2 JULY 2011 | 7:57 AM
JARANG-jarang seorang artis jelita akan melakukan perkara ini,meninggalkan dunia lakonan untuk melancong, lepas tu bukan melancong di tempat mewah hotel lima bintang.
Ha ha, itulah ingatkan melancong ke kawasan mewah tetapi tidak bagi pelakon jelita ini, Maya Karin menghabiskan masa selama dua bulan untuk mengembara secara `backpakers’ wow.
Pengembaraan di Amerika Selatan itu bermula dengan Brazil, disusuli Venezuela, lepas Colombia dan berakhir di Peru.
Bermula dari 11 mei berakhir 8 julai tetapi sehingga Maya berhadapan dengan masalah untuk memilih apa yang hendak dibawa.
“backpacker selama dua bulan – pening kepala tengok barang yang tak muat tapi harus muat” katanya dalam mesej Twitter.
Catatan perjalanan Maya selama dua bulan ini menarik untuk mereka yang minat dengan aktiviti lasak dan pengembaraan.
Maya menulis dalam mesej twiternya:
“adat of the backpacker, makan sederhana, travel sederhana, tido sederhana, pengalaman dan pemandangan luar biasa”
“past nites: nite1 hammock in jungle, nite2 bus, nite3 bus, nite4 berjuta juta gigitan nyamuk and bilik yang panas gila tak boleh tidur”
“did another jungle tour, i went for a swim in the amazon river and guess who joind me – a pink dolphin pengalaman paling menarik”
“menyaksikan polis menyamar – enam orang sebagai backpakers – dua jam kemudian tukar pakain polis dengan pistol”
“naik feri dua hari tanpa henti tidur di atas hammock dan travel by bus selama 10 jam”
pengembaraan Maya ini dirancang bertahun-tahun dan melihat gambar-gambar yang diambil oleh Maya, artis jelita ini sememangnya menikmati dan mengalami pengalaman luar biasa.
Maya, U memang artis jelita menarik dan menawan. Peminat-peminat artis jelita ini nikmatilah gambar seorang artis yang tidak ada sepalitpun alat solek menikmati dunia ciptaan ilahi ini.