CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16957|Reply: 133

Penyanyi lelaki gila talak...rayu bekas kekasih

[Copy link]
Post time 3-8-2011 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Soksek11 at 3-8-2011 10:50




RAMAI tahu penyanyi lelaki yang punya vokal mantap ini sudah punya kekasih. Buah hatinya juga penyanyi popular selepas muncul juara rancangan realiti TV pencarian bakat.
Penyanyi wanita terbabit pun menjadi rebutan ramai tidak kira lelaki mahupun kaum sejenis. Maklumlah orangnya cantik, putih dan berwajah manis.

Apabila tersebar cerita penyanyi ini sedang hangat bercinta dengan penyanyi wanita berwajah manis, ramai yang terkejut. Masakan tidak, tiada angin, tiada ribut alih-alih bercinta.

Bagaimanapun, bukan kisah percintaan dua penyanyi ini yang mahu SS ceritakan, apatah lagi berkaitan gosip hangat pertengkaran cinta tiga segi membabitkan mereka yang heboh diperkatakan sebelum ini.



Sebaliknya SS hendak berkongsi kisah mengenai penyanyi lelaki ini yang dikatakan sering menghubungi bekas kekasihnya dan merayu agar kembali ke pangkuannya.




Tindakan penyanyi ini juga menyebabkan SS rasa bingung. Mengapa dia merayu bekas kekasihnya itu kembali ke pangkuannya sedangkan dia kini hangat bercinta dengan penyanyi wanita berwajah manis itu.


Seorang teman yang mengenali bekas kekasih penyanyi itu memberitahu perkara itu sudah berlanjutan sejak cerita hangat membabitkan percintaan dua penyanyi ini heboh diperkatakan.

Jika benarlah cerita disampaikan, ini bermakna penyanyi yang agak ‘low profil’ ini tidak bersungguh-sungguh menyayangi penyanyi jelita ini kerana dia masih tidak dapat melupakan bekas kekasihnya.

Tambah teman SS itu lagi, bekas kekasihnya juga tidak faham mengapa penyanyi ini terus merayu memintanya kembali sedangkan dia sedang hangat bercinta dengan penyanyi berwajah manis itu.

Geram dengan sikap penyanyi ini yang diibaratkan tidak faham bahasa, bekas kekasihnya turut memaki hamunnya dengan harapan dia akan melupakan dirinya.
Bagaimanapun, usahanya tidak berjaya.

Kasihan pula SS mendengar cerita mengenai artis lelaki seorang ini seolah-olah sedang gila talak. Itulah, sewaktu masih bersama kenapa diri bekas kekasihnya itu tidak dihargai sebaik mungkin. Sekarang hendak menyesal tidak berguna.









silalah jawab..ak rasa ak tau sape....tp ak cube tuk pikir pojitip...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2011 10:46 AM | Show all posts
Hafiz Awan Nano kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 10:50 AM | Show all posts
herman tino junior..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 10:50 AM | Show all posts
SS punya gossip tak pernahnya betul.. tak payah teka
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 10:51 AM | Show all posts
nano...nano...nano...nano...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 10:55 AM | Show all posts
haa?? die merayu kat budak berkarat from cter awan dania tu ker?? tamauuu!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2011 10:55 AM | Show all posts
awan mendung berarak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2011 10:58 AM | Show all posts
haa?? die merayu kat budak berkarat from cter awan dania tu ker?? tamauuu!!
samshik Post at 3-8-2011 10:55


fifi tu kan2????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2011 10:59 AM | Show all posts
Takkanlah Hafiz nak merayu kat exgf dia tu..
entah2 si exgf tu yg saje2 buat ceriter..
yelah..kan dia meroyan giler2 dulu masa hafiz minta break..kuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 11:04 AM | Show all posts
nano nano nano
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 11:06 AM | Show all posts
fifi tu kan2????
Soksek11 Post at 3-8-2011 10:58



    haah .. mek teringat kes yang klat LCCT yang hebvoh orang cter .. "bie, apsal sume orang tengok kiter?? kiter pemes ek??"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2011 11:07 AM | Show all posts
Takkanlah Hafiz nak merayu kat exgf dia tu..
entah2 si exgf tu yg saje2 buat ceriter..
yelah..kan  ...
amoilawa Post at 3-8-2011 10:59


  meroyan gila kat fesbuk dia arituh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 11:10 AM | Show all posts
myb 'penyanyi realiti' dah tinggalkan dia pas kes pukul pkid....
jd mula nk balik kt ex-gf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2011 11:13 AM | Show all posts
haah .. mek teringat kes yang klat LCCT yang hebvoh orang cter .. "bie, apsal sume orang t ...
samshik Post at 3-8-2011 11:06



yg skarang lagi okey dri yg dulu...syg la kalo gosip nie betul..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 11:14 AM | Show all posts
RAMAI tahu penyanyi lelaki yang punya vokal mantap ini sudah punya kekasih. Buah hatinya juga  ...
Soksek11 Post at 3-8-2011 10:44



    Gosip je ni....tak logik tul SS ni......

   Kalu xsilap dalam Galaxy hari tu ada reputz tanya Hafiz fasal seseroang...hafiz komen kalau ada perkara yang hendak dibincangkan, dia bersedia...dia  boleh hubungi orang tu (kalau perlu)...mungkin ada Hafiz contact orang tuk penjelasan...dan berita ni dah diputarbelit  jadi begini.......dan rupanya orang tu yang dihubungi oleh Hafiz ialah exgf dia....bukan gila talak lah..dasar.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 11:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by eda_daus at 3-8-2011 11:19

macam macam le
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2011 11:18 AM | Show all posts
oooo...hafiz rupanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2011 11:19 AM | Show all posts
Gosip je ni....tak logik tul SS ni......

   Kalu xsilap dalam Galaxy hari tu ada reputz ...
Teh_90 Post at 3-8-2011 11:14



   ak percaya yg nie lagi....ak rase si ex tue saje je nak naikkan balik nama dia yg tenggelam itu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 11:21 AM | Show all posts
ataupon "hangat bcinta" tu coverina utk penyanyi pompuan tu jerk..sbb kes cinta 3 segi tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2011 11:24 AM | Show all posts
ataupon "hangat bcinta" tu coverina utk penyanyi pompuan tu jerk..sbb kes cinta 3 segi tu..
keypochino Post at 3-8-2011 11:21



ak rasa isu coverina nie cam lapuk sudaa....bnyak je gmbar diorang ngedate, siap jumpa2 famili lg....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.445644 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list