CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54457|Reply: 427

kesian pekerja DAWAMA SDN.BHD.

  [Copy link]
Post time 1-8-2011 10:18 AM | Show all posts |Read mode
DIBERHENTIKAN KERJA SECARA KIAS



Salam,

Pilu, sedih, sebak dan tertekan...

Semalam mereka-mereka ini telah diberhentikan secara kias. Dan beberapa hari lagi ramadhan akan menjengah, aidilfiri akan tiba. Apalah nasib yang bakal berlaku pada dioang ni. Dioang bukan sesiapa, tetapi dioang ni mempunyai keluarga untuk disara. Kawan-kawan sekerja suamiku ni ada yang isterinya tak bekerja, ada juga yang dua-dua bekerja di tempat yang sama. Anak-anak ramai dan tengah membesar. Tapi pengurusan tertinggi syarikat ini tak pernah nampak menghiraukan dan nak amik peduli.. Kesian...

Dah beberapa bulan sebenarnya mereka-mereka in menerima gaji yang lambat. Beberapa bulan jugak job-job yang banyak di"seal" dan tidak dibenarkan dilaksanakan. Beberapa machine cetak dijual, tapi mereka-mereka ni pun bukannya tak tahu dan tak paham-paham nak cari kerja lain.. Tapi mereka menunggu pengurusan tertinggi memberikan sepatah dua kata, maklumkan keadaan sebenar syarikat supaya mereka faham dengan sebenar situasi company selain dari merujuk khabar-khabar angin.



Semalam 29 Julai 2011,

Satu benda kelakar gile berlaku. Aku yang tak ada banyak pengalaman, cuma baru 11 tahun di arena pekerjaan, tapi sejarah aku dulu kerja di sebuah company melayu yang bangkrap, company tersebut aku anggap masih berhemah berunding dengan staff nak bagi staff faham keadaan sebenar dan cari kerja lain. At least dapat gaji separuh pun puas hati la, sebab pengurusan tertinggi bgtau perkara sebenar kat staff, staff pun faham. Kami ketika itu keluar opis secara aman. Kami resign sendiri untuk elakkan majikan terbeban. Takut tak mampu majikan untuk memberi pampasan. Barang-barang berharga opis di beri pada staff.




Berbalik cerita staff-staff DAWAMA semalam, suami aku dimaklumkan yang khabar-khabar angin semalam adalah last day mereka. Tak soangpun ahli pengurusan tertinggi turun jumpa staff utk bagitahu apa-apa. Staff mendengar khabar-khabar angin sajork. Itu cerita pukul 2.00 petang. Stafff menunggu surat daripada pengurusan tertinggi. Masa pukul 2.00 ni rakan-rakan suami di cawangan KL telah diarahkan mengosongkan opis, pun tanpa makluman secara rasmi dari pengurusan.

Aku dan suami kebetulan bercuti, sepatutya semalam kami balik Terengganu, tapi suami batalkan sebab dengar berita yg menyesakkan. So, smlm bila singgah di opis suami, suasana sugul sahaja di wajah kawan-kawannya.

Pukul 4.30 pm katanya mereka dah dapat surat yang ditunggu-tunggu. Tapi bukan surat berkenaan pemberhentian, tapi surat berkenaan waktu kerja di bulan ramadhan. Kelakar kan.. Sedagkan pada pkl 3, dah ada HOD yang maklumkan bahawa Isnin ni no more works. Office tutup.


Pukul 5.30 apabila masing-masing nak balik dan punch card, mereka di hulur dengan surat mengarahkan supaya cuti tanpa gaji sehingga tarikh yang di maklumkan kelak. What da f***k.?

Pukul 6.00 petang, staff-staff yg dapat surat ni dah mula berhimpun di depan opis, ada plak balaci pengurusan yang mungkin dah dapat gaji sehingga bulan 12 tahun ni pergi buat laporan polis. Bagitau yang staff nak berhimpun secara haram. Macam haram lelaki tersebut. Geng-geng suami dah bengang.!!!


Tapi perhimpunan ini memang dilaksanakan secara aman, muka soang-soang memang sugul, ada yang nak pengsan, ada yang tersenyum sambil borak-borak tapi dalam hati sapa yang tau. Selepas berhimpun, mereka menunaikan solat jemaah Maghrib dan sama-sama mengadu nasib dan berdoa kepada Allah tentang nasib mereka akan datang. Mohon lembutkan hati pengurusan tertinggi mungkin, supaya menyerah kalah sahaja terhadap perjanjian konsesi yang tak berjaya ni, supaya DBP boleh menimbangkan company lain utk membuat konsesi baru seterusnya nasib pekerja akan terbela.


Ini berlaku disebabkan kekerasan pengurusan tertinggi untuk tidak menyerah kalah. Ini berlaku kerana mereka tidak memikirkan perut-perut isteri dan anak-anak staff untuk diisi melainkan memikirkan perut masng-masing sahaja.

[size=85%]
[size=78%]-Budak dua orang ni mempunyai Mulut dan perut yang suami aku kena isikan-

Semoga kesengsaraan mereka ketemu jalan penghujungnya. Sebak juga bila melihat mereka berselawat selepas solat diiringi tangisan memeluk masing-masing dalam nada yang sebak. Ini mungkin yang terakhir mereka berjemaah. Tapi aku doakan ini permulaan perjuangan.


Aku tertanya-tanya,

Kenapa begitu keras pendirian bos mereka, memperjudikan nasib mereka semata-mata kerana kesombongan dan juga semata-mata mahu menjaga perjanjian konsesi yang berbaki 2 tahun lagi sedangkan perjanjian itu telah menemui jalan buntu?

Semoga yang dianiaya mendapat ganjaran dan yang menganiaya mendapat kifarah...

Setelah 7 tahun, semalam suami meninggalkan tempatnya ini. Dengan meja bersepah..Ish..Ish..Ish...


Dan aku difahamkan mereka-mereka yang berada di Cawangan KL (yang telah diarahkan keluar mengosongkan premis) dan cawangan di Sabah Sarawak masih belum mendapat apa-apa surat dan pemakluman tentang status mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2011 10:21 AM | Show all posts
Syarikat apa ni? kebanyakan pekerja yang diberhenyikan berjawatan apa?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:22 AM | Show all posts
Teruknya syarikat ni...Bertabahla dugaan dibulan ramadhan ni..moga yang lebih baik akan menjelang tak lama lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:23 AM | Show all posts
syarikat yg hanya bergantung dengan kontrak kerajaan (DBP)...

kesian kakitangan mereka... langsung takde inisiatif pengurusan utk serapkan pekerja ke syarikat lain..

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:26 AM | Show all posts
syarikat yg hanya bergantung dengan kontrak kerajaan (DBP)...

kesian kakitangan mereka... langsun ...
Cakkkk....aaaa Post at 1-8-2011 10:23



Tak patut sungguh la majikan macam ni...kerajaan patut masuk campur..ingat derang ada simpanan ke? tengok kenderaan pun dah boleh tahu taraf macam mana..memang kesian sungguh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:27 AM | Show all posts
kesiannya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2011 10:27 AM | Show all posts
syarikat yg hanya bergantung dengan kontrak kerajaan (DBP)...

kesian kakitangan mereka... langsun ...
Cakkkk....aaaa Post at 1-8-2011 10:23

mmg bergantung pd kontrak DBP semata??
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:28 AM | Show all posts
kat HPA pun ade jer staff x dibayar gaji..kwn iols bape bulan xde gaji...seb baik bulan ni dah dpt keje baru..kalau tidak cemana nak survive nak bayar keta, umah, perbelanjaan wife n anak lg..dia sampai ikat perut sbb duit savings pun makin kurang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2011 10:29 AM | Show all posts
aduhai kesiannye.. can labor office at least help?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:30 AM | Show all posts
Dawama Sdn. Bhd.

Dawama Sdn.Bhd.(Dawama), ditubuhkan untuk mengambilalih aktiviti-aktiviti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diswastakan iaitu pra-cetak, rekabentuk, percetakan, pengedaran dan pemasaran penerbitan DBP seperti yang terkandung dalam dokumen Perjanjian Konsesi.

Dawama ditubuhkan pada 14 Oktober 1999 di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965 dan telah memulakan operasinya sepenuhnya pada 1 September 2002. Dawama bertanggungjawab terhadap kejayaan perlaksanaan aktiviti-aktiviti DBP yang diswastakan.

Tugas dan tanggungjawab utama Dawama ialah mencetak, mengedar dan memasarkan buku-buku teks sekolah dan judul am, majalah dan Cd-rom yang diterbitkan oleh DBP. Untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini dengan lebih baik dan cemerlang, Dawama telah meningkatkan prasarana kilang cetaknya dengan pembelian mesin-mesin percetakan yang baru dan sofistikated untuk lebih berdaya saing dalam industri percetakan buku tanah air. Dawama juga telah menjalin hubungan pintar dengan syarikat-syarikat percetakan tempatan untuk mencetak buku-buku teks skim pinjaman untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah bagi memenuhi pesanan tahunan yang besar jumlahnya daripada Kementerian Pejalaran Malaysia .

Dawama juga bertanggungjawab untuk mengedarkan buku teks skim pinjaman Kementerian Pelajaran Malaysia ke sekolah-sekolah dan menyebarluaskan buku-buku judul am dan majalah terbitan DBP ke seluruh Negara. Untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini, Dawama telah melantik pengedar-pengedar untuk mengedar dan memasarkan buku-buku teks dan buku-buku judul am terbitan DBP ke seluruh Negara termasuk di Sabah dan Sarawak .

Pada 29 Januari 2007, Dawama telah memperoleh Sijil ISO900 1:2000 daripada DQS Certification (M) Bhd., sebuah badan persijilan antarabangsa yang beribu pejabat di Frankfurt , Jerman. Sistem Pengurusan Kualiti yang dibangunkan menunjukkan komitmen syarikat untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bermutu dan berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Dawama Sdn.Bhd. adalah syarikat bumiputera dan pemegang-pemegang saham syarikat terdiri daripada DTP Enterprises, Konsortium Dewan Edar (KDE) dan Dato' Azhar Hashim, seorang tokoh korporat yang dikenali di Malaysia .


http://www.dawama.com/
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:30 AM | Show all posts
ni dulu DBP kan? kat keramat AU3.

DAWAMA tu short form ape?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:30 AM | Show all posts
mmg bergantung pd kontrak DBP semata??
dino Post at 1-8-2011 10:27

Hmmmmm....

DBP pun dah suam2 kuku sekarang... so paham2 la...

tapi pekerja mereka banyak kemahiran... kalau nak serap dalam syarikat printing lain pun tak susah sebenarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:31 AM | Show all posts
kesiannya...kena paksa amik cuti tak bergaji pulak.
bulan puasa camni laa kena banyak guna duit..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:31 AM | Show all posts
sekali pakai komputer Mac tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:32 AM | Show all posts
dawama ni kat keramat ka?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:32 AM | Show all posts
ermm..sian nye...
cemane laa nk cri keje dlm jangka mse tdekat nii
dh laa x lame lg nk rye....
ape laa co ni pun at least bgtau awal2 nk tutup staff2 bley buat psediaan cr keje lain...
sian kat dorang
hrp nasib dorang terbela....at least ade bg pampasan sikit ok gak bley btahan smpi dpt keje bru...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2011 10:32 AM | Show all posts
DAWAMA nie bukan k anak syarikat DBP?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:33 AM | Show all posts
ahh.. sedihnya.. teringat masa zaman sebelum jadik cikgu dulu..
dok berpiket dpn ofis..
ni company yg cetak buku keluaran DBP tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:33 AM | Show all posts
Hmmmmm....

DBP pun dah suam2 kuku sekarang... so paham2 la...

tapi pekerja mereka banyak kem ...
Cakkkk....aaaa Post at 1-8-2011 10:30

kiranya anak syarikat DBP ka ape...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:33 AM | Show all posts
cian mereka yang x berdosa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.083348 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list