ini?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.150542 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list