Post Last Edit by PurpleAxe at 20-8-2011 11:56
Hello guys....
Mari kita berborak melalui pantun dua kerat.... BERSYARAT!
diulang semula...
BERSYARAT!
Syarat nya....
1) Hanya pantun dua kerat sahaja...
2) Pembayang tidak bolah ada kena mengena dengan maksud pantun
3) Sahut pantun dengan menggunakan perkataan terakhir di baris kedua.
Sebagai contoh:-
Mandi di kolam pakai bikini
Kita sambung berpantun di SINI
Kain dibeli tak cukup se ela
SINI tempat kita BERMULA
Jahit baju di waktu malam
BERMULA dengan memberi SALAM
Mengayuh sampan ke muara
SALAM dihulur pembuka BICARA
Seandainya ada pantun yang dikemukakan
tidak mengikut turutan sila abaikan!
teruskan dengan 'REPLY' pantun yang sebelumnya.
|