CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6158|Reply: 59

Akhil tidak boleh tinggal rock

[Copy link]
Post time 31-7-2011 08:18 AM | Show all posts |Read mode





LELAKI kelahiran Perak ini adalah salah seorang daripada sederet pemuzik yang dengan diketuk sedar lalu meninggalkan kehidupan pentas dan memilih untuk mendekati Allah. Kisah hiruk-pikuk itu sudah jadi episod masa lalu buat Akhil Hayy yang kini disapa ‘ustaz’.
Buka bicara Akhil, memang ada pertikaian dalam gelaran itu namun menyelak kembali lembaran kisah dulu, panggilan itu sudah menyapa dirinya sejak 1996. Ustaz itu guru, kata Akhil. Dia bermula dengan mengajar al-Quran ketika di Ipoh. Masuk ke sekolah pondok dengan azam untuk menjadi orang yang lebih baik. Tambahnya lagi, mata hati insan berbeza-beza.
Sejak itu dia digelar ustaz dan melekat hingga kini. Daripada seorang rocker, dia melepaskan gelaran vokalis D’Riyadh dan merombak karier solonya. Toleransinya dengan cubaan hidup berubah warna.
Bangun dengan cubaan
Senyap seketika sesudah menikahi selebriti wanita, Waheeda selepas selaput cerita hitam menerjah perjalanan cerita mereka, kini Akhil kembali dengan cubaan.
Bukan cubaan luar biasa, sebaliknya sebuah program dengan judul Cubaan digalasnya sebagai pengendali. Sebuah program santai dengan kamera tersembunyi untuk merakamkan beberapa cubaan moral untuk dijadikan iktibar kepada masyarakat.
“Saya enggan menamakan konsep Cubaan sebagai ‘prank’. Sebaliknya ia adalah sebuah pendidikan kerohanian. Konsep ilmu, ia harus didatangi tetapi untuk program ini saya melihat kepada sebuah wacana mencari hikmah di sebalik realiti kehidupan. Astro Oasis pula membawa wadah untuk berdakwah,” ujarnya yang turun padang bersama team produksi untuk menumpahkan serba sedikit ilmu buat khalayak.
Mungkin juga melenturkan sedikit ‘dawai’ di hati khalayak.
Sudah dipertontonkan pada setiap  Sabtu pada pukul 7.30 malam bermula 16 Julai  lalu di Astro Oasis (Saluran 106), Akhil banyak tersenyum seakan puas kerana terlibat dengan program pengisian rohani ini.
Mendatangi khalayak di jalanan seperti di Masjid India, dia  menjadi pemerhati budaya dan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap cubaan-cubaan yang dipertaruhkan sebagai umpan.
“Saya sendiri banyak belajar. Kita mungkin membuat andaian sendiri tentang sikap keprihatinan. Daripada apa yang berlaku depan mata saya, saya lihat hakikat sebenar bahawa orang Melayu, Cina dan India itu prihatin tanpa mengira bangsa. Tiada perkauman dalam menghulurkan bantuan,” ujarnya yang teringat salah satu lakonan wanita mengandung memerlukan pertolongan dan seorang lelaki India datang menghampiri.
“Namun pada satu sisi juga, saya melihat orang kita lambat bertindak. Suka ikut naluri sendiri. Ada yang sekadar memerhati.
“Tahap sporting mereka sederhana kerana orang kita tidak suka dipermain-mainkan malah boleh dikatakan pemalu,” ujar Akhil tentang program 13 episod tersebut yang turut menerjah marhaen untuk berzikir dan membaca doa secara spontan, di kala mereka tidak bersedia. Kemudian menutup setiap episod dengan kesimpulan beserta hadis sebagai rujukan.
Akhil menerjah khalayak sebagai hos dan di sebalik itu dia menjadi ustaz yang tidak tipikal. Pendekatannya santai kerana jemaah yang didekati di jalanan tidak sama dengan yang dihampiri di majlis-majlis kerohanian yang dikendalikannya di masjid mahu pun surau.
“Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang harimau, kita yang kena makan (ketawa). Maksudnya saya akan menyesuaikan keadaan dan pemakaian dalam menyampaikan pesan,” ujarnya dengan harapan agar melalui program ini, khalayak terbuka hati untuk mengkaji ilmu agama di madrasah sebagai susulan.
Dugaan Usia 40
Dilemparkan soalan buat Akhil yang nampak tenang sekarang, bukan sekadar raut wajah tetapi juga tenang dalam perjalanan hidupnya kini. Tidak lagi berombak seperti satu ketika. Soalan tentang cubaan hidupnya kini. Bukan bermaksud untuk menyingkap cerita silam namun sekadar berkongsi pembelajaran buat seseorang yang diduga pada usia 40 tahun. Kononnya usia keramat untuk kebangkitan seorang lelaki.
“Orang kata kehidupan lelaki bermula pada usia 40 tahun. Melihat fakta sebenar, nabi ditugaskan menjadi Rasul pada usianya 40 tahun.
“Dugaan awal hidup saya berawal pada tahun 1996 ketika bermula mahu jadi ustaz. Kemudian datang lagi pada usia 40 tahun. Saya diuji cabaran dan getir. Menduga antara nafsu dan iman,” ujar Akhil yang kini berusia 42 tahun yang enggan menyebut cerita lama. Biar ia menjadi cerita masa lalu dan yang dibelek hanya pembelajaran.
“Cubaan ketika itu adalah maruah. Sekali tercalar susah untuk dikembalikan. Palitan demi palitan saya terima. Mungkin saya terlepas pandang lalu diberi ujian, tapi saya survive. Saya yakin dengan kuasa Allah. Saya diuji sama ada mampu atau tidak berhadapan dengan ini semua,” ujarnya merujuk kepada ujian bergelar lelaki pada usia 40 tahun.
“Saya tidak mahu jadi ustaz yang tipikal. Saya buat cara saya dengan mengagungkan Rasul junjungan. Saya mahu menjiwai watak beliau dan dijadikan contoh terbaik,” ujarnya jelas dalam nafas penyampaian dakwah. Satu laman yang sudah diteroka selama 15 tahun kini.
Tidak meletakkan diri di zon selesa setelah semua cubaan ‘dunia hiburan’ telah pudar mengikut masa, dia menganggap setiap hari dan kerja yang datang adalah cabaran buat dirinya.
Mahu buat album rock
Bakal sibuk dengan pelbagai perancangan sempena Ramadan, kata Akhil rutinnya dia akan berbuka di kampungnya di Gopeng pada setiap 1 Ramadan. Pulang ke Kuala Lumpur kemudiannya untuk tugasan dakwah dan selebriti, Akhil yang menubuhkan Akhil Network turut menganjurkan pakej umrah lengkap kembara sufi siri 2012.
“Selain itu, saya juga akan  sibuk dengan program Laman Nurani, Raya Imam Muda dan Marhaban di Astro. Pada 3 Ogos ini, saya akan terbabit dengan pelancaran pakej umrah serta tazkirah dan lagu,” ujarnya yang kemudian menerangkan tazkirah dan lagu adalah konsep satu hiburan dan dakwah yang datang dengan kos RM30. Harga itu akan memberikan ceramah dan cenderahati buat khalayak yang mendaftar.
Ditanya tentang jiwanya yang dahulu bermula dengan dunia rock, Akhil mengaku masih menjadikan grup Nightwish dan Within Temptation sebagai salah satu halwa telinga.
“Saya gemarkan juga lagu-lagu yang bersifat spiritual. Suka dengar lagu-lagu runut bunyi filem epik. Merujuk kepada zaman nabi dahulu, penyair seperti Tufail bin Amr Ad-Dausi dan Hassan bin Tsabit juga diiktiraf. Kaedah seni adalah antara cara untuk berdakwah dengan  mudah. Rugi kalau kita tidak manfaatkannya,” ujar Akhil mungkin mahu memperjelaskan terhadap sorotan tajam terhadap hiburan buat sesetengah masyarakat.
Menerobos masuk ke dalam jiwanya yang masih punya akar rock, dia berkata jujur bahawa masih ada pemberontakan di dalam dirinya yang bakal dikeluarkan.
“Saya merangka untuk membikin album rock. Sedang susun barisan pemuzik yang masih dirahsiakan. Tapi saya mahu buat cara akustik. Ini adalah ruang pemberontakan saya. Nantikan sahaja,” senyumnya seraya menambah bahawa album kelimanya juga bakal dikeluarkan dan isteri tersayang telah menyumbangkan dua buah lagu dalam album tersebut. -kosmo-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2011 09:25 AM | Show all posts
meluat!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 09:26 AM | Show all posts
conman. {:1_125:}
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 09:37 AM | Show all posts
gud luck la akil oi
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 09:50 AM | Show all posts
kalau album dia dipecahkan jadi 18 pun tak nak beli serpihannya .....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 09:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2011 09:59 AM | Show all posts
rancangan bagus... memang i layan cubaan ni, tapi pengacaranya agak over... better lepas ni ambil orang lain, time dia terjah orang macam sengaja je nk suruh orang tu ngaku... agak mendesak. kesian plak tengok mangsa2 tu... macam direndah2 aje.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 10:03 AM | Show all posts
buuueeeekkkkkk!!!nyampah aku.nyesal aku beli album ko dolu2...smpai skang aku tak hingin dah nk dengar lagu ko...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2011 10:07 AM | Show all posts
Apa2 la akhil oiii, koser aku dgn kau ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 10:08 AM | Show all posts
ngape le allergic tahap gaban ngan akhil hak tuih ni....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 10:33 AM | Show all posts
Wahida bila nak beranak? {:1_125:}
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 11:09 AM | Show all posts
Wahida belum beranak tu pun kira "cubaan" ka jugak tu huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 11:16 AM | Show all posts
Wahida bila nak beranak?
ladida Post at 31-7-2011 10:33




ko laki atau ppuan?

islam atau bukan?



aku bukan apa.... bosan bila org yang blm dapat branak ..diperli2 dengan soklan2 mcm nih..............

kalau anak tu boleh di beli....... dah lama ada anak oke....
tak paham2 lagik ke....anak nih rezeki, anugerah dari Tuhannnn????!!!!!!!
jimak juta2 kalu kau Tuhan tak kasik.... takde jugak ...

aku harap ...1 hari nanti ko akan di ajukan soklan2 seperti yang ko tanyakan tuh...
soklan mcm org tak blajar agamammmaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 11:16 AM | Show all posts
Wahida belum beranak tu pun kira "cubaan" ka jugak tu huhuhu
chantry Post at 31-7-2011 11:09


ini aku stuju...........
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 11:29 AM | Show all posts
all the bestla akhil hay...tp mmg the best kalo ko bersara dan ilang trus dr industri seni ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 12:16 PM | Show all posts
rancangan bagus... memang i layan cubaan ni, tapi pengacaranya agak over... better lepas ni ambil or ...
yeos Post at 31-7-2011 09:59


yup..ini i stuju btol...smlm i tgk yg psl tilik nasib tu...ada sorang pakcik berenti n nasihat kat pelakon yg jd tukang tilik nasib tu psl syirik, then pelakon tu cakap2 n amik pegang tangan pakcik tu...pakcik tu pon terkedu jap...pastu si akhil perasan alim ni dtg, dia punya ayat  seolah pakcik ni nk terjebak ngan tilik nasib ni...menyampah btol i...sbb i salute kat pakcik ni coz berani singgah n cakap hal yg benar...walupn ayat si akhil ni x teruk sgt, tp still i kurang berkenan....lg 1, psl bagi makanan kat org cacat mental, ada sorang brader ni x bagi....si akhil ni dtg kat brader tu and cakap dalam byk2 orang, brader ni sorang je x bagi makanan...walupn cara brader kurang baik, tp maybe dia ada sebab...x perlulah memalukan dia depan tv...x boleh ke diblurkan mukanya?.....Islam pon x suruh kita mengaibkan orang lain....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2011 01:58 PM | Show all posts
yup..ini i stuju btol...smlm i tgk yg psl tilik nasib tu...ada sorang pakcik berenti n nasihat k ...
exclusive_vvip Post at 31-7-2011 12:16


aku pun setuju sgt..x baik di aibkan brader tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 03:12 PM | Show all posts
bolah laku ke dia nih ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 03:25 PM | Show all posts
rancangan bagus... memang i layan cubaan ni, tapi pengacaranya agak over... better lepas ni ambil or ...
yeos Post at 31-7-2011 09:59



memang la bagus , sebab konsep dia ditiru bulat bulat dari sebuah rancangan Arab.yang disiarkan di tv hijrah pukul 9.30 malam..sepatutnya kasi la kredit tapi tak da pun , seolah olah idea asal dia orang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 04:50 PM | Show all posts
memang la bagus , sebab konsep dia ditiru bulat bulat dari sebuah rancangan Arab.yang disiarka ...
cm_matjawasp Post at 31-7-2011 15:25



    oh... patutlah... thanks bagitau... ingatkan macam imam muda tu rancangan perintis...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.075756 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list