CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33424|Reply: 222

Kerana buah durian aku dijatuhkan talak 1

  [Copy link]
Post time 31-7-2011 10:08 PM | Show all posts |Read mode
salam
Entah laaaa, aku pun tak tau sama ada ia benar2 terjadi atau tidak tapi yang pasti aku sekarang di dalam keadaan ragu2, ceritanya begini, sekarang musim durian so aku ada la minta suami aku membeli durian, dalam masa yang sama aku dah janji nak ngan adik2 aku kalo suami aku beli durian aku akan hantar beberapa biji kat umah dorang, pada suami aku beli durian , aku tak jamah satu ulas pun sebab aku kecik ati suami aku beli `tak seperti yang dijanjikan, tak banyak la dia beli, so mana cukup nak bagi adik2 aku, aku bukan aper adik2 aku beli dorang ingat ipar dorang (suami aku) so bila time laki aku beli dia langsung tak ingat ipar2 dia ( adikberadik aku).....
keesokannya aku kuar ngan laki aku beli baju raya anak2 aku, kebetulan aku nampak durian tepi jalan, so aku suh laki beli, ya allah sedih tak terkata, 'adik beradik kau nak makan, nak menyusahkan aku pulak, ....aku dengan tersentap kat hati terus masuk dalam ketete, sepanjang perjalanan ke rumah aku menangis tanpa sepatah kata, kenapa disebabkan durian aku ditengking macam tuh.....bila pertengah jalan nak keumah laki aku berhenti , rupa-rupanya dia beli durian tapi  dalam masa yang sama dia call adik2 aku dalam bahasa yang ckup kasar, dia ' wei kau nak sgt makan durian datang amik umah, aku tak ada masa nak hantar' d(dalam nada yang cukup kasar), aku apa lagi melalak bila dengar laki cakap macam tuh, barang makan tapi hati dia cukup tak ikhlas .

adik aku terus sms aku dia kata, ' wei along aku tak mengelapu duit laki kau nak makan durian,'.....dalam masa yang sama adik aku  sms ayat yang sama pada laki aku, aper lagi laki terus naik berang. ' terus dia kata kalo korang tak ambik durian  umah mak, jatuh talak satu pada kakak kau'........aku terus melenting aku kata benda makan kau sanggp jatuhkan talak pada bini kau.

durian yang laki aku beli terus aku hantarkan pada mertua aku....laki aku baik berang bila durian yang dia beli tadi aku hantakan pada mak dia, terus dia sms pada ayah dia , 'itu durian adik beradik dia, kalo korang ambik jatuh talak satu'....tapi aku dengan bodohnya beli durian lain dan pujuk adik aku datang amik durian, malam tuh adik aku datang dan dia hanya ambik sebiji jer durian yang beli tapi bukan durian yang laki aku beli sebab durian tuh semua aku dah hantar ke umah mak dia....

yang aku tertanya2, hanya allah je yang tahu bertapa sakit, remuk, sedih , bila laki sendiri sanggup jatuihkan talak disebakan durian, ya allah aper aku nak buat sekarang, talak tuh dah jatuhke pada aku????????????????????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2011 10:15 PM | Show all posts
First sekali - ckp baik baik dgn suami betulke dia nak ceraikan puan - selepas itu call mak ayah puan, beritahu cerita ini. Kalau dia orang pun tak ada jawapan - Puan pergilah kepejabat kadi dan tanyakan status puan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 10:36 PM | Show all posts
siannyaaa TT, sorry to say laa, laki TT ni sgt pendek akal, kerana benda kecik macam ni, sampai nak main talak
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 10:44 PM | Show all posts
bodoh piang punya laki
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 10:47 PM | Show all posts
mgkn lain kali TT perlu berbincang dulu dgn suami klu nk sedekah durian yang dibeli kt sesiapa pun....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 10:54 PM | Show all posts
Bodoh punya laki... otak taruk kat lutut kot... perkara kecik2 pun sampai nak cerai berai....
Pada tt, kena sabar byk2 menghadapi segala kemungkinan..
Cuma nak tanya tt, hubby memang jenis panas baran ke???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2011 11:27 PM | Show all posts
Reply 1# queenflower

Ya Allah ,,sampai mcm tu skali yer..kejam betul laki ko TT..dia x fikir ker adik beradik TT pun ingt dia bila beli apa2..
TT byk2 bersabar..pasal talak tu better TT rujuk kat Pej.Agama yg berdekatan..talak2 ni jngan wat main2..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 11:31 PM | Show all posts
sedihnye cite, aku rase ni bkn kali pertama die buat ko nangis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2011 11:45 PM | Show all posts
kesiannya. sabar dan tabah ya...dapatkan kepastian tntg status diri tu. lelaki ni kdg2 pendek akal, hal yg remeh temeh mcm ni pun sampai jatuh talak..nauzubillah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 12:00 AM | Show all posts
sila rujuk pejabat agama.hal talak takleh dipandang ringan tu Puan..


Lafaz talak terbahagi kepada dua:

1. Talak Sharih
2. Talak Kinayah.

Talak Sharih membawa maksud "nyata" atau "jelas". iaitu talak yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya, seperti kalimah "Talak" atau "Cerai".

Contoh lafaz yang Sharih:

1. Aku ceraikan kau dengan talak satu
2. Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau
3. Hari ini aku ceraikan kau

Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "Sharih" seumpama di atas ini, maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi.


Sementara Talak Kinayah pula membawa maksud kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya. Umpamanya jika suami melafazkan kepada isterinya perkataan:

1. Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau
2. Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka
3. Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi

Lafaz-lafaz seumpama ini termasuk dalam kategori Kinayah, jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan kalimah ini, maka talak dikira jatuh.

Bagi pasangan yang meragui akan lafaz yang telah diucapkan oleh suami, mereka hendaklah menghubungi pihak Mahkamah bagi mendapatkan pengesahannya. Begitu juga bagi pasangan yang ingin merujuk semula, mereka perlulah melaporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan nasihat selanjutnya.

http://bhalaqah.blogspot.com/201 ... -lafaz-kinayah.html
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 08:10 AM | Show all posts
Subhanallah......rujuklah pada yg arif tentang perkara sebegini....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 08:11 AM | Show all posts
salam
Entah laaaa, aku pun tak tau sama ada ia benar2 terjadi atau tidak tapi yang pasti aku sekar ...
queenflower Post at 31-7-2011 22:08


Assalamualaikum Queenflower,

Teman idak ler mahu memberi pendapat mengenai jatuh or tidak nya talak tersebut.
Tetapi teman lebey interested bagaiamana miker bley jumper lelaki seperti ini dan berkahwin dgn nya.

Agar ia menajdi IKHTIBAR utk forumis semuer.

Harap queenflower sudi memceghiterkan kpd kami di sini.

Salam
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 08:21 AM | Show all posts
bahaya sungguh penangan durian ni, kesian kt tt. tunggu suami cool down dulu, lps tu tanya la elok2 okeh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 08:47 AM | Show all posts
tt tak discuss dlu ke ngn laki msa decide nak beli2 doyan ni..
nth2 time tu dia tgh xberduet ke..
penat ke..nk layan tt lagi....
takkan sbb doyan jdi serious mcm ni...adik beradik tt memg nak doyan ke atau tt saja nak bg tnpa diorang tahu..dh jdi kes gadoh plak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 08:53 AM | Show all posts
ish2 dasat
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 09:05 AM | Show all posts
tt tak discuss dlu ke ngn laki msa decide nak beli2 doyan ni..
nth2 time tu dia tgh xberduet ke..
...
chintachanduri Post at 1-8-2011 08:47


betul jugak tu.. ntah masa tu dia tgh serabut ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2011 09:17 AM | Show all posts
Waalikumussalam utk TT...

Innalillahi wa inna ilai hirajiun...

Dungu nya laki TT ni. Jumpa kat mana laki camni? Celah buluh betung ke apa? Masih ada spesis camni kat dunia ni.:@ Tak sangka plak. Ingat da pupus dah. Bertabah ye TT.

Saya ni takde la pandai sangat hukum hakam agama ni. Tapi pernah la dengar ceramah tentang hukum2 cerai2 ni. Saya bleh bagi pendapat berdasarkan ilmu yg ckit saya ada ni la.

Tentang jatuh ke tak cerai tu, puan kena pastikan betul2, apa yg suami lafazkan tu. Dan apa niat bila dia lafaz tu. Saya dapati dalam penceritaan puan, ada 2 lafaz situasi jatuh talak.

1. "Kalo korang tak ambik durian  umah mak, jatuh talak satu pada kakak kau"
2. "Itu durian adik beradik dia, kalo korang ambik jatuh talak satu"

Pastu kena tanya dia, "korang" tu, sape yg dia maksudkan. Kalo dia maksudkan, korang tu A, kalau A tak amek, jatuh la talak. Sama gak kalo kes ke 2. Kalo A amek, jatuh gak talak. Tapi kena tanya gak maksud dia, "ambik" tu plak, apa maksud dia. Ambik tu bermaksud makan ke ape.

Harap2 sape2 yg lebih arif, bleh beetulkan kalo saya ada tersilap kat mana2. Dan jalan yg terbaik, terus berjumpa dengan orang yg lebih ahli atau arif.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 09:22 AM | Show all posts
Reply 16# want2bhappy


    hurm..tula..takpela kita tggu jela tt reply..senyap je tt nih..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 09:47 AM | Show all posts
em kesiannye,nape skrg ramai sgt org sengal ta tentu hala?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 09:52 AM | Show all posts
pasal durian pun nak jadi isu?? sape korang yang dimaksudknan oleh suami TT nih?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.111143 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list