CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12345Next
Return Post new threads
Show: 14720|Reply: 103

Solat tarawih di rumah

[Copy link]

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-8-2011 11:04 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Salam...

Tahun ni sy kekangan nak wat solat Terawih kat masjid....
(takde teman n kenderaan)
Jd mmg nak wat solat terawih kat umah...
Tak pernah wat solat Terawih sendiri...jd mmg tak pandai...skrg baru nak blaja..

td sy rujuk ni    http://www.kkkla.edu.my/kkkla/pu ... Sunat%20Tarawih.pdf
tp ni utk solat berjemaah..
sy musykil....perlu ke sy baca bacaan yg imam,bilal n makmum bacakan tu?

ada sape2 leh bantu sy....
Wanita Biasa
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-8-2011 11:12 AM |All posts
Boleh, minimum dua rakaat

Orang muda yang solat terawih tu kebanyakkanya handsome boy
Gaya Mutu dan Keunggulan
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-8-2011 11:19 AM |All posts
Boleh, minimum dua rakaat

Orang muda yang solat terawih tu kebanyakkanya handsome boy
Senyum86 Post at 3-8-2011 11:12



ape yg boleh?
sy nak wat 8 rakaat...jd kena baca tak bacaan2 antara setiap 2 rakaat tu?


tak dpt tgk handsome boy kali ni...
Wanita Biasa
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 3-8-2011 11:47 AM |All posts
wahai twin ku..
semalam iols baru je cari maklumat psl solat terawih dirumah..
google punya google,chin dapat maklumat ni...

CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN
Soalan; saya ada dua soalan;
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu Solat Terawih. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu alam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 8:22 AM  

Labels: Ibadah


E:\entertainment\solat\LAMAN SOAL JAWAB AGAMA CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN.mht

harap maklumat ni dapat membantu uols...
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 3-8-2011 11:47 AM |All posts
semuanyer menjawab persoalan kamu kan wahai twin ku????
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-8-2011 12:06 PM |All posts
wahai twin ku..
semalam iols baru je cari maklumat psl solat terawih dirumah..
google punya g ...
chintachanduri Post at 3-8-2011 11:47



    wah pnjg lg lebar n jelas jawapannya.....
thanks twinku~
Wanita Biasa
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-8-2011 12:08 PM |All posts
semuanyer menjawab persoalan kamu kan wahai twin ku????
chintachanduri Post at 3-8-2011 11:47



iya jelas skali...
mekacih ya chin aka twinku...

jom same2 berterawih.........

p/s : comel chin bertudung...avvy sy masih seksi
Wanita Biasa
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 3-8-2011 12:10 PM |All posts
Reply 6# chintacanduri


    ur welcome..
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 3-8-2011 12:11 PM |All posts
Reply 7# chintacanduri


    jom bersama2 terawih..uols bila nak insap nih...bulan2 pose ni pkai leklok sikit..

Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-8-2011 12:18 PM |All posts
Reply  chintacanduri


    jom bersama2 terawih..uols bila nak insap nih...bulan2 pose ni pkai l ...
chintachanduri Post at 3-8-2011 12:11



   tu la....rasa nak tepek gambo iols yg sebenor jek...baru la suci sket avvy tu...hihihi
Wanita Biasa
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 3-8-2011 12:23 PM |All posts
Reply 10# chintacanduri


    letak pic sebenar kompem jadi rebutan kat cari..
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-8-2011 12:25 PM |All posts
Nak jadi Model
Gaya Mutu dan Keunggulan
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 3-8-2011 02:30 PM |All posts
TT....kalo x da teman sya beh temankan.....kalo x da kenderaan sya bleh jemput naik cam avyy tu......
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-8-2011 03:04 PM |All posts
Reply  chintacanduri


    letak pic sebenar kompem jadi rebutan kat cari..
chintachanduri Post at 3-8-2011 12:23



    hehehe...memandai je twin i ni...
Wanita Biasa
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-8-2011 03:05 PM |All posts
Nak jadi Model
Senyum86 Post at 3-8-2011 12:25


mcm mane tau?
Wanita Biasa
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-8-2011 03:06 PM |All posts
TT....kalo x da teman sya beh temankan.....kalo x da kenderaan sya bleh jemput naik cam avyy tu..... ...
jzzz Post at 3-8-2011 14:30



    nape tak bgtau awal2....kan leh berjemaah....

avvy kete awk ke?
avvy sy bukan sy yg sebenar...harap maklum.......
Wanita Biasa
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-8-2011 03:52 PM |All posts
Nak buat Solat sunat terawih boleh tetapi Wajib baca Surah dengan betul dan jangan berkhayal nanti "Disihir" dengan ayat quran yang dibaca tidak betul
Gaya Mutu dan Keunggulan
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-8-2011 04:03 PM |All posts
Nak buat Solat sunat terawih boleh tetapi Wajib baca Surah dengan betul dan jangan berkhayal nanti " ...
Senyum86 Post at 3-8-2011 15:52


wajib baca surah dgn betul....
tp tak semestinya kena baca surah yg ditentukan tu kan?

"disihir" ngan ayat quran yg dibaca salah?jelaskan...
Wanita Biasa
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-8-2011 04:09 PM |All posts
Anda akan berkhayal bila Surah dibaca dengan tidak betul atau terlangkau satu ayat. Solat lima waktu juga sama, Kata Darul Syifa diganggu Jin/Mabuk kepayang
Gaya Mutu dan Keunggulan
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-8-2011 04:24 PM |All posts
Anda akan berkhayal bila Surah dibaca dengan tidak betul atau terlangkau satu ayat. Solat lima waktu ...
Senyum86 Post at 3-8-2011 16:09



insyaAllah kalau kusyuk takkan terkhayal sampai bacaan salah....
tajwid salah itu mungkin....

atau terkhayal...teringat benda lain.....teruk2...
Wanita Biasa
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 3-8-2011 04:25 PM |All posts
Tp mmg slalu diganggu jin bila tidur...ada kaitan ke?
Wanita Biasa
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 3-8-2011 07:03 PM |All posts
ape yg boleh?
sy nak wat 8 rakaat...jd kena baca tak bacaan2 antara setiap 2 rakaat tu?

...
chintacanduri Post at 3-8-2011 11:19


Tiada rujukan yang menyatakan Nabi s.a.w. buat tarwih hanya 2 rakaat.  Paling kurang 8.

Dan juga, harap-harap tukar la avatar tu.  Tak yah la tayang gambar perempuan tak tutup aurat.  Kat froum ni pun CARI dah tempel iklan perempuan tak tutup aurat.  Jadi minta minta jugakla jangan ada agi yang tolong tambah gambar.  Kalau CARI tu memang la susah sikit nak sound sebab Mr Liew tu bukan Islam.
Wallahua'lam
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 4-8-2011 10:29 AM |All posts
Terima kasih atas maklumat nie. Dah 2 tahun saya berterawih dirumah. Ada hal2 yang tak boleh dielakkan. Cuma nasehat saya pada yang semayang dirumah. Bacaan tue elok2 laaa. Tak payah laaa baca mcm keratapi..laju jer.... Rasa penat. Rehat dulu.
-- Ada dgr takirah masa semayang Jumaat haritue. Terdapat byk surau-surau yg buat solat terawih tapi pak Imam baca sgt laju. Tajwid pun tunggang langgang. That's why ustaz tue kata. Kita wat lapan....baca slow and steady..pastue wat tazkirah pun dah cukup. Blik rumah rasa nak wat 20...silakan sambung. Masalah dgn orang kita ialah tgk pada Quantity not Quality. Fikirkan ek ....
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 4-8-2011 10:40 AM |All posts
Tiada rujukan yang menyatakan Nabi s.a.w. buat tarwih hanya 2 rakaat.  Paling kurang 8.

Dan j ...
ibnur Post at 3-8-2011 19:03



Sy pun xtau pasal tarawih 2 rakaat tu... thanks ya..

Ok, jap sy tukar ye...thanks bg teguran
Wanita Biasa
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 4-8-2011 10:41 AM |All posts
Terima kasih atas maklumat nie. Dah 2 tahun saya berterawih dirumah. Ada hal2 yang tak boleh dielakk ...
mertzxx Post at 4-8-2011 10:29



  Bagus la dah ada pengalaman bertarawih sendiri....
Sy kena byk perbaiki bacaan sy...
thanks..
Wanita Biasa
Reply

Props Report

12345Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 31-10-2014 02:54 AM , Processed in 0.349513 second(s), 22 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top